.

Thursday, December 6, 2012

i hate u

10 THINGS I HATE ABOUT YOU

I hate the way you talk to me, and the way you cut your hair. 
I hate the way you smoke in my car. 
I hate it when you stare. 
I hate your big dumb combat boots, and the way you read my mind. 
I hate you so much it makes me sick; it even makes me rhyme. 
I hate it, I hate the way you're always right.
I hate it when you lie.
I hate it when you make me laugh, even worse when you make me cry. 
I hate it when you're not around, and the fact that you didn't call.
But mostly I hate the way I don't hate you. Not even close, not even a little bit, not even at all.




Monday, October 29, 2012

Anak Peter yang ke---


ini kucingku yang bernama salem.sila rujuk sini ---->  ;http://mayamenconteng.blogspot.com/2010/04/anak-stokin-peter-dan-salem.html. Salem tidak pernah dimiliki oleh mana-mana kucing jantan. Pokok utama Salem masih dara ialah perilakunya yang sangat garang. Walau diusik sikit pun pasti beliau akan cuba mengigit kaki atau apa saja benda bergerak yang menghampirinya. Kelihatan seperti fobia. Oleh sebab itu aku kira Salem ini sukar didekati. Oh ya, namanya Salem, (macam nama jantan) kerana seaktu ia lahir aku tidak tahu jantinanya. Jadi aku sebat saja nama apa-apa yang ku suka. Bila mau minta makanan saja salem akan beraksi manja. Selain dari itu ia sangat garang.. hahaha Salem ohh salem..



Aku memang memiliki sejumlah kucing yang banyak. Peter selalu saja beranak pinak. Sekarang peter telah beranak lagi anak yang ke berapa pon aku dah tak ingat. Yang kecil dan comel dibawah masih belum punya nama.Anak peter ada dua. Seekor lagi tidak diketahui tempat persembunyiannya.


Saturday, October 27, 2012

Kemalangan

scenario
24hb oktober 2012

3.00 pm   viva perlahan-lahan keluar menuju ke arah pintu pagar sekolah
3.20 pm   viva menghampiri pekan sepang dan seterusnya ke ..........
3.30 pm   viva memasuki perkarangan kedai dobi
3.40 pm   viva bergerak smula menuju RHB bank
3.50 pm   viva bergerak dengan kelajuan 60km/j
3.55 pm   viva melanggar kereta iswara aeroback
4.00 pm   viva ditolak oleh seorang uncle yang baik ati ke tepi jalan
4.10 pm   Membuat laporan di balai polis berhampiran
5.00 pm   Pengguna viva di kompaun RM 300
                memandu cuai dan menyebabkan kemalangan
5.30 pm   Pengguna viva menyerahkan kereta kepada
                Uncle service kereta untuk claim insurans.

Sekian.


Sunday, October 7, 2012

Sunyi, simpati atau sayang?


Pernah tak rasa sangsi dengan kekasih korang? Rasa macam sayang, kadang-kadang rasa macam tak pun. Pernah tak rasa macam tu? Korang kena faham, ada beza antara rasa  sunyi, simpati atau sayang. Kena tahu si dia tu ambil berat sebab sayang, sunyi atau simpati je dengan korang. Kadang-kadang,  nampak macam sayang, tapi sebenarnya sebab tak ada pilihan lain. All effort nak ke arah masa depan tu tak ada, tapi masih nak ambil berat dan caring. Macam mana tu? 


