.

Friday, November 4, 2011

BUSY BUSY BUSY

Aku tersangatlah banyak kerja menimbun-nimbun sampai aku tak tahu nak buat yang mana dulu...



Akhirnya aku pilih mana yang lebih penting.



Di saat-saat akhir pun ada kerja tambahan aku kena setelkan.


Nasib baik ada kawan-kawan yang sudi membantu dan meringankan beban huhu kalau tak matilah....hari-hari aku pengsan macam ni                                        


Mata aku berpinau menahau silauan cahaya laptop aku ini..dah tak tahan ni.. Macam nak pengsan dibuatnya..


Tau-tau je aku dah nak lelap depan Laptop. 


Akhirnya kerja aku tak siap 
aku lak bersiap untuk tido.. huhuhu



P/s: suhu badan aku skejap naik skejap turun..skejap naik, skejap turun.. maknanya aku dah terlampau letih arr tu.. 

Monday, October 31, 2011

Busy Mode

Agak lama tak menulis.. seperti biasa, keadaan sibuk bekerja menterhadkan masa aku berblogging. 
Baru-baru ini, kawan-kawan baik aku datang, melawat aku di rumah.. aku sangat2 terharu dan gembira. 
Mereka bawa besday present dan kek. Kami sepakat berkelah di tepi pantai dan berbual2 panjang sambil menikmati kfc. Kawan-kawan baik aku inilah yang selalu berada disisi aku bila aku rasa sedih, susah hati, gundah gulana dan sebagainya. Aku bersyukur dikurniakan rakan-rakan seperti mereka. Aku doakan yang terbaik untuk mereka.

P/s: Aku rasa berbeza dengan mereka, tetapi mereka tak pernah bezakan aku huhuhu... 
Aku sayang sangat dengan mereka...


Thursday, September 29, 2011

Hari yang sayu

Agaknya aku ni sensetif sangat.
Macam mana tah nak bagi emosi aku stabil.
Aku rasa tak gembira.
Aku rasa tak selamat.

Aku rasa aku bahagia.
Tapi perasaan bahagia itu tak berpanjangan.

Cubalah jangan layan sangat perasaan tu.
Buat-buat sibuk.
Tengok cerita kelakar ke.
Aku pun dah lama tak tengok wayang.
Nak tengok wayang dengan siapa pun aku tak tahu.
Kadang-kadang aku rasa aku sorang-sorang je dalam dunia ni

"Kawan lama" aku telefon tanya khabar
Minta diberi peluang
Aku senyap je
Tak ada perasaan langsung

"kawan baru" aku pulak
Tak secure aku dibuatnya

Tak apalah..
Sabar jelah selagi mampu sabar.





Friday, September 23, 2011

adegan satu malaysia


Aku dah lama nak cerita,  perihal adegan yangku lihat ini sewaktu mengunjungi hospital untuk rawatan susulan. Pada 20hb yang lalu, seperti biasa aku akan parking kereta di bahagian bawah bukit berhampiran hospital. Kawasan itu sahaja yang ada parking dan mudah untuk aku yang amateur ni. Kemudian aku akan menaiki shuttle ke hospital. Bagus hospital berkenaan kerana menyediakan kemudahan shuttle, memandangkan tempat parking memang jauh dari bangunan hospital. Takdela mengah pakcik makcik menaiki bukit, dahla sakit, pengsan pulak kang,, termasuk lah aku yang muda dan malas nak berjalan ni. huhu

Setelah selesai jumpa doktor, memang aku akan menaiki shuttle semula untuk ke tempat parking. Kebetulan yang duduk di sebelah aku ialah makcik berbangsa cina (aku panggil dia auntie). Manakala kerusi barisan hadapan aku diduduki oleh akak misi (bangsa melayu) yang mengendong anaknya diikuti oleh makcik berbangsa india dan disebelahnya, wanita dewasa berbangsa cina. Shuttel itu memang penuh dan sedikit panas. Bayi kepunyaan akak misi ni mula menangis dan merengek mungkin kerana panas dan tidak selesa. akak misi mula resah, kerana anaknya menyebabkan gangguan bising di dalam shuttle yang dipenuhi "orang sakit berlainan bangsa".

