.

Monday, August 19, 2013

Perjalanan Pesakit Kanser Limfoma: Demam

Bab 1: Aku ke hospital hari ini untuk temujanji kali keberapa aku pun tak pasti. Dan aku tak pernanh kira. Buku temujanji yang dulu telah hilang dan kak siti (misi incharge) gantikan buku baru. Diikutkan memang telah berpuluh temujanji dengan doktor aku pergi.

Kali ini temujanji sangat penting. AKu telah demam 3 kali sejak dua bulan yang lepas dan melalui high grade fever. Badan agak lemah, berat badan turun dan guess what. My white blood cell count is lower than normal. i am worried..

Lama juga aku tak updated blog ini. Agak bersarang. aku agak sibuk dan pada masa yang sama, kurang sihat. Doktor seperti biasa bertanya macam-macam soalan. Aku juga memberi bermacam-macam jawapan. Akhirnya doktor minta aku buat x ray, dan tb test. Hurmm.. penat la nk buat test tb tu.. suspek tb lagi ker? lebih baik suspek tb dari kanser yer tak.. tak sanggup aku nak kimo lagi. bone marrow apatah lagi.

Balik dari hospital aku penat yang amat,,, dan dalam hati aku bercambah rasa risau. Rasa berdebar-debar. Bimbang penyakit lama berulang.. iaitu limfoma. Patutlah doktor guna term Remisson rather than Cure.. i am not cure yet..

Owh that is sound scary.