Hati yang kecil



P/s: Hati yang kecil bermaksud hati yang berbentuk kecil berbanding biasa. Tidak serupa dengan makna "kecil  hati" yang mana menurut dewan bahasa bermaksud cepat tersinggung atau merajuk.


Adakah bentuk hati aku kecil?
"bukan. "

adakah hati aku semakin mengecil?
"pun bukan."

Adakah aku berkecil hati?
"mungkin."

Adakah aku cepat kecil hati?
"ya." (hahaha.. aku mmg tau diri aku ni)

Adakah aku tersinggung?
"ya."

Apakah aku sedang merajuk?
"mungkin."
Kenapa aku tersinggung?
..........banyak sebab ni. nak cerita yang mana satu agaknya.

Aku memang mudah berkecil hati semenjak kecil lagi.
Mungkin sebab aku kurang bergaul.
Mungkin juga aku selalu berasa rendah diri.
Mungkin juga kerana aku tidak punya emak.
Mungkin juga kerana serba serbi kurang.
Banyak sangat kemungkinannya.

Macam mana aku deal dengan benda-benda kecil macam ni. Aku automatik pujuk diri sendiri bila rasa tersinggung. On Job Training  bab-bab kecil hati ni bermula sejak aku kecil. Cuma kadang-kadang tak berkesan. Cara paling baik ialah meluahkannya dengan seseorang.

Luahkan pada sahabat.
" Sahabat busy. Semua dah ada famili sendiri. malas kacau."

Luahkan pada boyfriend?
".. tak ada boyfriend.."

Luahkan pada mak
".. lupa ke aku dah takde mak bapak?"

Kan adik ada.
"Dia pon ada masalah sendiri. lagipun aku kan kakak. takan aku nak cerita and mintak pendapat dia. masalah dia pon aku yang setel."

Allah s.w.t ada. Mengadulah pada Dia.
"Memang aku tak ada orang lain. Mengadulah aku pada Dia yang Esa. Kena paksa pujuk diri sendiri supaya bersabar." 



Comments

Popular Posts