.

Saturday, December 5, 2015

Alhamdulillah

Syukur kepada Nya
Aku masih sihat dan gembira
Tenang dengan kehidupan aku
No more expectation.

Hidup ni mudah je. Jangan dirumitkan.
Buat baik, baikla yang kita dapat.
Buat jahat. Terimalah padahnya.
Every decision come with a risk.
U just have to be ready.

I know.
My family always love me.
But that don't make me a pampered person.
They make me stronger.
They make me want to live longer.

2016.
I'm going to own a house soon.
House with my name on it.

Last year i'm travelling to Singapore.
I hope next year my rezeki will allow me to go Japan
I'm able to go everywhere
-- do anything i want
because i was healthy enough and had some money in my pocket.

Alhamdulillah
i am happy

Wednesday, June 10, 2015

MENDUNG TAK BEERTI HUJAN

tajuk tak boleh blah...

ya, betul apa, mendung tidak beerti hujan.
cuaca sekarang memang tidak menentu. sekejap rasanya panas, sekejap lagi hujan lebat, di tambah lagi dengan petir sambung menyambung.

Aku hanya sempat post tulisan 5 kali saja untuk tahun ini.. berbanding tahun tahun lepas. Aku lebih banyak membaca sekarang.

Apapun sebenarnya aku cuma nak beritahu pembaca aku masih sihat, Alhamdulillah..semakin mokkkk...hahaha sebab banyak makan dan tidur.. ish ish ish..


Eh jangan silap paham, aku belom tahap mokk cam meow di atas hokey...[sumber gambar ialah dari google]

tentang ekonomi negara kita pula, hmm aku risau dan rungsing sebenarnya dengan nilai ringgit yang susut. jumlah barang yang boleh dibei di kedai runcit untuk RM 100 tidak sama seperti dulu. apalah yang dapat dengan RM 100. tak lepas belanja dapur sebulan. seminggu pun beum tentu.. saborrr jelah..kita sebenarnya boleh rasa dengan nilai barang yang boleh dibeli dengan wang kita. kuasa beli dah susut juga..sama susut dengan nilai mata wang. huhu satu je aku hairan, mengapa, musim cuti sekolah jalan mesti jam... balik kampung ke, makan angin ke, sentiasa ramai orang terutama shopping kompleks. takkan lah orang jalan je kat shoping kompleks tu tak membeli iyer dok.. ke windows shopping.

Tapi kan untuk aku yang ada pekerjaan tetap walaupun tak kaya ni, adalah juga duit untuk beli makanan dan ada baki lagi untuk shopping. Orang lain yang kurang berkemampuan lagi kesian.. Kalau mereka ni sakit, penyakit kanser pulak tu, lagi lah kasihannnn..jadi sekali lagi aku rasa bersyukurrr yang amat sangat dengan keadaan aku sekarang serba sederhana dan sihat. 

Sunday, April 5, 2015

Buat engkau yang menyakiti aku

buat engkau yang menyakiti aku
aku bersyukur diberi peluang mengenali engkau
kerana aku banyak belajar
belajar berhati hati
supaya esok tidak mudah beri ruang, jika berjumpa dengan orang seperti engkau lagi


harapanku hidup engkau baik baik saja
harapanku aku tidak perlu jumpa engkau lagi
jangan kan untuk terserempak, berkawan pun aku tidak mahu
tak usah kau risaukan aku,
sebelum kau kenal aku pun
aku selalu jaga diri aku dengan baik

mungkin aku yang salah
sebab percaya dengan kau
tidak mengapa, aku maafkan engkau

buat engkau yang menyakiti aku
disember 2015 tidak pernah wujud
rasanya tidak ada sebab untuk engkau jenguk blog aku lagi

selamat tinggal

Saturday, March 21, 2015

kesan kimoterapi atau radioterapi

Aku tahu ramai di luar sana yang ingin tahu apakah kesannya jika seseorang itu memilih untuk menjalani kimoterapi.

Aku yakin pasti doktor telah terangkan kepada pesakit 'treatment plan' yang dicadangkan. Treatment plan ini boleh jadi untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. yang penting pesakit mesti betul-betul faham apakah treatment plan yang disediakan untuk mereka di hospital yang mereka pilih itu.