  • SUNYI - Kalau sebab sunyi, sementara takde pilihan yang lebih menarik di hati, akan ada waktu tertentu saja dia ingin berhubung atau bersama. Dan ada waktu dia cam bosan dengan korang. Situasi ini menunjukkan dia hanya bersama korang kerana dia sunyi dan sementara dia mendapat yang dia benar-benar suka, dia melayan korang seperti orang yang dikasihinya.
  • SIMPATI - Klu sbb simpati, cara layanannya mungkin buat kite salah anggap! Kadang-kadang rasa spt dia amat mengambil berat dan macam sangat syg ngan korang. Korang rasa macam tu sbb korang syg dia. Namun dia tidak. Sebab, dalam masa yang sama, dia juga meminati pada yang lain. Bila korang susah, sakit, kecewa dia sgt caring macam takut kehilangan! – NAMUN, tak semestinya sayang yer, mungkin hanya rase simpati cam kawan je.
  • SAYANG - Klu betul2 sayang dia MESTI SELALU ingin bersama, berhubung dan sentiasa mesraaaa! Tidak ada masa untuk yang lain sebaliknya, SUKA setiap masa terluang untuk menemui atau menghubungi korang, malah dia akan cari masa untuk korang! – sblum korang tnye ttg hub korang, awal2 dia dah ngaku mmg cinta habis.
You see, cinta itu mudah saja…
Setiap yang punya rasa cinta, ingin meluahkannya, ingin menikmati bersama dengan orang yang dicintainya. Jika tidak, itu bukan cinta!
Tidak perlu confused atau pelik jika cinta yang diidamkan itu, tidak seperti yang diharapkan, KERANA, obviously kalau tak berbalas itu, it shows hanya korang saja yang merasa cinta itu.
SEKIRANYA korang bertanya tentang keadaan atau situasi korang berdua,
  • “Bagaimakah kita sekarang ni, adakah masih ada cinta, adakah couple, adakah ada masa depan untuk bersama?”
…Jika dia punya perasaan seperti korang juga, dengan yakin dia akan menjawab,
  • “YES, We are couple, YES we are going to be together forever! and YES kita akan kahwin nanti!” Itulah cinta dan sayang.
Tak mungkin dia jawab tak tahu atau tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu. Jika begitulah jawabnya, jelas sangat…DIA TIDAK CINTAKAN KORANG! So, boys and especially girls…kenali dan fahami betul-betul samada dia SAYANG, SUNYI atau hanya sekadar SIMPATI, supaya tidak kecewa di masa hadapan. It hurts but it is true!

Friday, August 24, 2012

Dress ala 70's

Aku ialah peminat fashion vintage.
setakat ini tiada ku geledah almari nenek atau datukku semata mahukan baju-baju mereka utk vintage feel.
Aku gemar shopping online. Terlalu berlambak fashion ala vintage di kedai-kedai online.
Antara kedai online kegemaran ialah

http://thepoplook.com/
http://www.milktee.com.my/
http://www.sugarscarfbyriqa.com/
http://www.buttonmybuttons.com/
http://www.najjah.com/v1/

Tadi aku melaram satu dress yang ada corak buah anggur pada kainnya. Sangat menarik, tertarik dan aku nampak the bom Tapi aku rasa aku kelihatan gemok.. huhu rasa mahu minta adikku menjahit dress sebegitu untukku dimasa akan datang. Mudah di pakai. cuma sarung sahaja.







P/s: muka ceria dapat pakai kasut tinggi.. huhu Made in BATA. comform selesa and nampak tinggi..

Hati yang kecil



P/s: Hati yang kecil bermaksud hati yang berbentuk kecil berbanding biasa. Tidak serupa dengan makna "kecil  hati" yang mana menurut dewan bahasa bermaksud cepat tersinggung atau merajuk.


Adakah bentuk hati aku kecil?
"bukan. "

adakah hati aku semakin mengecil?
"pun bukan."

Adakah aku berkecil hati?
"mungkin."

Adakah aku cepat kecil hati?
"ya." (hahaha.. aku mmg tau diri aku ni)

Adakah aku tersinggung?
"ya."

Apakah aku sedang merajuk?
"mungkin."
Kenapa aku tersinggung?
..........banyak sebab ni. nak cerita yang mana satu agaknya.

Aku memang mudah berkecil hati semenjak kecil lagi.
Mungkin sebab aku kurang bergaul.
Mungkin juga aku selalu berasa rendah diri.
Mungkin juga kerana aku tidak punya emak.
Mungkin juga kerana serba serbi kurang.
Banyak sangat kemungkinannya.

Macam mana aku deal dengan benda-benda kecil macam ni. Aku automatik pujuk diri sendiri bila rasa tersinggung. On Job Training  bab-bab kecil hati ni bermula sejak aku kecil. Cuma kadang-kadang tak berkesan. Cara paling baik ialah meluahkannya dengan seseorang.

Luahkan pada sahabat.
" Sahabat busy. Semua dah ada famili sendiri. malas kacau."

