.

Monday, July 10, 2017

Ada tanda kanser tetapi takut jumpa doktor

* Kenapa Gunung Fuji? Kerana aku sering bermimpi pergi ke Jepun.-Gambar Ihsan Google 

Assalamualaikum wbt pembaca yang dirahmati Allah sekalian

Alhamdulillah saya masih sihat dan gembira disamping keluarga dan sahabat.
Semoga kita sentiasa dalam lindungan Nya

Post ini khas untuk pembaca Seni Draja.

Apa perlu saya buat jika saya ada tanda-tanda kanser?
Ya, anda ada pilihan. Tetapi saya harap anda buat pilihan yang bijak.

Pilihan 1

Mesti beritahu keluarga. Mohon sokongan keluarga dan sahabat. Berjumpa doktor dan bersedia untuk membuat pemeriksaan yang lama dan memakan masa. Jika ketumbuhan itu bukan sejenis kanser, Alhamdulillah syukur. Jika sejenis kanser, diharapkan anda tabah. Memiliki kanser bukan bermakna hidup anda terus musnah. Anda masih ada peluang untuk sembuh. Bergantung kepada tahap dan jenis kanser. Berdoalah kepada Nya.

Pilihan 2

Anda memilih untuk biarkan sahaja. Cuba berubat alternatif. Cuba perubatan lain. Jika tidak berhasil dan keadaan makin teruk barulah berjumpa doktor.

Jika anda menghidap kanser, lebih lama anda enggan berjumpa doktor membuat pemeriksaan dan rawatan, anda memberi peluang kanser merebak. Elok-elok anda hanya tahap satu atau dua, jadi tahap 3 atau 4 kerana lewat mendapatkan rawatan. KANSER CEPAT MEREBAK.


Apa perlu saya buat?
Jika anda tanya saya, anda memang perlu ke hospital sekarang juga. Jika anda sedang bekerja sila ambil cuti. Buat pemeriksaan lengkap di hospital. Jika anda ada insuran kesihatan, sila gunakan kelebihan itu. Jika tiada insuran kesihatan dan tiada duit tidak mengapa, pergi hospital kerajaan. Kerajaan punya ramai doktor yang hebat dan baik. Untuk pengetahuan saudari/saudara Seni Draja, saya menjalani kesemua prosedur sakit kanser di hospital kerajaan. Malah sebenarnya jika saya perlu bayar (sebab saya government servant, jadi free of charge), rawatan kanser di hospital kerajaan jauh lebih murah berbanding hospital swasta. Hanya doktor boleh beri jawapan konrit dan jelas mengenai tahap kesihatan anda diiringi dengan bukti (ct scan, pet scan, mammogram etc)

Masa depan
Masa depan anda, anda yang tentukan. Pilihan anda sekarang menentukan masa depan anda. Anda perlu berani. Berani untuk masa depan anda. Hidup dalam ketidakpastian serta diri sedia maklum kurang sihat tapi tiada apa-apa yang dilakukan, itu satu tindakan kurang bijak. Sentiasa sabar dan fikir cara untuk sihat dan gembira. Jangan fikir tentang orang lain. Fikirkan tentang diri anda. Jika tiada yang sanggup berada disisi anda ketika anda sakit, anda perlu bersyukur. Kerana diberi ilham tentang individu yang sebenarnya tidak layak terima perhatian dan kasih sayang anda.

Perkara pertama saya buat bila saya sakit, ialah maklum keluarga. Keluarga sanggup buat apa sahaja supaya saya sihat. Saya beritahu kawan-kawan baik saya. Mereka selalu beri sokongan dan kata-kata semangat buat saya, temankan saya.

Saya juga takut dulu, tetapi saya berkeras ke hospital kerana saya tahu saya tiada pilihan. Saya perlukan kepastian. Saya nak sihat. Jika ditakdirkan saya akan mati apa boleh buat. hargailah masa-masa yang ada ini untuk perkara-perkara yang mampu membahagiakan diri. Saya tidak punya banyak masa. Masa itu sangat berharga bagi saya. Usia makin meningkat. Saya mahu kenangan yang indah sebanyak mungkin kerana masa kecl dan remaja saya tidak begitu indah. Saya ingin sembuh segera. Saya masih punya banyak perkara ingin dilakukan. Ramai cancer survivor di luar sana. Percayalah anda boleh hadapi nya dengan baik dan lancar. Banyakkan berdoa kepadaNya supaya mudah dan lancar segala urusan.

Saya ada jika anda perlukan saya.

Email: jane4glay@yahoo.com

Friday, June 2, 2017

Tanda-tanda Kanser Limfoma

Ada seorang pembaca komen memohon aku membantunya memberitahu tanda limfoma yang ada pada aku dahulu. Maaf aku lambat baca komen.