TREATMENT PLAN UNTUK AKU
1.  KIMOTERAPI 12X DALAM JANGKA MASA 6 BULAN
2. RADIOTERAPI 20 X DALAM JANGKAMASA 3 BULAN
3. REGULAR CHECKUP SETIAP 2 BULAN UNTUK TAHUN PERTAMA
4. BUAT PROSEDUR PETSCAN PADA AKHIR TAHUN UNTUK MENGESAN KEWUJUDAN SEL KANSER YANG AKTIF
5. JIKA SIHAT TAHUN KETIGA TIADA LAGI PETSCAN / CITYSCAN
6.TAHUN TAHUN SETERUSNYA PROSEDUR REGULAR CHECKUP 3/4 BULAN SEKALI

P/S;semua prosedur di atas bergantung kepada tahap kesihatan semasa

Alhamdulillah, aku lalui semuanya dengan baik dan lancar.
kedua kimoterapi dan radoterapi ada kesannya pada pesakit bergantung kepada individu. lain orang lain pula apa yang dirasa.

KESAN KIMOTERAPI UNTUK JANGKAMASA PENDEK KEATAS AKU IALAH;
1. lidah rasa kebas, sakit,
2. seluruh badan rasa macam kena cucuk dengan jarum jarum
3. rasa lemah
4. loya muntah
5. tak selera makan
6. mudah sedih hilang mood
7. badan sakit-sakit
8. rmudah demam / sakit kepala
9.kulit badan jadi gelap
10. warna urat bertukar hitam
11. warna kuku bertukar gelap
12. urat jadi sempit, kalau nak cucuk untuk drip memang susah
13. sewaktu drug kimo masuk ke dalam urat darah, rasa panas dan sakit/ketat



KESAN KIMOTERAPI UNTUK JANGKA MASA PANJANG KE ATAS AKU IALAH;
1. Rasa lemah letih dengan cepat
2. selalu rasa mengantuk dan asyik nak tidur
3. tak tahan sejuk
4. ada beberapa kawasan kulit masih ada effect burn akibat kimoterapi. bahagian tangan aku memang ketara nampak. sesetengah orang bila tengok tangan aku mesti tahu aku pernah melalui prosedur sakit kanser.

KESAN RADiOTERAPI UNTUK JANGKAMASA PENDEK KE ATAS AKU;
1. kawasan badan yang dilaser akan bertukar menjadi gelap dan hangus macam kena bakar
2. kesukaran menelan makanan kerana kwasan yang dilaser adalah berhampiran leher
3. hilang selera makan
4. mudah dihidapi penyakit


KESAN RADIOTERAPI UNTUK JANGKA MASA PANJANG KE ATAS AKU;
1. kesan laser buat paru-paru aku ada parut dan aku disahkan menghidap fibrosis; susah bernafas kerana byk hingus yang sumbat kan salur pernafasan. pon begitu aku teah sembuh dan discharge untuk klinik paru-paru pada tahun ke tiga.
2. aku disahkan menghidap hypothiroid. sila lihat sini untuk tahu apa itu hipotiroid aku masih perlu makan ubat untuk ganti hormon tiroksin yang gagal dikeluarkan oleh badan akibat laser radioterapi. penyakit ini tidak berbahaya cuma aku mungkin kena makan ubat hipotiriod seumur hidup aku.

apapun yang penting aku masih hidup, sihat dan gembira dengan life aku. Alhamdulillah.sekali lagi aku ingin tegaskn kepada marketer yang menjual produk kesihatan untuk pesakit kanser.

AKU TIDAK MAKAN SEBARANG SUPPLEMENT MELAINKAN HABBATUS SAUDA DAN VITAMIN C YANG MURAH AKU BELI KAT FARMASI.
 

Saturday, January 10, 2015

Perubatan Tradisional atau Moden?

Seringkali pesakit seperti aku ditanya.

1) Apakah suplemen yang aku ambil
2) Pernahkah aku melakukan prosedur kimoterapi
3) Adakah aku mengamalkan perubatan tradisional



Aku sebenarnya adalah kategori individu yang percaya dengan perubatan moden. Pun begitu tidaklah pula aku menolak perubatan tradisional contohnya pemakanan melalui tumbuh tumbuhan dan akar kayu. Cumanya jika perubatan tradisional itu aku khuatir ianya belum diuji keberkesanannya maka aku ragu ragu sikit nak makan. Aku agak skeptikal dengan semua jenis bahan yang akan dimasukkan dalam badan aku ini. Aku sangat berharap lebih banyak ujian dibuat dengan bahan-bahan alami ini yang sesuai untuk pengubatan penyakit kanser. Dan kemudian ianya diakui oleh badan perubatan dunia dan digunapakai di hospital-hospital. Tinggi harapan aku ini. Yang ada sekarang aku kurang yakin. Doktor pula tidak syorkan.