Luahkan pada boyfriend?
".. tak ada boyfriend.."

Luahkan pada mak
".. lupa ke aku dah takde mak bapak?"

Kan adik ada.
"Dia pon ada masalah sendiri. lagipun aku kan kakak. takan aku nak cerita and mintak pendapat dia. masalah dia pon aku yang setel."

Allah s.w.t ada. Mengadulah pada Dia.
"Memang aku tak ada orang lain. Mengadulah aku pada Dia yang Esa. Kena paksa pujuk diri sendiri supaya bersabar." 



Monday, August 20, 2012

Time will not wait!!





World full of challenges. 
No easy task. 
All difficult. 
If you want success, arrange your move. 
Forget shame and tired. 
Time will not wait. 
Either we move forward, or it will leave us.

If you make a lot of effort you definitely will succeed. 
I know because I have done it since i was a kid. 
You will EARN YOUR SUCCESS when the time comes.

People acknowledge my effort. 
I earn respect from others. 
Because i work hard!
YOU SHOULD DO THE SAME!!

Saturday, August 11, 2012

when i come back, try to show some love

i really loves this song. 
".....There's a place i used to knowA seed i used to sowSometimes i want to go backAnd give them all i have
 When i come back and try to show some love
 There is a place i need to find
And need to be there in timeDon't try to over and out liesI'm just a girl who fighting her time
I'm so much strongerThey will need to listen to what i have to sayThere's a bigger sea for a girl like meWhen i come back and try to show some love
When i come back and try to show some loveTry to show some love
Oh they will need to listen, listen
I'm so much stronger they will need to listen to what i have to sayThere's a bigger world that i'm fighting forwhen i come back and try to show some love
When i come back try to show some love


try to show some love..."

Read more: YUNA - MERMAID LYRICS http://www.metrolyrics.com/mermaid-lyrics-yuna.html#ixzz23DLHrajk
Copied from MetroLyrics.com 

Tuesday, August 7, 2012

siapa boyfriend aku?

special boyfriend aku perlu ada ciri-ciri berikut:

1. Cool (sabar, Tenang)
2. Komunikasi Excellent
3. BUKAN Penyokong Pembangkang (nanti gaduh ceraikan aku lak sbb sokong parti lain..haha)
4. Give and take
5. Penyayang
6. BUKAN cover macho
7. Lagi pandai dari aku dalam semua segi
8. Mempunyai 1 atau lebih kesukaan yg sama ngan aku
9. Banyak perangai supaya aku tak bosan (sbb aku diam)
10. ACCEPT MY DARK SIDE.

selain dari ciri di atas, harap maaf.


and mesti suka kucing..huhu

Friday, July 20, 2012

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

aku rasa aku kurang makan. tapi bukan sebab diet.



Aku rasa macam kurang selera.
Aku rasa macam susah nak telan sikit.
aku rasa macam ade benda kat leher aku. entahlah. Macam-macam lah aku punya rasa.


Esok nak sahur roti ngan susu ngan kurma. Malam ni taknak tidur.



Esok ramadhan bermula. cepatnya masa berlalu. sedihnya nak sambut ramadhan sorang-sorang. Aku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna. Amin ya Rabbal Alamin.

Tuesday, July 17, 2012

Kembali ke 1998



Waktu itu malaysia menganjurkan sukan komanwel.. Malaysia juga dilanda krisis ekonomi. Ekonomi famili aku pun tidaklah berapa baik waktu itu. Aku gagahkan diri menumpang di rumah datuk. 4 tahun kemudian aku mengambil keputusan untuk keluar. Keluar dari rumah yang kelihatan kukuh dan stabil itu, tetapi panas di dalamnya.

Kini 15 tahun berlalu. Tiada siapa pun tahu kenapa aku ambil keputusan drastik begitu kecuali adik-adikku. Orang sangka aku tidak akan selamat jika keluar. Orang kata aku pasti gagal. Duduk di rumah datuk sendiri adalah terbaik. Bersama dengan ayah sendiri dan punya ibu tiri pasti memeritkan. Mengundang luka dan cari pasal namanya. Mereka kata: tanggunglah sendiri. Aku tidak peduli. Aku yakin aku buat keputusan terbaik.

