Gembira + bahagia = Panjang Umur? (PART 1)

Benarkah jika kita hidup gembira dan bahagia maka umur pun lebih panjang? Hmm
Kiraan Hidup Bermula!

Kenapa agaknya? Pada pendapat aku, jika kita.....

1) Sedih + Keseorangan +Tiada Sokongan keluarga / Kawan = Depresi
2) Prestasi Kerja Menurun + Bos Marah + Rakan Sekerja Negatif = Stress
3) Berpenyakit + Tidak Jaga Kesihatan + Tidak ikut Nasihat doktor = Jatuh sakit

Maka..

[Sedih + Keseorangan + Tiada Sokongan] + [Prestasi Kerja Menurun + Bos Marah + Rakan Sekerja Negatif] + [Berpenyakit + Tidak Jaga Kesihatan + Tidak Ikut Nasihat Doktor ] x UMUR ANDA = [DEPRESI + STRESS + SAKIT ]

Depresi + Stress + Sakit = Pendek Umur? huhuhu

Oh..itu sangat menyedihkan. Kenapa perlu memilih jalan yang sukar ini sedangkan kita punya ruang dan peluang untuk hidup gembira dan bahagia? Semua manusia punya masalah dan tekanan masing-masing. Tapi bagaimana kita mengurus masalah dan tekanan itu, yang lebih penting. Hidup ini sungguh indah jika kita tahu bersyukur dan menikmatinya. Meskipun hidup ini sangat singkat kita perlu mengisi sebanyak mungkin aktiviti atau perkara yang menjadikan hidup kita lebih bermakna.

"Have fun and live long my friend!"

...erm Tipsnya?

1) Kurangkan sikit kerja tu. Anda Bukan Superman!


Cuba buat satu "kerja" sahaja untuk satu-satu masa. Memang manusia hari ini suka buat kerja 2-100 kerja / aktiviti dalam satu masa. Tak da masa katanya. "slow sikit".... ini boleh mengurangkan tekanan..mungkin bukan semua orang gembira bila anda tidak melakukan kerja yang biasanya anda buat, tetapi sekali sekala biar mereka rasa pula ketiadaan anda untuk buat kerja yang anda selalu buat. Gunakan masa itu untuk aktiviti kesukaan anda. Anda yang berhak tentukan "Jadual Masa Untuk Beriang Ria" dalam hidup anda ya... Tiada siapa pun tahu apa kesukaan dan kegembiraan anda. Keputusan di tangan anda.

2) Senyumlah banyak-banyak!



"Hai kawan-kawan" "Hai adik, buat apa tu?" "Hai abah, abah dah makan?"
Silalah sapa orang kesayangan anda dengan senyuman yang tulus ikhlas dari hati anda yang berbunga-bunga. hehe Sesungguhnya senyuman itu sangat manis meskipun si pemberi senyuman seorang yang rongak. Anda pasti tersenyum sama kan kan kan. Senyuman boleh:

a) Kurangkan tekanan
b) Menaikkan mood seseorang
c) Mengurangkan tekanan darah
d) Meningkatkan hormon endorphin (hormon mood baik)
e) Merangsang pengeluaran Serotonin dalam badan untuk kurangkan depresi

Lebih bagus lagi bila anda senyum, minda anda juga lebih positif! ;)

3) Belajarlah untuk rileks...Cool bebeh..



Ok. Mungkin anda rasa anda sedang memikul seguni batu bata dibahu anda. Tak rugi pun jika anda ambil masa lebih kurang 20 minit sehari untuk bertenang. Macam mana?

ok sayang..Sebelum memulakan hari-hari yang penuh kesibukan dan kepenatan itu, cuba duduk sekejap, bawak-bawak bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. ulang semula proses ini. Sambil-sambil tu tanamkan dalam minda bahawa anda boleh melakukan apa jua yang anda ingin lakukan hari ini..

Esok buat lagi...20 minit sahaja untuk rileks.. tak lama... Kalau anda bangun tidur dalam keadaan terkejut, lalu tergesa-gesa untuk mandi dan bersiap segala bagai..ditambah dengan tak ambil sarapan pagi, memanglah stress...?

4) Bawak-bawaklah bersenam Cik Senah oii




Senaman dalam apa jua bentuk sekalipun merupakan satu kemestian jika anda ingin hidup lebih sihat dan gembira. Berjalan kaki selama satu jam sahaja pun sudah cukup untuk kurangkan berat badan, keluarkan peluh dan sisa-sisa toksik dalam badan anda! Tahukan anda jika korang bersenam secara konsisten, automatik korang akan

a) Rasa kurang nak makan,
b) Rasa lega dari stress
c) Rasa happy sentiasa ;)

5) Tidur yang cantik! bukan macam sleeping beauty, atau garfield ok...

Pastikan anda mendapat tidur yang cukup, konsisten dan tidak terlebih-lebih. Jangkamasa tidur bagi orang dewasa ialah 7 hingga 9 jam sehari diwaktu malam hari. (kalau anda amalkan ini jantung anda lebih sihat tau tak)..




Kalau waktu tidur andakurang dari 7 jam atau 6 jam sehari, atau waktu tidur anda 4 jam diwaktu petang, dan selebihnya diwaktu malam, atau kedua-duanya sekali, anda bakal menghidapi masalah "Kecelaruan Serotonin" yang boleh mengakibatkan tahap depresi anda meningkat mendadak..

Waktu tidur yang cukup menjadikan
a) minda anda lebih cerdas
b) Memori anda kuat
c) tahap stress anda kurang
d) pencapaian anda meningkat
e) anda lebih gembira dan InsyaAllah panjang umur ;)

panjang nya..nanti aku sambung lagi...k

Comments

Rieka Akio said…
Uhuk~ comey kucing2 tu geram nengok nyer.... walaupun rase keseorgan kte kena pndai adjust ikut kemahuan kite br rase x sunyi.. cm aku.. nga nga nga..
Maya said…
aku syg sgt ko tau yaya... n aku perlukn ko dalam hidup aku.. ;)
Rieka Akio said…
huhu terharu aku.. aku pun syg ko jugak mell.. x mo kehilangan ko n da geng.. hope persahabatan kita smpai bile2..
Ya Allah, comel giler kucing-kucing tu....ishhh..hebat tips-tips ko ni mell :)

Popular Posts