Diawal waktu aku mula sakit, aku ada usaha untuk berubat melalui ustaz. Cuma aku sedih ada antara mereka mendakwa aku "dibuat" orang. Pengalaman ini aku ada cerita disini. Ini disebabkan, aku bersangka baik dengan orang disekeliling aku. Aku berasa, siapalah yang dajal aku yang tidak punya apa-apa ini. Apalah yang mereka akan peroleh?. Jadi aku tidak rasa aku "dibuat" orang pun.

Aku lebih mahu ke hospital. Memang agak memakan masa untuk doktor melakukan ujian dan mengenal pasti jenis penyakit aku. Apatah lagi aku hanya ke hospital kerajaan. Pada waktu aku mula tidak selera makan. mata kuning dan jari-jari aku menunjukkan tanda penyakit, ada juga aku klinik swasta. Itupun doktor suruh aku ke hospital besar buat pemeriksaan lanjut. Tanda penyakit memang ada. Tanda aku "dibuat" orang yang tiada.

Rujuk sini jika ingin tahu anda diganggu atau tidak.
https://jalanakhirat.wordpress.com/2012/10/11/41-tanda-dalam-badan-anda-ada-jin/

Jadi, aku yakin dan pasti aku tidak diganggu atau dibuat orang. Aku memang sakit.

Ada orang mencadangkan agar aku berubat dengan ustaz sahaja.
Ada yang mencadangkan pergi ke Homeopati.
Ada yang mencadangkan terus ke hospital.
Ada yang mencadangkan buat sahaja semuanya. yang penting ikhtiar.
Akhirnya aku pilih hospital.
Aku, (aku bercerita tentang diri aku) percaya doktor boleh beri aku jawapan konkrit tentang penyakit aku dan aku bersedia untuk duduk lama di hospital.

Mungkin ada yang tidak sependapat dengan aku. Perubatan moden ialah salah satu ikhtiar.

Satu lagi, apabila aku sakit, ramailah orang yang mencadangkan segala macam jenis ubat atau makanan tambahan untuk memulihkan kanser. Harganya mak datuk, beratus-ratus mungkin cecah ribu jika diambil secara berterusan.

Aku bukan orang kaya. Walaupun aku sakit aku masih berasa yakin aku tidak perlu membeli ubat beratus-ratus itu. Aku hanya mengambil ubat hospital kerajaan sahaja. Aku tidak ada ambil suplemen lain langsung. Aku bimbang dengan bahan yang masuk dalam badan aku. Sehingga kini pun aku cuma ambil vitamin c dan habbatus sauda.

Aku pelik dan hairan dengan orang marketing yang syorkan aku beli produk diorang dan bercerita dengan penuh yakin pesakit kanser sudah ambil dan sembuh. Sedangkan mereka sendiri tidak ambil ubat itu??

Aku sebenarnya berharap bekas pesakit kanser sendiri datang beritahu aku yang mereka sudah ambil ubat tersebut dan membantu mereka.

Mungkin ada pesakit kanser yang sembuh melalui ubat ubat sedemikian namun aku belum lagi jumpa depan mata. Lain orang lain pula cara mereka untuk mengubat diri mereka sendiri. Bila kita dah sakit, apa sahaja yang orang syorkan kita cenderung untuk ikut dan turut. Terutama apabila yang syorkan ialah ahli keluarga sendiri atau pun mungkin doktor.

Aku ada beberapa kenalan yang consume ubat A. Tapi kesemuanya meninggal dunia. Ubat A sangat terkenal dan mahal pula harganya. Yelah, dah ajal mereka. Macam aku cakap tadi, lain orang lain lah caranya dan pilihannya. Mereka memilih untuk makan ubat itu dan tuhan lebih sayangkan mereka.