Aku bersyukur aku telah buat keputusan yang baik. Sekarang, aku selamat. Aku sihat. Aku cukup makan dan berdikari. Aku punya jalan selesai masalah aku sendiri. Aku tidak pernah susahkan sesiapa pun termasuk datukku. Aku tak takut hidup seorang. Janganlah kau bimbang.

Menjadi tanda tanya kenapa baru sekarang anda dan keluarga anda mahu aku kembali duduk bersama datukku. Alasannya?

1. aku yatim piatu
2. aku duduk sendirian

Kedua-dua alasan ini sama sekali memihak kepada aku. Bukan mereka. Baru sekarang terlintas dalam benak otak bahawa aku yatim piatu. Memanglah aku ada abah sebelum ni tapi tak pernah pun kau ambil kisah. Sebelum ini pun aku duduk bersendirian. Abah biasa meninggalkan aku untuk tugasan di luar. Aku kerja dan sekolah pun berjauhan dengan famili. Ada tak kau tanya? Kau kan suka aku keluar dari rumah Datuk. Tepuk tangan gembira. Sesungguhnya reaksi muka kau dengan perkataan yang kau ucapkan sangat kontra. Umpama ucapan gembira sambil makan ubi kentang, tapi sebenarnya makanan itu paling dibenci. Berkerut-kerut muka memaksa diri makan ubi kentang yang menjijikkan. Tahukah kau reaksi mukamu itu sangat ketara dilihat.

Kejamnya kau ini. Dulu masa aku tak seberapa kau biar. Sekarang aku baru nak rasa bahagia, kau kata  Datuk perlukan aku. Kau kata aku perlu balas jasa datuk. Jasa datuk pada kau macam mana?


Kekangan kau dibesar-besarkan. Kekangan aku kau tak kira. Selamanya kau tidak pernah adil. Alangkah bagusnya kalau dari dulu kau layan aku adik beradik baik. Mesti apa yang kau minta sekarang aku penuhi. Maaf. Aku bukan budak kecil umur 15 tahun yang boleh dipijak-pijak. Masalah kau, selesaikan sendiri. Kau lebih dewasa dan berkemampuan dari aku.

Aku riang, ceria dan gembira dengan kehidupan aku sekarang. Tolonglah jangan ambil kegembiraan aku yang satu ini. Aku baru nak rasa bahagia tahun ini.




Saturday, July 14, 2012

aku lapar


aku sangat lapar sekarang.. 

 tapi sangat malas nk bawak kereta keluar carik makanan...
baru balik dari tempat yang jauh.. kaki dah krem ni..
takut lak terlanggor pape




menu malam ni biskut kot, takkan nak amik biskut kucing aku lak...huhu
laporrrrrrrrrrrr




Saturday, June 30, 2012

Menu Sarapan Pagi: Style Aku

Dalam dua bulan kebelakangan ini aku gemar sarapan roti perancis Gardenia. ala yang ade bijiran kat roti dia tu... ha..yang cepat habis tarikh luput tu.. huhuhu



Roti ni lebih baik dari roti putih kerana tinggi kandungan serat. yelah aku kan dah tua.. makan pun mkanan orang tua gak la.. Roti putih sesuai untuk kanak-kanak atau remaja. untuk kucing pon okay gal. itupon kalau kucing korang berselera BESAR PUNYA..  ada kucing yang suka makan roti gak tau.. terutama kucing kampung. semua jenis makanan nak bedal



Disebabkan kekerapan aku membawa roti ini ke sekolah semua rakan-rakan guru turut serta mencuba penangan roti perancis ini. Kemudiannya aku melihat mereka juga turut membeli roti yang sama hahaha.. tapi membahasakan roti itu nama aku. huhu 

"hari ni nak makan roti maya la.."
"maya, rini kitorang makan roti engkau..."  sewel tol dorang ni.

jenama apa kegemaran aku? mestilah gardenia.. lagi mau tanya. Aku tau banyak brand lain di pasaran. tapi aku dah makan roti ni sejak aku kecik lagik. Arwah bapak aku yang ajar pastu dia pon memang suka roti Gardenia.. Aku macam tak boleh makan brand lain la..



sesuai dengan logo dorang, "you can even eat it on its own" memang aku suka makan macam tu je.. termasuk roti perancis tu. Nak sedap sikit aku selalu cicah air kopi ker, nescafe ker. 



buat pertama kalinya, pagi tadi aku sapu garlic butter kat roti aku.. sedap gak.. huhu


Kalau korang nak diet, roti memang sesuai sangatlah untuk korang..cepat kenyang dan tahan dalam jangka masa yang lama tau..cubelah rasa,, sedap...





