BUTIR DIRIKU



Nama : Maya Jasmin
Adik-beradik : 3 orang termasuk aku
Umur : Rahsia
Pekerjaan : Guru Sekolah
Tempat Tinggal : Sepang, SEL
Hobi : Mendengar Muzik, bermain gitar
Kesukaan: Melancong dan Membeli belah

Aku menghidap penyakit kanser-Hogkins Lymphoma. Aku telah selesai menjalani kimoterapi dan radioterapi. Aku masih buat rawatan susulan bagi memastikan kanser aku tak kembali.

Aku sebenarnya seorang yang serius.
Aku tidak pandai membuat kelakar dan lawak spontan.

Aku juga seorang yang degil dan keras hati. Aku suka cerita komedi dan layan cerita kartun. Kalau aku bosan aku akan bermain gitar dan menyanyi [walaupun suaraku sumbang hehe].

Aku ni suka belajar dan suka buat sesuatu kerja bersungguh-sungguh. Aku ada bakat dalam bidang seni terutama seni lukis dan 'printing design'.

Aku digambarkan oleh adik perempuanku sebagai seorang yang berhati kaca. Namapak keras tapi sebenarnya lembut. Nampak je lembut, tapi sebenarnya kental. gitulah lebih kurang.

Aku seorang yang berdikari dan tidak suka bergantung. Walau apa pun aku tetap aku. Personaliti manusia berbeza-beza, dan personaliti aku pula hanya Allah s.w.t. yang tahu. huhu

ingin hubungi aku? 

sila email di alamat berikut: jane4glay@yahoo.com

p/s: aku tiada fb/twitter dan lain-lain  :P

Popular Posts