Terus auntie sebelah aku cuba menenangkan baby itu dan bermain dengannya.. Baby itu senyap sekejap. Cubaan berjaya, tapi kemudian dia masih menangis lagi dengan kuat, makcik india sebelah akak misi tu pula yang cuba bercakap dengan baby tu supaya dia selesa dan senyap.. kemudian barulah aku yang bercakap ngan baby tu, sambil menayangkan kunci kereta aku kepadanya.. aku goyang-goyangkan kunci kereta aku tu bagi berbunyi agar baby tadi tertarik dan nak main ngan kunci kereta aku tu. Memang baby tu nak sambar kunci kereta aku tu, tapi aku tak bagilah, nanti dia makan lak, benda alah tu tajam, luka kang macam mana... menangis melalak lalak lah baby tu bila tak dapat.. kitorang punya gelabah..tiga3 bercakap dan cuba bermain ngan baby tu supaya dia berhenti menangis.. Akak misi tu pula pujuk-pujuk anaknya sambil berkata "dah nak sampai dah, dah nak sampai dah ni.. jap ye sayang.."

Apabila dah sampai ke tempat yang dituju semua turun dan senyum antara satu sama lain. Masing-masing memberi laluan kepada makcik yang uzur dulu diikuti akak misi tadi.. Bila aku fikirkan adegan tadi, aku mula sedar bahawa perpaduan yang dibina selama 54 tahun negara merdeka bukan sesuatu perkara yang mudah. Bangganya aku tadi melihat kemesraan mereka di dalam shuttle walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Perpaduan antara kaum di negara kita tidaklah seburuk yang disangka dan diwar-warkan pihak lain. Bila terjadi sesuatu, seperti tadi, kami sama-sama bekerjasama agar matlamat membuat baby tadi selesa dan tidak menangis tercapai..Jadi pentingnya menghargai perpaduan yang telah dibina dengan susah payah ini. Betapa susah mengurangkan syak wasangka antara kaum dan memelihara ikatan yang dah terjalin selepas merdeka sehingga kini. Semua kaum tahu sensitiviti masyarakat islam dan begitu juga sebaliknya. 


Thursday, September 15, 2011

stupid.


kadang-kadang aku rasa diri aku ni sangat bodoh.
kenape nak tunggu macam dungu.
kenape nak ikut cakap kau.
kenape aku kene pleased kan kau
sedangkan kau tak pleased kan aku pon
ok..fine mmg ada.
tapi selalunya aku bkn kau.

aku bercakap dengan diri aku yang satu lagi
"stop! cukuplah tu"
"U don't want to do this anymore"


song of the day...Adele "Set fire to the rain"

Sunday, September 11, 2011

Cold to the feet



Hari ini aku mandi lewat petang. Pukul 6.40 petang. Aku tengok baldi dalam bilik air berisi air..then  aku sentuh airnye. Mak aihh..sejuk giler... Tapi aku gagahkan juga, sbb pagi tadi aku bgn tk mandi lagi. [Alasan : Sejuk gak].




Maka petang ini, aku kena mandi gak. huhu. apabila air tu sampai je ke kulit aku, badan aku mula mengigil. aku simbah lagi air. Lagi bertambah teruk aku punya gigil, sampai berketap gigi. Ini tak boleh jadi.. Aku sabun cepat2 dan bersiram ala cowboy.




Kemudian aku capai tuala, [tak cukup tebal] aku capai selimut aku tu balut badan aku cepat2.. baru la rasa selesa.. menggigil aku ni kurang..




Gila, napelah aku ni..memang cuaca sejuk skit hari ni, tapi selalu tk macam ni.
Aku memang sensitip sejuk.




P/s: Camana aku nak pergi Jepun ni.. Cameron Highlands pun aku tk thn sejuknya..