Thursday, June 28, 2012

Yang Tertinggal

Dalam terang menyorok si gelap
Gelap yang kelam
Kelam yang sentiasa ada

Kelam itu menjelma
Coba menguasai
Terang tiada hirau
Kelam gigih mencari arah
Menghalau semua sisa mentari

Lalu bertebaran si malam menjelma tanpa terang
lanjut ke pagi,
kembali keesokan hari,
Dan saat malangnya
Kelam kembali
Membuang siang disisi

Sehingga akhir
Tidak kelihatan sedikitpun berbaki
Kerana mungkin ada Yang Tertinggal



Mungkin tuhan masih ingin uji. masih belum izin lagi.

Sunday, June 24, 2012

Tanya sama Pokok

Lama sungguh tidak menulis. Macam biasa alasan aku ialah sibuk.. dah memang aku sibuk, nak buat macam mana. Aku benci melihat kawasan rumah aku yang bersemak samun dan tiada bunga.

gambar 1: bukan srumah aku. huhu

Aku takut nak tanam nanti mati pokok tu.. Sebab ketidak pastian diriku yang akan menyiram setiap hari.
tapi aku teringin benar nak tegok pepohon hijau dan bebunga pelbagai color kat rumah aku ni. Tiap hujung minggu aku mesti tak duk rumah. pergi umah adik aku atau berjumpa kawan2. takpun kursus atau program sekolah. Hari2 biasa lak pagi jangan harap aku boleh siram. sebab aku mesti lambat.... huhuhu

Pendek kate aku memang bukanlah orang yang rajin nak jaga n siram pokok... lagipun aku sorang aje duduk umah ni. dulu abah ada, terjagalah jugak pokok2 kat rumah. sekarang semua semak and yang dlam pasu dah mati pon....

apa yang boleh memotivasikan aku supaya menanam dan menjaga pokok2 ngan baik? hmmm...... Tanya sama pokok...










Friday, May 4, 2012

BERSIH 3.0: JANGAN JADI MANGKUK

Aku memang sensitif dengan senario politik Malaysia lately. Bersih 3.0 yang berlangsung baru-baru ini memang sangat mendukacitakn aku sebagai seorang rakyat. jika benar pemimpin pembangkang mahu SPR telus, tiada cara lain lagi ke nak buat? demo jalanan juga yang dipilih. Dah bagi stadium tak nak pulak. Dengar macam aku pro BN. aku suka PAS. but not anymore. I bet PAS will loose to DAP somehow. They don't have the guts like old time. I definitely don't want Malaysia turn like Singapore. 

And being a teacher, i definitely regret of some teen at the bersih scene.. Apa yang korang buat kat situ? Tahu ke apa yang korang buat? Betul2 faham ke penglibatan korang dalam bersih tu? is it really feel cool being there? Stupid. 

Why Demo? 
Tak fikir ke kesan terhadap kestabilan negara di masa akan datang? Lupa pula. Korang kan MANGKUK sebab itu tak fikir . Selfish.

why?

