.

Tuesday, November 30, 2010

Sedey


Tak dapat tengok Harry Potter and The Deathly hallows Part 1..
semua panggung tulis "FuLL" ....uwwaaAAAaaaaAAA

Saturday, November 27, 2010

Gembira + bahagia = Panjang Umur? (PART 1)

Benarkah jika kita hidup gembira dan bahagia maka umur pun lebih panjang? Hmm
Kiraan Hidup Bermula!

Kenapa agaknya? Pada pendapat aku, jika kita.....

1) Sedih + Keseorangan +Tiada Sokongan keluarga / Kawan = Depresi
2) Prestasi Kerja Menurun + Bos Marah + Rakan Sekerja Negatif = Stress
3) Berpenyakit + Tidak Jaga Kesihatan + Tidak ikut Nasihat doktor = Jatuh sakit

Maka..

[Sedih + Keseorangan + Tiada Sokongan] + [Prestasi Kerja Menurun + Bos Marah + Rakan Sekerja Negatif] + [Berpenyakit + Tidak Jaga Kesihatan + Tidak Ikut Nasihat Doktor ] x UMUR ANDA = [DEPRESI + STRESS + SAKIT ]

Depresi + Stress + Sakit = Pendek Umur? huhuhu

Oh..itu sangat menyedihkan. Kenapa perlu memilih jalan yang sukar ini sedangkan kita punya ruang dan peluang untuk hidup gembira dan bahagia? Semua manusia punya masalah dan tekanan masing-masing. Tapi bagaimana kita mengurus masalah dan tekanan itu, yang lebih penting. Hidup ini sungguh indah jika kita tahu bersyukur dan menikmatinya. Meskipun hidup ini sangat singkat kita perlu mengisi sebanyak mungkin aktiviti atau perkara yang menjadikan hidup kita lebih bermakna.

"Have fun and live long my friend!"

...erm Tipsnya?

1) Kurangkan sikit kerja tu. Anda Bukan Superman!


Cuba buat satu "kerja" sahaja untuk satu-satu masa. Memang manusia hari ini suka buat kerja 2-100 kerja / aktiviti dalam satu masa. Tak da masa katanya. "slow sikit".... ini boleh mengurangkan tekanan..mungkin bukan semua orang gembira bila anda tidak melakukan kerja yang biasanya anda buat, tetapi sekali sekala biar mereka rasa pula ketiadaan anda untuk buat kerja yang anda selalu buat. Gunakan masa itu untuk aktiviti kesukaan anda. Anda yang berhak tentukan "Jadual Masa Untuk Beriang Ria" dalam hidup anda ya... Tiada siapa pun tahu apa kesukaan dan kegembiraan anda. Keputusan di tangan anda.

2) Senyumlah banyak-banyak!



"Hai kawan-kawan" "Hai adik, buat apa tu?" "Hai abah, abah dah makan?"
Silalah sapa orang kesayangan anda dengan senyuman yang tulus ikhlas dari hati anda yang berbunga-bunga. hehe Sesungguhnya senyuman itu sangat manis meskipun si pemberi senyuman seorang yang rongak. Anda pasti tersenyum sama kan kan kan. Senyuman boleh:

a) Kurangkan tekanan
b) Menaikkan mood seseorang
c) Mengurangkan tekanan darah
d) Meningkatkan hormon endorphin (hormon mood baik)
e) Merangsang pengeluaran Serotonin dalam badan untuk kurangkan depresi

Lebih bagus lagi bila anda senyum, minda anda juga lebih positif! ;)

3) Belajarlah untuk rileks...Cool bebeh..



Ok. Mungkin anda rasa anda sedang memikul seguni batu bata dibahu anda. Tak rugi pun jika anda ambil masa lebih kurang 20 minit sehari untuk bertenang. Macam mana?

ok sayang..Sebelum memulakan hari-hari yang penuh kesibukan dan kepenatan itu, cuba duduk sekejap, bawak-bawak bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. ulang semula proses ini. Sambil-sambil tu tanamkan dalam minda bahawa anda boleh melakukan apa jua yang anda ingin lakukan hari ini..

Esok buat lagi...20 minit sahaja untuk rileks.. tak lama... Kalau anda bangun tidur dalam keadaan terkejut, lalu tergesa-gesa untuk mandi dan bersiap segala bagai..ditambah dengan tak ambil sarapan pagi, memanglah stress...?

