MUZIK DAN AKU

Semasa kecil aku sering melihat ayahku bermain piano atau mencipta lagu. Ayahku merupakan seorang komposer era 80an. Dia pernah mempopularkan penyanyi Datin Salwa Ab Rahman. Oleh yang demikian aku juga berminat dengan elemen musik klasik dalam setiap lagu yang aku gemari.

Sewaktu kecil dahulu [11-12 tahun] aku juga sering mendengar, lagu-lagu Scorpion, yang selalu di nyanyikan oleh makcik aku yang kini menetap di Singapore. Aku juga sangat memuja kumpulan musik KRU. Aku suka lagu "Awas" "u make my day" dan "Mengerti".

Memasuki alam sekolah menengah, aliran muzik aku berubah kepada boy band..ahaha
Aku gemar mendengar lagu-lagu dendangan Backstreet Boy, N'sync, Spice Girl, 911 dan ramai lagi kumpulan boy band inggeris. Aku lebih meminati channel radio hitz.fm berbanding era.fm. Berumur 17 atau 18 tahun, aku terpengaruh pula dengan lagu Off Spring, Smashing Pumpkin, No Doubt, Limp Bizkit, Silverchair, Savage garden, Linkin Park,..Waktu itu aku lebih kerap mendengar lagu inggeris berbanding lagu melayu..satu-satunya lagu melayu yang kutahu ialah melalui penyanyi DAto' siti Nurhaliza.

Aku berumur 17 tahun lagi waktu ini, ada satu ketika, sewaktu drama jepun popular di tv3, terdapat satu drama yang aku sangat suka, kerana lagu ost nya yang meletup..aku jatuh cinta dengan band jepun yang otai iaitu = GLAY. Setelah kumpulan glay menusuk dikalbu aku, aku mula mencari lagu-lagu jepun lain yang best.

Kemudian, semasa aku mendapat tawaran masuk ke universiti, aku beli kaset, Evanescene..Aku suka gila-gila sangat ngan mereka. Sehingga aku membaca buku pun aku tetap pasang lagu dendangan mereka di telingaku..huhuhu.Lagu lain yang aku dengar:
  • SOUNDGARDEN
  • AUDIOSLAVE
  • GREEN DAY
  • AEROSMITH
  • FOO FIGHTER
  • PEARL JAM
  • INCUBUS
  • THE WHITE STRIPES
  • WEEZER
  • PAPA ROACH
  • PUDDLE OF MUD

Telinga aku mula berkehendakkan lagu-lagu lebih ganas. Aku mula jatuh cinta dengan MUSE,  SOAD, MCR, BREAKING BENJAMIN, NIGHTWISH, AVENGED SEVENFOLD, banyak lagi beb, aku tak hingat. Aku sangat-sangatlah kagum dengan mathew ketika beliau dan gitar beliau berbunyi..hihihi. Aku mula teringin bermain gitar. Aku telah pinjam dan memain gitar rakanku sehingga putus tali gitar dia dikerjakan olehku..[sorry azma].

Aku mula serius bermain gitar setelah tamat belajar dan bekerja. Aku bermain tanpa henti sehingga jari-jariku sakit. Aku tak peduli. Aku belajar chord sendiri menggunakan kemudahan internet dan akhirnya aku berjaya memetik gitar sambil menyanyi. 

Sekarang aku suka mendengar banyak lagu, ..kebanyakkannya Paramore, Indie Band, Tokyo Jihen..

Kesimpulannya,..aku dan musik tidak dapat dipisahkan..heheh


Popular Posts