1. SELFISH: Menyusahkan orang. Orang yang bekerja, kelaur masuk KL. 
2. SELFISH: Menyusahkan orang. Orang yang buat kenduri kahwin atau keraian lain. Tetamu tak dapat datang. Majlis tergendala.
3.SELFISH: Menutup periuk nasi peniaga kecil dan sederhana pada hari tersebut dan pemandu teksi.
4. SELFISH: Pengunjung yang nak berbelanja dan mereka cuma ada hari itu untuk keluar dalam seminggu. Tapi tidak dapat berbuat demikian.
5. SELFISH: Ibu bapa yang nak spent time dengan famili dan ada hari itu sahaja nak spent dengan suami isteri atau anak-anak tapi tergendala plan. 
6. SELFISH: Pelajar-pelajar yang ada kelas tusyen atau kelas tutorial pada hari tersebut terpaksa menangguhkan pembelajaran. 
7. SELFISH: Pelajar-pelajar universiti yang membuat pengajian PJJ tidak dapat turun ke KL untuk belajar. Terpaksa tangguh kelas ke hari lain yang mana sukar dilakukan. Kerana mereka cuma ada weekend untuk kelas.
8. SELFISH: pendemo suka nak berdemo dan tunjuk pada satu dunia bahawa mereka sangat cool dan agresif menuntut SPR bersih kononnya. Padahal demo itu sendiri sudah mencemarkan imej Malaysia di mata dunia. Suka la korang kan.
9. SELFISH: tidak fikir kesan demo kepada pelabur asing yang melabur berbillion ke atas perniagaan di Malaysia. yang mana pelaburan mereka menguntungkan rakyat juga. Mereka mungkin menarik pelaburan pada bila-bila masa kerana merasakan Malaysia negara yang tidak selamat!


10. SELFISH: Merasakan berhak menderakan polis dan wartawan sedangkan mereka juga warganegara Malaysia yang ada isteri dan anak-anak menanti di rumah. Tapi korang tak peduli kan. Hal korang lagi penting kan. Bersih la sangatttttttt? JANGAN JADI MANGKUK!

Thursday, April 26, 2012

Rarest Courage


rarest courage: how to gain, where to find,


To dare to live alone is the rarest courage;
since there are many who rather meet their bitterest enemy in the field,
than their own hearts in the closet.



Why should i feel sad
for what i never had



dying seems less sad than having lived too little

Sunday, March 25, 2012

Men with a lots of women friends

Persepsi aku terhadap lelaki demikian.

Kadangkala aku rasa perkara itu (lelaki yang mempunyai ramai kawan perempuan) adalah normal. Kadangkala membuatkan aku konfius. Kadangkala aku rasa perkara itu adalah satu penipuan. Banyak artikel-artikel digoogle mencadangkan supaya tidak mempercayai lelaki sedemikian, iaitu lelaki yang mempunyai ramai rakan wanita. Walaupun puas dicanang oleh mereka bahawa semua perempuan tersebut ialah hanya kawan sahaja dan tidak lebih dari itu. Maka lebih baik menjauhi saja lelaki seperti itu. 


Lelaki seperti ini *menurut google, kebanyakkannya tidak gemar berterus terang. Apa punca yang menyebabkan mereka tidak berterus terang? kemungkinan besar mereka menyimpan rahsia yang tidak mahu diketahui kita. Ada juga yang membela mereka dengan berkata mereka -lelaki sebenarnya jujur dan hanya bersikap melindungi. Mereka-lelaki, mungkin tidak mahu memberi harapan dan melukai hati perempuan. Betulke? Apa buktinya?

Ada juga yang maklumat memberitahu, bahawa lelaki yang mempunyai ramai kawan perempuan adalah untuk mengisi masa lapang kerana mereka tidak mempunyai teman wanita atau dengan kata lain masih single.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan aku, lelaki yang mempunyai ramai rakan wanita, akan membuatkan aku rasa kurang selesa, kerana aku cenderung berasa curiga. Perasaan curiga akan bertambah apabila mereka mencipta alasan untuk berjumpa rakan-rakan wanita tadi dan kurang berterus terang apabila bersama aku. Nanti, soalan yang selalu wujud dalam kepala aku ialah; apa beza aku dengan kawan-kawan perempuannya?

Masa Tambahan

Tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan masa tambahan pertandingan bola sepak Piala Malaysia mahupun UEFA.


Aku sangat berharap adanya masa tambahan selain masa 24 jam yang tersurat di dunia ini. Sebab aku rasa begitu tidak lain dan tidak bukan kerana masa sentiasa mencemburui aku ini. Mesti tak cukup saja. Kerja makin banyak. Rehat makin kurang.


Tak apalah.. anggap je amal jariah. Aku masih sempat berlari dari sekolah ke jusco nak sebab nak jumpa kawan-kawan baik aku..huhu quality time bersama kawan-kawan memang tidak ternilai..


Sunday, March 18, 2012

MAC spirit!