Monday, September 5, 2011

" i dont believe in god"

Senangnya berkata "i dont believe in god". Puak atheist atau tidak percaya kepada kewujudan tuhan, atau tidak mengaku adanya pencipta yang mencipta manusia..Golongan ini (atheist) ini percaya bahawa manusia terjadi melalui evolusi. ????what the hell man. hmm nak dijadikan cerita, adala sekali aku terchatting ngan seoarang atheist. (chatting ialah aktiviti masa lapang aku haha)

aku: what is ur race? 
Dia: Chinese Indian
Aku: owh..u were  mix
Dia: hehe yes
Aku: What is ur belief then?
Dia: none huhu
Aku: are u atheist?
Dia: any prob wit that?
Aku:.no at all (aku tipu sbb nk tau nape dia atheist)
Dia: good.. still friends?
Aku: sure. do u mind if i ask any question about that
Dia: ok... 
Aku:why didnt u  believe in god?
Dia: simple, i dont believe god exist.
Aku: God does exist
Dia:oh yeah, prove it to me
Aku: ...(blur ...apa aku nk ckp ni?)
Dia..im waiting..

Puas aku google nk carik bhn nk debat ngan dia. But in the end, were dont frens anymore..haha Tapi bagus juga, disebabkan dia aku cari maklumat untuk kukuhkan pengetahuan dan iman aku ni.. (YA Allah, jangan lah kau tarik kepercayaan aku terhadap engkau)

Aku terjumpa artikel menarik penerangan tentang kewujudan tuhan. Enjoy ur reading!


Why Science Fails to Explain God

At an educational institution


‘Let me explain the problem science has with God’
The atheist professor of philosophy pauses before his class and then asks one of his new students to stand. ‘You are a Muslim, aren’t you son?’
‘Yes sir.’
‘So you believe in God?’
‘Absolutely’
‘Is God good?’
‘Sure! God’s good’
‘Is God all-powerful? Can God do anything?’
‘Yes’
The professor grins knowingly and considers for a moment.
‘Here’s one for you, lets say there is a sick person over here and you can cure him. You can do it, would you help them? Would you try?’
‘Yes sir, I would’
‘So you’re good…!’
‘I wouldn’t say that.’
‘Why not say that? You would help a sick and maimed person if you could…. in fact most of us would if we could..God doesn’t.’
[No answer]
‘He doesn’t, does he? My brother was a Muslim who died of cancer even though he prayed to God to heal him. How is God good? Hmmmm? Can you answer that one?’
[No answer]
The elderly man is sympathetic.
‘No you can’t, can you?’ He takes a sip of water from a glass on his desk to give the student time to relax. In philosophy, you have to go easy with the new ones.
‘Lets start again fella, is God good?’
‘Err…Yes’
‘is Satan good?’
‘No’
‘Where does Satan come from?’
The student falters. ‘From…God’
‘That’s right, God made Satan didn’t he?’ The elderly man runs his bony fingers through his thinning hair and turns to the smirking student audience.
‘I think we’re going to have fun this semester ladies and gentlemen’ He turns back to the Muslim.
‘Tell me son, is there evil in this world?’
‘Yes sir.’
‘Evil is everywhere, isn’t it? Did God make everything?’
‘Yes’
‘Who created evil’
[No answer]
‘Is there sickness in this world? Immortality? Hatred? Ugliness? All the terrible things, do they exist in this world?’
The student squirms on his feet. ‘Yes’
‘Who created them?’
‘No answer’
The professor suddenly shouts at his student.
‘WHO CREATED THEM? TELL ME, PLEASE!’
The professor closes in for the kill and climbs into the Muslims face. In a still small voice he says ‘God created all evil, didn’t he son?’
[No answer]
The student tries to hold the steady experienced gaze and fails. Suddenly the lecturer breaks away to pace the front of the classroom like an aging panther. The class is mesmerised.
‘Tell me’ he continues, ‘How is it that this God is good if he created all evil throughout all time?’
The professor swishes his arms around to encompass the wickedness of the world.
‘All the hatred, the brutality, all the pain, all the torture, all the death and ugliness and all the suffering. Created by this good God is all over the world isn’t it young man?’
[No answer]
‘Don’t you see it everywhere? Huh?' Pause. ‘Don’t you?’ The professor leans into the student’s face again and whispers ‘Is God good?’
[No answer]
‘Do you believe in God son?’
The students voice betrays him and cracks.
‘Yes professor, I do’
The old man shakes his head sadly. ‘Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you. Have you ever seen God?’
‘No sir’
‘Then tell us if you have ever heard your God’
‘No sir, I have not’
‘Have you ever felt your God, tasted your God or smelt your God? In fact, do you have any sensory perception of your God whatsoever?
[No answer]
‘Answer me please’
‘No sir, I’m afraid I haven’t’
‘You’re AFRAID you haven’t?’
‘No sir’
‘Yet you still believe in him?’
‘…Yes…’
‘That takes faith!’ the professor smiles sagely at the underling. ‘According to the rules of empirical, testable, demonstrable protocol, science says your God doesn’t exist. What do you say to that son?’
[No answer]
‘Sit down please.'
The Muslims sits defeated.......