4) Bawak-bawaklah bersenam Cik Senah oii




Senaman dalam apa jua bentuk sekalipun merupakan satu kemestian jika anda ingin hidup lebih sihat dan gembira. Berjalan kaki selama satu jam sahaja pun sudah cukup untuk kurangkan berat badan, keluarkan peluh dan sisa-sisa toksik dalam badan anda! Tahukan anda jika korang bersenam secara konsisten, automatik korang akan

a) Rasa kurang nak makan,
b) Rasa lega dari stress
c) Rasa happy sentiasa ;)

5) Tidur yang cantik! bukan macam sleeping beauty, atau garfield ok...

Pastikan anda mendapat tidur yang cukup, konsisten dan tidak terlebih-lebih. Jangkamasa tidur bagi orang dewasa ialah 7 hingga 9 jam sehari diwaktu malam hari. (kalau anda amalkan ini jantung anda lebih sihat tau tak)..




Kalau waktu tidur andakurang dari 7 jam atau 6 jam sehari, atau waktu tidur anda 4 jam diwaktu petang, dan selebihnya diwaktu malam, atau kedua-duanya sekali, anda bakal menghidapi masalah "Kecelaruan Serotonin" yang boleh mengakibatkan tahap depresi anda meningkat mendadak..

Waktu tidur yang cukup menjadikan
a) minda anda lebih cerdas
b) Memori anda kuat
c) tahap stress anda kurang
d) pencapaian anda meningkat
e) anda lebih gembira dan InsyaAllah panjang umur ;)

panjang nya..nanti aku sambung lagi...k

Wednesday, November 24, 2010

"owh..doktor yang pandai"

wahai..doktor yang pandai..
kenapa kau selalu cucuk tangan aku sakit?
kenapa kau tak buat betul-betul? ingat tangan aku ni kayu ke?
tak boleh ke kalau tak boleh buat panggil orang lain?
Sakit tau tak kau buat banyak2 kali then tak lepas..

aku tanya kau ni
"sudah biasa ke buat ni?"
"owh saya sudah biasa..."

Cekap sungguh untuk orang yang sudah biasa..??????
Mentang-mentanglah aku pergi klinik kerajaan yang aku tak perlu bayar..

boleh tak kau cakap elok sikit cik misi?
Ada tak aku bercakap dengan kau wahai cik misi dengan ayat kurang sopan?
Meski kau masam merungut, aku tetap ucap terima kasih...
Boleh tak kau senyum sikit? Sikit pun jadilah WAHAI CIK MISI yang baik hati..

ingat aku suka ke, pergi hospital jumpa kau wahai cik misi dan doktor yang sungguh pandai...?

Monday, November 22, 2010

Bosannya



Pagi ini hujan turun renyai-renyai. Seperti biasa aku bangun awal umpama aku akan pergi sekolah, bekerja seperti biasa. Tapi hari ini, bersamaan hari isnin 22hb November 2010, aku sudah mula bercuti.

Puas aku berfikir apa harus aku lakukan hari ini supaya aku tidak bosan?

Selain bermain game Facebook?
Atau selain bermain gitar tanpa henti sampai jari-jari aku semua sakit?
Kemas rumah? basuh kain dan lipat kain?
hurmmmmmm bosan yang amatttttttt....

Nak tengok wayang ngan kawan2, mereka semua balik kampung.
Adik2 aku pula sekolah dan bekerja. huhu..

Aku rasa nak pergi je jalan sorang2. Tengok-tengok orang disekeliling aku. Lihat pemandangan kat luar sana dan manusia-manusia yang bergerak. Buat sahaja apa aku mahu. Sapa yang nak marah? hehe





aku tak mahu jadi bosan macam panda yang kiut ni..hehe sian dia.

Monday, November 8, 2010

Impian yang tak tercapai lagi

1. Gitar letrik sendiri
2. Rumah Vintage paling style
3. Kereta Volkswagen 1956
4. Pokok bunga yang banyak disekeliling rumah
5. Kedai baju design aku sendiri
6. Melancong ke Jepun
7. Melancong ke Venice
8. Mengerjakan Ibadah umrah dan Haji
9. Menjadi seorang pensyarah psikologi
10.Piano master level 4
11.Menjadi seorang ibu yang baik

Impian2 ku

Sunday, November 7, 2010

Kau testing 1, 2, 3..........?


kalau ragu-ragu baik tak payah..
baik jgn teruskan
nanti hati terluka
baik sendiri
tak perlu susah hati
tak perlu banyak fikir lagi

kalau tak sanggup baik tak payah..
baik jangan teruskan
nanti merana badan
menanggung beban
kasih tak kesampaian

kalau tak berapa cinta, baik tak usah
aku mahu suami yang sanggup susah payah
bukan kapel suka suki, kapel main redah
testing 1234,..sampai ke sudah..
aku bukan bahan ujikaji,
dan tak suka diuji.