Yer..aku tau dah lama jugak tak update blog. Ini disebabkan kesibukkan aku dengan aktiviti sekolah dan kekangan masa. Semua orang tahu aku kuat tidur. Aku cepat letih. Fuh.. Nasib baik kawasan sekolah aku ni kecil. Tempoh aku nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat tidaklah mengambil masa yang lama.

*gambar: bukan koridor sekolah aku.

Apapun kerja sekolah aku sekarang makin bertambah. Semua orang sedang memerhatikan hasil kerja aku dan menunggu masa untuk memberi komen.


*ps: apa pandang-pandang?? huhu

Aku tidak gentar sedikit pun kerana aku bersedia. Aku sihat sekarang dan harap bertambah sihat supaya aku boleh sambung belajar.


Cari ilmu lebih untuk meluaskan pemandangan dan menambah cara bagaimana hendak menguruskan SESUATU dengan lebih baik. Sesuatu itu apa? huhu rahsia.

Saturday, February 4, 2012

Awan Nano

Aku tahu. Itu Tajuk lagu Hafiz yang baru sahaja memenangi Anugerah Juara Lagu Muzik-muzik pada 29 januari yang lalu. Lagu itu dicipta oleh M.Nasir. Lagu itu kedengaran biasa pada awal kemunculannya. Ramai yang tidak tahu maksud nano. Nano ialah pelindung. Nano juga boleh jadi maksud lain iaitu, berselerak. Jadi makna AWAN NANO: Awan Pelindung, Awan yang berselerak? Agaknyalah (correct me if i am wrong). Tetapi berkat lawak Johan yang mendapat naib johan dalam Maharaja Lawak, yang menggunakan Lagu Awan Nano sebagai medium lawaknya ketika itu, LAGU AWAN NANO  secara tiba-tiba menjadi terkenal.  Semua orang mula mencari apakah itu awan nano? lagu siapakah itu? Termasuklah aku. Sementelah lagi muka si Hafiz tu saling tak tumpah muka si Johan. Kan kan.


Maharaja Lawak Jozan


Si Hafiz


"Kembar Hafiz"

Apapun lagu Awan Nano itu sangat terkesan di hati aku. Aku pada asalnya memang tidak ambil pusing dengan lagu Awan Nano ini. Akhir-akhir ini saja hati aku terusik bila mendengar lagu awan nano berkumandang. Awan Nano mengingatkan aku kepada Arwah Ayahku yang baru meninggal dunia pada disember yang lalu. Semasa hafiz menyanyikan lagu ini untuk pertandingan Anugerah Juara Lagu itu, aku menangis. Tanpa henti. Sehingga part persembahan pelajar AF yang menyanyikan semula lagu-lagu dendangan Allahyarham Sudirman, "Salam Terakhir", bertambah-tambah aku punya sedih ini. Lirik lagu ini sangat menyentuh hatiku. Sehinggakan aku terpaksa mengelakkan diri dari mendengar lagu ini supaya orang tidak lihat aku sedang bersedih.

AWAN NANO:HAFIZ
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu




Tuesday, January 17, 2012

needle


Aku tak tahu apa yang aku tanya boleh buat orang marah. Orang kata aku sengaja ajukan pertanyaan yang buat org marah. yeker? aku memang tak tahu dan aku tanya. salahke? Serius tak ada niat pun aku nak buat orang sakit hati dengan pertanyaan aku. sebab aku bukan macam tu.

Kadang-kadang aku fikir orang tak suka tengok aku gembira. Orang suka tengok aku sedih, kurus, sakit sepanjang masa.

cerita satu:

Aku ke sekolah berpakaian cantik. Muka ceria dihiasi mekap nipis. Semua kata aku nampak cantik termasuk anak murid aku.
Si "A" bertanya, "kenapa pakai cantik-cantik ni? nak jumpa siapa kat sekolah ni?"
Kalau sekali aku maafkan. kalau dah 34 kali agak-agak kenapa dia tanya macam tu ek?
Salah ke aku pakai cantik-cantik dan ceria ke sekolah?

cerita dua:

