.

Thursday, September 23, 2010

Hati yang kau sakiti


Suatu hari aku, aku teringin melihat semua gamba-gamba lama yang aku simpan di dalam laptopku ini. Dalam banyak-banyak folder, aku terlihat satu folder bertajuk "grad". Aku terfikir. Ini gambar konvo aku dahulu. Aku pun buka folder tersebut. Aku teliti satu-persatu gambar yang tersenarai didalamnya. Tiba-tiba hati ini tersentak bila melihat gambar seseorang.

Aku jadi sayu. Aku beranikan diri ini untuk lihat gambar-gambar yang lain. Semuanya muka dia. Sedihnya hati ini tuhan saja yang tahu. Mata aku dah berair. Kenapalah aku yang kau pilih untuk disakiti.

KEnape?
Sebab kau tengok aku tabah jadi kau pun ingat tak mengapalah?
Sebab kau rasa tiada orang percaya kalau aku kata kau jahat?
Ke sebab kau tahu, tak ada orang yang akan pertahankan aku kalau aku beritahu MEREKA DAN KELUARGA MEREKA?! Ke sebab kau tahu akhirnya nanti aku yang akan DIPERSALAHKAN?

Kau bagi aku harapan tinggi menggunung. aku kau sanjung. Kau kata kau sanggup pertahankan aku walau apapun! Kau kata kau akan jaga aku sampai akhir hayat! kau bagi janji-janji palsu yang kau tak akan tunaikan. Ya, kau dah buktikan yang kau PENIPU BESAR PALING KEJAM DALAM DUNIA.

Memang. memang aku tak sempurna. Tapi kau tak berhak menipu aku. Bagi harapan palsu kat aku yang sakit ni.. Kau ni bangang ke? Kau kan tahu aku sakit, yang kau mengaku cinta aku sampai mati tu kenapa? Kau tinggalkan aku terpinga-pinga tanpa aku tahu apa sebabnya. Kau tinggalkan aku tanpa sebarang alasan munasabah. Malah kau tak berani pun bertentang mata dengan aku. Bila kau lihat aku, kau buat seperti tiada apa yang berlaku.

Mudahnya mempermainkan orang seperti aku.
Kerana kau tahu, aku tak akan melawan.
Kau tahu aku akan diam.
Terima semua apa yang kau mahu.
Disaat-saat aku menanggung derita sakit, kau tambah lagi luka di hati aku ni.

Kau tahu tak bila kau buat begitu aku bertambah sakit?
Kau tahu tak darah aku turun mendadak, lalu membuatkan doktor fikir aku makin parah?
Kau tahu tak aku tidak digalakkan meneruskan kimo kerana keadaaan aku waktu itu tidak mengizinkan?
Kau tahu tak yang kau lah punca aku makin sakit?
TAHU TAK?
Perlu ke kau PURA-PURA tanya, AWAK DAH SIHAT ke?

Tak apalah. Kau sanggup buat aku macam ini.
Kerana dahulu aku fikir kau tidak akan tergamak. Orang yang "baik, alim dan taat" seperti KAU.
Pasti tiada siapa sangka. Aku hanya mampu berdoa supaya Allah akan beri ganjaran di atas kesabaran aku menghadapi ORANG-ORANG SEPERTI ENGKAU di dunia ini.

UNTUK KAU..
TERIMA KASIH yang tidak terhingga sebab pernah sayangkan aku.

Tak ada rasa yang boleh ku kata bila melihat wajah engkau di folder aku ini.
Cuma__
Hati kecil ini berkata"tidak! aku tanak tengok muka engkau walaupun hanya gambar!" DELETEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE


Tuesday, September 21, 2010

ribut, serabut, kelam kabut?


kesibukan melanda aku bagaikan ribut taufan yang datang menerjah, menanti saat untuk menerbangkan segala pohon-pohon yang kurang kukuh akarnya...

bakalkah aku tersungkur dengan semua ribut taufan yang hadir membawa kawanan petirnya itu? kita tunggu dan lihat ya

aku masih setia menanti, berani dan bersedia berdepan.

marilah lawan!
aku pasti tawan

eh ceewwahh...

aku ni kalau merapu sampai esok tak habis..
apa yang aku cuba sampaikan ialah,

aku sekarang sedang sibuk
sebab banyak sangat kerja..
semua datang berpusu-pusu..
semua mengharapkan aku..
tapi aku terima semuanya tanpa jemu..
buat dengan baik,
memang matlamat aku..

jadi,
majulah sukan untuk negara ku yang tercinta..
majulah aku untuk anak bangsaku...huhu

Sunday, September 19, 2010

Hari Raya Aidil fitri 2010


Hari raya tahun ini kurasa sedikit berbeza..aku banyak berjalan ke rumah saudara maraku. Yang mana ianya bukan satu kebiasaan..Apapun aku gembira kerana Hari raya Aidilfitri ku tahun ini aku sihat walafiat dan ceria sentiasa. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t dikelilingi oleh keluarga yang sayangkan aku dan juga teman-teman yang sentiasa mengambil berat tentangku..

Selamat HAri Raya Aidilfitri kawan-kawan..

Maaf zahir dan Batin!