.

Tuesday, January 17, 2012

needle


Aku tak tahu apa yang aku tanya boleh buat orang marah. Orang kata aku sengaja ajukan pertanyaan yang buat org marah. yeker? aku memang tak tahu dan aku tanya. salahke? Serius tak ada niat pun aku nak buat orang sakit hati dengan pertanyaan aku. sebab aku bukan macam tu.

Kadang-kadang aku fikir orang tak suka tengok aku gembira. Orang suka tengok aku sedih, kurus, sakit sepanjang masa.

cerita satu:

Aku ke sekolah berpakaian cantik. Muka ceria dihiasi mekap nipis. Semua kata aku nampak cantik termasuk anak murid aku.
Si "A" bertanya, "kenapa pakai cantik-cantik ni? nak jumpa siapa kat sekolah ni?"
Kalau sekali aku maafkan. kalau dah 34 kali agak-agak kenapa dia tanya macam tu ek?
Salah ke aku pakai cantik-cantik dan ceria ke sekolah?

cerita dua:

Aku bercerita dan meminta pendapat kerana ingin membeli sesuatu. Aku meminta pendapat rakan berkenaan hal "membeli itu". Aku masih muda (agaknya), single pulak tu. Duit gaji memang ada lebih untuk aku membeli belah untuk diri sendiri. Agak-agak pertanyaan itu pun akan membuatkan sesiapa mendengarnya tidak selesa? Jadi aku tidak perlu share dengan sesiapa jika aku ingin membeli apa-apa. Selama ini aku share dengan adik aku aja. Aku tak pernah share dengan sesiapa. Sekalipun adik aku kata dia pun mahu juga apa yang aku mahu, dia tak pernah marah aku?... Dia suka bila aku happy. Yang penting aku happy. Macam biasalah, aku rasa orang tak suka tengok aku happy. Orang suka tengok aku sedih dan tak punya apa-apa. Yang peliknya aku bukan kaya pun. aku biasa je. beli barang-barang murah. Kalau yang mahal aku akan fikir banyak kali dan minta pendapat orang lain. Aku cuma perempuan biasa yang tak berapa nak cantik.

cerita tiga:

aku suka makan dengan banyak di waktu pagi terutama di sekolah. Kemudian makan berat juga d tengah hari. Aku sedikit tembam kerana selera bertambah. Ada seseorang menegur aku katanya aku nampak sihat dan banyak makan. Aku tanya balik. "tak okay ke? gemuk ke" .
"taklah.okay sangat.." sambil tersenyum org itu berkata dia suka tengok aku banyak makan dan sihat. Aku yang mendengarnya jadi gembira dan terus makan dengan senang hati. Sikit pun selera aku tak terbantut.

P/S:apa kaitan bunga daisy putih dengan needle? cuba amik needle, kemudian carikkan kelopak bunga daisy tu dengan needle. Begitulah perasaan aku sekarang ini.



Saturday, January 14, 2012

Hurt


cuti sekolah kan baru je.. hampir 2 bulan jugakla cuti tu..

namun aku tak berapa bercuti kerana menguruskan abah sakit dan kenduri tahlil arwah ayahku. aku sempat bawa arwah jalan2 pergi melaka sebelum operate. Kononnya klu pergi lepas operate nanti tk dpt pegi, abah mungkin ada kekangan. Sebelum abah operate, pergilah kami ni ke Melaka bandaraya bersejarah.

Aku tk boleh teruskan. menangis lak aku ni..

aku terkilan sebab arwah belum rasa duduk umah yang aku beli dengan duit aku sendiri.
aku terkilan jugak arwah belum sempat menunaikan haji.
aku terkilan sebab aku cuma bawak pergi melaka saja. Kenapalah aku tak pergi tempat lain yang lebih baik.
aku terkilan lagi sebab anak-anak dia sorang pun tak tahu main keyboard/piano. Aku nak belajar tapi belum  
ada kesempatan.
aku terkilan dan sedih yang amat sebab arwah belum tengok mana-mana anaknya bersanding dan tak ada peluang timang cucu.

Monday, January 2, 2012

Life is hard

Tahun baru dah sampai.. jiwa dan hati aku masih kat tahun lama.


11 december 2011 abah pergi. 

Kadang-kadang teriang iang lagi dia membebel. Bila aku drive aku rasa dia ade kat sebelah bising suruh aku slow sikit bawak keta. Kadang-kadang aku tak sedar air mata aku dah mengalir time aku drive.

Bila aku kat rumah aku cuba tanak ingat yg aku sebenarnya sorang-sorang. aku sibuk2kan la diri, mengemas sampai tak tahu dah nak kemas apa..tengok movie online.. tgk tv non stop..  kadang-kadang aku mengaji... tapi tak berkesan jugak.. lebih-lebih bile mengaji..lagi aku nak nangis...


kadang-kadang aku gatal pegi bukak bilik abah.. pastu aku tutup balik. betul ke abah dah tak ade? Pagi aku bangun aku bukak balik pintu bilik dia.. memang comform dia dah takda.. menangis lagi aku..

aku menaip ni pun air mata aku dah mengalir..i need motivation....


aku tau aku masih bertuah jika dibandingkan dengan orang lain.. aku tau.. bersabar la wahai kenit yang tabah. ramai lagi yang lebih tidak bernasib baik jika dibandingkan dengan aku..

Aku harap thn 2012 aku lebih bahagia.


live your life to the fullest!