Aku bercerita dan meminta pendapat kerana ingin membeli sesuatu. Aku meminta pendapat rakan berkenaan hal "membeli itu". Aku masih muda (agaknya), single pulak tu. Duit gaji memang ada lebih untuk aku membeli belah untuk diri sendiri. Agak-agak pertanyaan itu pun akan membuatkan sesiapa mendengarnya tidak selesa? Jadi aku tidak perlu share dengan sesiapa jika aku ingin membeli apa-apa. Selama ini aku share dengan adik aku aja. Aku tak pernah share dengan sesiapa. Sekalipun adik aku kata dia pun mahu juga apa yang aku mahu, dia tak pernah marah aku?... Dia suka bila aku happy. Yang penting aku happy. Macam biasalah, aku rasa orang tak suka tengok aku happy. Orang suka tengok aku sedih dan tak punya apa-apa. Yang peliknya aku bukan kaya pun. aku biasa je. beli barang-barang murah. Kalau yang mahal aku akan fikir banyak kali dan minta pendapat orang lain. Aku cuma perempuan biasa yang tak berapa nak cantik.

cerita tiga:

aku suka makan dengan banyak di waktu pagi terutama di sekolah. Kemudian makan berat juga d tengah hari. Aku sedikit tembam kerana selera bertambah. Ada seseorang menegur aku katanya aku nampak sihat dan banyak makan. Aku tanya balik. "tak okay ke? gemuk ke" .
"taklah.okay sangat.." sambil tersenyum org itu berkata dia suka tengok aku banyak makan dan sihat. Aku yang mendengarnya jadi gembira dan terus makan dengan senang hati. Sikit pun selera aku tak terbantut.

P/S:apa kaitan bunga daisy putih dengan needle? cuba amik needle, kemudian carikkan kelopak bunga daisy tu dengan needle. Begitulah perasaan aku sekarang ini.



Saturday, January 14, 2012

Hurt


cuti sekolah kan baru je.. hampir 2 bulan jugakla cuti tu..

namun aku tak berapa bercuti kerana menguruskan abah sakit dan kenduri tahlil arwah ayahku. aku sempat bawa arwah jalan2 pergi melaka sebelum operate. Kononnya klu pergi lepas operate nanti tk dpt pegi, abah mungkin ada kekangan. Sebelum abah operate, pergilah kami ni ke Melaka bandaraya bersejarah.

Aku tk boleh teruskan. menangis lak aku ni..

aku terkilan sebab arwah belum rasa duduk umah yang aku beli dengan duit aku sendiri.
aku terkilan jugak arwah belum sempat menunaikan haji.
aku terkilan sebab aku cuma bawak pergi melaka saja. Kenapalah aku tak pergi tempat lain yang lebih baik.
aku terkilan lagi sebab anak-anak dia sorang pun tak tahu main keyboard/piano. Aku nak belajar tapi belum  
ada kesempatan.
aku terkilan dan sedih yang amat sebab arwah belum tengok mana-mana anaknya bersanding dan tak ada peluang timang cucu.

Monday, January 2, 2012

Life is hard

Tahun baru dah sampai.. jiwa dan hati aku masih kat tahun lama.


11 december 2011 abah pergi. 

Kadang-kadang teriang iang lagi dia membebel. Bila aku drive aku rasa dia ade kat sebelah bising suruh aku slow sikit bawak keta. Kadang-kadang aku tak sedar air mata aku dah mengalir time aku drive.

Bila aku kat rumah aku cuba tanak ingat yg aku sebenarnya sorang-sorang. aku sibuk2kan la diri, mengemas sampai tak tahu dah nak kemas apa..tengok movie online.. tgk tv non stop..  kadang-kadang aku mengaji... tapi tak berkesan jugak.. lebih-lebih bile mengaji..lagi aku nak nangis...


kadang-kadang aku gatal pegi bukak bilik abah.. pastu aku tutup balik. betul ke abah dah tak ade? Pagi aku bangun aku bukak balik pintu bilik dia.. memang comform dia dah takda.. menangis lagi aku..

aku menaip ni pun air mata aku dah mengalir..i need motivation....


aku tau aku masih bertuah jika dibandingkan dengan orang lain.. aku tau.. bersabar la wahai kenit yang tabah. ramai lagi yang lebih tidak bernasib baik jika dibandingkan dengan aku..

Aku harap thn 2012 aku lebih bahagia.


live your life to the fullest!