Cuma bagi aku, aku tidak memilih ubat yang dijual oleh syarikat mlm. atau dijual melalui internet, yang mana aku tidak pasti telah diuji atau tidak. Malah kelulusannya pun diragui. Status ubat ini juga makanan tambahan bukannya ubat. Dengan harga beratus-ratus ringgit. Jika ada yang ingin mencuba sebagai tanda usaha, terpulang. Itu pilihan masing-masing.

Aku ingin melakukan semua prosedur mengubat kanser di hospital kerajaan. Apa sahaja nasihat doktor aku tidak terima bualt-bulat. Jika tidak tahu aku tanya. Aku baca. Aku cari maklumat. Aku cari kawan yang sama-sama sakit macam aku untuk kongsi pengalaman dan idea. Itu pilihan aku.

Tradisional atau moden, kedua duanya sesuai untuk pengubatan penyakit. Cuma kita kena berhati-hati agar tidak terkena penyakit lain pula bila mengambil ubat yang tidak diketahui keberkesannya. Sebagai hamba Allah s.w.t, kita wajib berusaha dengan akal. Melihat dari semua sudut dengan pengetahuan dan maklumat yang cukup untuk membuat satu-satu keputusan.

Monday, January 5, 2015

Pengalaman melalui prosedur Bone Marrow Aspiration

Pengalaman aku sewaktu mula-mula sakit, aku enggan melalui prosedur bonemarrowaspiration (BMA). ini disebabkan kebebalan aku yang suka mendengar cakap-cakap orang daripada membuat research sendiri.

Sedikit air tulang belakang perlu disedut untuk memastikan kanser aku berada di tahap mana. Jika doktor telah melakukan BMA dan dan ujian menunjukkan aku berada ditahap 4, maka prosedur rawatan yang akan diberi kelak lebih agresif. Mujur aku bersetuju melalui proses BMA dan aku telah dikenalpasti menghidap Hogdkin Lympoma Stage 2. Dan alhamdulillah belum merebak ke sum sum tulang. Jika melalui BMA, kanser didapati sudah merebak ke sumsum tulang maknanya aku berada di tahap 4.

Jenuh juga doktor nak memujuk aku agar bersetuju melakukan BMA. Meskipun diberi ubat pelali tetapi tetap sakit weh.. Aku menangis-nangis macam kena dera. Aku tak pasti doktor guna peralatan apa, tapi perasaan aku ini sewaktu prosedur itu dilakukan macam bahagian belakang pinggul aku di tengah-tengah, rasa seperti dikorek menggunakan besi. Sakitnya tuhan je yang tahu. Ya, memang sewaktu prosedur BMA dilakukan aku sedang sedar.. bius sedar la..  Akak misi kat sebelah memujuk aku agar bertahan.

Yang bestnya, sebelum itu , doktor yang akan melakukan prosedur tersebut berkata, ia tidaklah sesakit mana pun, macam kena gigit semut je,,

hampehhh Doktor tu tipu aku.

Apapun, jangan  takut nak melalui prosedur ini. Pastikan anda bertanya dengan doktor pakar yang merawat anda keperluan melakukan BMA dan kesan-kesannya. Pastikan juga doktor yang melakukannya adalah doktor terlatih dan kesilapan jarang berlaku. :P

Pernah silap ke? of course doktor pernah silap, mereka juga manusia biasa. Pun begitu aku bernasib baik ketika BMA dilakukan semuanya berjalan dengan baik, doktor sangat pakar dan banyak kali melakukan BMA, dan aku bangga melakukan semua prosedur penyakit kanser di hospital kerajaan. Berdoalah semuanya dipermudahkan.

Untuk pesakit-pesakit diluar sana seperti aku,

TOLONG JANGAN DENGAR CAKAP ORANG.
ANDA YANG SAKIT.
ANDA YANG RASA.
BUAT PILIHAN SENDIRI.
BANYAKKAN MEMBACA CARI MAKLUMAT.
TANYA BANYAK SOALAN DENGAN DOKTOR ANDA.
JIKA KEADAAN /PROSEDUR RAWATAN TIDAK BERLAKU SEPERTI YANG ANDA HARAPKAN JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN.
USAHA DAN TAWAKAL.
MUHASABAH DIRI.

Thursday, January 1, 2015

Tunggu


Tahun Baru Datang Lagi

Syukur. Masih sihat.

Tunggu.
Sedang menunggu.

Sabar. Sedang bersabar.

Belum.
Belum satu pun impian tercapai.

Yang penting sihat.

Sabar