.

Thursday, April 29, 2010

bagaimana membimbing pelajar yang tidak mahu belajar?


Hari ini, aku dikejutkan dengan berita, bahawa anak murid aku telah membuat guru-guru lain marah dengan tidak melengkapkan kerja sekola yang diberi. Mereka juga kerap ke tandas untuk melepaskan gian merokok. Mereka juga kerap ponteng kelas dan sekolah.


Apalagi, aku jadi mangsa temapt mengadu. Aku sebenarnya frust juga, bila bebudak ni tak mahu belajar. aku cuba selidik apa masalah mereka, kemahuan mereka, berlemah lembut, beri bimbingan peribadi dan sebagainya. tetapi masih gagal memujuk mereka supaya minat untuk belajar.


Aku juga sudah cuba sedaya upaya, menerangkan kepada mereka betapa pentingnya ilmu untuk masa depan. Tapi hampa. Apa lagi aku boleh lakukan agaknya?


Mujur bebudak ni tidak kurang ajar dengan aku, dan mahu mendengar arahanku. Ya Allah, tolonglah hamba mu ini, buka pintu hati anak-anak muridku tu..terangkanlah hati mereka.


Tuesday, April 6, 2010

anak stokin, peter dan salem..

Nama kucing aku =stokin,

seperti yang anda sedia maklum, nama itu diberi oleh adik perempuan ku yang melihat kaki kucingku itu seolah-olah memakai stokin berwarna putih.

Baru-baru ini stokin melahirkan baby yang sangat kiut diberi nama peter [tompok-tompok] dan salem [yang gelap+mendung]. stokin yang suka mengada-ngada selalu bermain-main dengan anak-anaknya. [anak and mak sama je]. Aku merasa gumbira kerana 'ahli keluargaku' yang bertambah.




p/s: aku sebenarnya tak pasti jantina sebenar anak-anak stokin tu..aku tibai je bagi nama peter and salem...hehe