.

Saturday, January 26, 2013

Jauh





Rasa jauh hati
Tak pernah ada hak eksklusif
Kehadiran yang tak diiktiraf
Makanya jika hilang tidak mengapa
Pasti lebih selesa bila diri ini tiada
Boleh buat apa sahaja
Bersama siapa sahaja
Pasti lebih gembira
Semoga bahagia

Saturday, January 19, 2013

ADAKAH MALAYSIA NEGARA ISLAM KINI DAN SELAMANYA?

Kenapakah, bila setiap kali pemimpin-pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang melukai dan menghiris perasaan umat Islam, pemimpin-pemimpin PAS seolah-olah terkedu lidah dari memberi respon yang membahagiakan sanubari masyarakat Islam di Malaysia?

Adakah demi menjaga keharmonian Tahaluf Siyasi dan mengekalkan momentum untuk menjejakkan kaki ke Putrajaya , maka suara-suara yang mempertikaikan kebijaksanaan mengutamakan pihak yang bukan Islam dari bangsa seakidah sendiri perlu dibendung dan ditentang?

Adakah juga, berstatuskan parti politik dan jamaah Islam tertua di Malaysia, PAS dapat menjamin kedaulatan Islam dapat dibela dan dipertahankan sambil diapit oleh tekanan dan bantahan rakan se tahaluf di sebelah kiri, tuntutan-tuntutan Kristianisasi dan Liberalisma di sebelah kanan manakala masa depan jatidiri Melayu Muslim bagai telur di hujung tanduk di tanahair sendiri?

Sunday, January 6, 2013

Jodoh

Aku tidak mengharap mempunyai jodoh
Aku bersyukur dengan apa yang aku lalui
Bersyukur sangat dengan apa yang aku ada
Bersyukur masih diberi kesihatan yang baik dan buah fikiran yang baik
Sebab aku tahu tuhan merancang yang terbaik untukku

Ramai yang mahu lihat aku berkahwin
Ramai mengharapkan ada jejaka berkahwin dengan aku dan menjaga aku
Tetapi ramai yang tidak tahu, jejaka di luar sana ada berharap mereka dijaga oleh wanita 
Aku mungkin tidak dapat beberbuat demikian



Jodoh itu ketentuan tuhan
Jika dia berkehendak aku untuk berkahwin pasti aku sudah lama berkahwin

Lelaki beribu, yang bersungguh susah nampak
Perlu lebih jaga diri kalau aku cuai nanti rugi
Perlu hati-hati jangan beri ruang diambil kesempatan

Lebih baik sendiri.
Bahagi kasih pada keluarga,
Pasti lebih bermakna
Keluarga sentiasa ada,
Cinta Sayangnya tiada tandingan

Tahun 2013

Tahun 2013 sudah masuk hari keenam. Yang penting aku masih sihat dan baik. Walaupun senarai impian aku masih satu pun belum dilaksana. Sebenarnya apa yang aku ada sekarang pun sudah cukup. Jika aku punya kemampuan dan keupayaan senarai impian itu harap dapat kupenuhi.



Masih jauh perjalanan sejauh perancangan Tuhan untuk hambanya. Jika masih diberi masa dan peluang hidup di dunia aku pasti terus berusaha untuk menjadi lebih baik lebih bahagia berbanding tahun sebelumnya. Aku berdoa supaya dilimpahi rahmatNya agar aku menjadi hambanya yang lebih patuh. Aku mohon perlindungan dari sifat riak dan takbur serta iri hati dan dengki. Aku mohon kepadaMu Ya Rahman Ya Rahhim agar mengabulkan semua doa-doaku serta permintaan ku. AMinn