Aku listkan:

1. Batuk berpanjangan. Tidak sembuh walaupun makan ubat batuk dan jumpa doktor. Lama. Untuk aku lebih kurang setahun sebelum diagnosis.
2. Demam. On and Off. Low Grade fever and sometimes high grade fever. jangkamasa aku tak ingat. lebih kurang setahun lebih. 
3. Susut berat badan-tak selera makan. 45kg turun hingga ke 31 kg, dalam tempoh setahun
4. Kuku kuning, mata kuning. ketara dalam 3-4 bulan sebelum diagnosis
5. Benjolan di bahagian atas bahu kiri. Tak sakit
6. Kesukaran menelan makanan. 3.4 bulan sebelum diagnosis. Waktu ini ketulan kanser dan membesar menolak kerongkong. Sebab itu susah nak telan makanan.
7. Gatal-gatal diseluruh kulit. 
8. Luka yang sukar sembuh atau tidak sembuh langsung. Apabila aku menggaru sebab gigitan nyamuk. Luka itu menjadi besar dan tidak sembuh. 
9. Timbul seolah ruam kecil yang berair di dalam nya. Sangat gatal.


Ini list aku. Orang lain mungkin tidak menunjukkan tanda seperti aku. Semoga membantu.

Suplemen Kanser

Cantik dan Indah tetapi Merbahaya. Produk suplemen memang mengujakan tapi boleh membunuh!

Assalamualaikum wbt

Salam Ramadhan. Selamat berpuasa kepada semua pembaca muslim.
Lamanya tidak pos sebarang tulisan di blog ini.
Semestinya alasan aku ialah sibuk. huhu. Sungguh.
Aku masih sihat gembira makin berisi (uwaaaa) yang mana kalau orang tengok ketara berisinya aku sekarang. ---sindrom takut gemuk.
Sihat walafiat Alhamdulillah.
Gembira kerana punya seseorang yang mengasihi dan menyayangi aku seadaanya.

Pasti ada yang tertanya. Adakah aku masih hidup? haha..
Ya, pembaca sekalian. Orang putih kata "alive and well".
Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah ..

Demi tuhan yang maha pengasih dan penyayang, tiada apa yang lebih membahagiakan buat aku apabila dikelilingi orang yang sangat sayang, kasih dan jujur padaku.

Aku mohon kejujuran dari penjual suplemen kanser. Sungguh ramai penjual suplemen beriya menegaskan produk mereka berkesan untuk mencegah dan mengubati kanser. Aku tidak ingin menyebut mengenai hal pesakit lain tetapi aku ingin ketengahkan hal aku sendiri.

Mohon pesakit kanser menjadikan aku sebagai rujukan.
Terutamanya mereka yang menghidap penyakit kanser setahap dan sejenis aku.

Aku ialah pesakit kanser tahap IIB Hodgkin's Lymphoma. 
Aku dikesan menghidap kanser ini pada bulan julai 2009. 
Aku telah menjalani kimoterapi sebanyak 12 x pada bulan ogos 2009 hingga januari 2010.
Aku menjalani radioterapi pada mei 2010 hingga julai 2010. 
Dari bulan julai 2010 hingga sekarang jun 2017, 
alhamdulillah aku disahkan doktor "tiada tanda-tanda sel kanser ada di dalam badan".
Aku tidak ambil sebarang suplemen.
Aku makan vitamin c  dan habbatus sauda kadang-kadang sahaja.

Pesakit kanser biasanya mengharapkan "miracle suplement". Tolonglah percaya there are no such things! Jumpalah doktor. Be strong. Read a lot.

Saya quote ayat seorang doktor didalam blog ini
https://www.faktasains.com/single-post/2016/12/01/HERBA-JUS-DAN-PRODUK-SUPLEMEN-ANTI-KANSER-FAKTA-ATAU-AUTA untuk rujukan anda. Pergilah singgah!

Beliau berkata
"Kepada penjual-penjual produk kesihatan alternatif dan komplementari, tolong bantu pesakit-pesakit kanser ini dengan menasihati mereka supaya mendapatkan rawatan kanser daripada pakar kanser yang bertauliah. Hentikanlah penggunaan testimoni-testimoni untuk menarik kepercayaan orang ramai kerana kebanyakan testimoni-testimoni ini sebenarnya hanyalah setaraf dengan khabar angin. Kasihanilah mereka dan ikhlas lah di dalam mempromosi produk anda. Anda tidak pernah merasakan bagaimana perasaan mereka yang sedang tertekan akibat penyakit kanser dan apakah penderitaan fizikal yang mereka lalui. Jika anda membuat dakwaan palsu dan berjaya mempengaruhi mereka sehingga mereka lambat atau tidak mahu mendapatkan rawatan daripada pakar, anda sudah menjadi sebahagian daripada sebab musabab kemudaratan ataupun kematian ke atas mereka. Bayangkan lah jika pesakit2 ini sanak saudara anda sendiri dan orang yang anda sayangi. APALAH NILAI WANG RINGGIT YANG DIPEROLEHI ITU JIKA IANYA DIPEROLEHI MELALUI CARA YANG TIDAK BERETIKA DARIPADA ORANG YANG TERANIAYA."