Another Muslim raises his hand' Professor, may I address the class?'


The professor turns and smiles
‘Ah, another Muslim in the vanguard! Come, come young man. Speak some proper wisdom to the gathering’
The Muslim looks around the room
‘Some interesting points you are making sir. Now I’ve got a question for you. Is there such a thing as heat?’
‘Yes’ The professor replies. ‘There is heat’
‘Is there such a thing as cold?’
‘Yes son there’s cold too’
‘No sir, there is not’
The professors grin freezes. The room suddenly goes very cold. The second Muslim continues.
‘You can have lots of heat, even more heat, super heat, mega heat, white heat or no heat but we don’t have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero, which is no heat, but we cant go any further after that. There is no such thing as cold, otherwise we would be able to go colder than 458 - - You see sir, cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat we can measure in thermal units because heat is energy. Cold is not the opposite of heat sir, just the absence of it’
Silence, a pin drops somewhere in the classroom.
‘Is there such a thing as darkness, professor?
‘That’s a dumb question son, what is night if it isint darkness? What are you getting at?’
‘So you are saying there is such a thing as darkness?’
‘Yes’
‘You’re wrong again sir, darkness is not something, it is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light but if you have no light constantly you have nothing and its called darkness, isint it? That’s the meaning we use to define the word. In reality darkness isint. If it were, you would be able to make darkness darker and give me a jar of it. Can you give me a jar of darker darkness professor?’
Despite himself, the professor smiles at the young effrontery before him. This will indeed be a good semester.
‘Would you mind telling me what your point is young man?’
‘Yes professor. My point is that your philosophical premise is flawed to start with and so your conclusion must be in error…..’
The professor goes toxic. ‘Flawed ? ? how dare you…!’
‘Sir may I explain what I mean?’
The class is all ears.
‘Explain, oh explain!’ The professor makes an admirable effort to regain control. Suddenly he is affability itself, he continues to wave his hand to silence the class for the student to continue.
‘You are working on the premise of duality’ The Muslim explains ‘that for example there is life and there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God a something finite, something we can measure. Sir, science cannot even explain a thought. It uses electricity and magnetism but has never seen or much less fully understood them. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life, merely the absence of it.’
The young man holds up a newspaper he takes from the desk of a neighbour who has been reading it.
‘Here is one of our most disgusting tabloids this country hosts professor. Is there such a thing as immortality?’
‘Ofcourse there is, now look…’
‘Wrong again sir. You see immortality is merely the absence of mortality. Is there such a thing as injustice? No, injustice is the absence of justice. Is there such a thing as evil? The Muslim pauses. ‘isint evil merely the absence of good?’
The professors face has turned an alarming colour. He is so angry he is temporarily speechless.
The Muslim continues. ‘If there is evil in the world professor, and we all agree there is, then God if he exists must be accomplishing work through the agency of evil. What is that work God accomplishing? Islam tells us to see if each one of us will choose good or evil’The professor bridles. ‘As a philosophical scientist, I don’t view this matter as having anything to do with any choice, as a realist I absolutely do not recognise the concept of God or any other theological factor as being part of the world because God is not observable’
'I would have thought that the absence of God's moral code in this world is probably one of the most observable phenomena going' The Muslim replies. 'Newspapers make billions of dollars reporting it every week! Tell me, professor. Do you teach your students that they evolved from monkey?'
'If you are referring to the natural evolutionary process, young man, yes of course I do.'
'Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?'
The professor makes a sucking sound with his teeth and gives his student a silent, stony stare.
'Professor. Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is as an ongoing endeavour, are you not teaching your opinion, sir? Are you now not a scientist, but a priest?'
'I will overlook your impudence in the light of our philosophical discussion. Now, have you quite finished?’ The professor hisses.
'So you don’t accept God's moral code to do what is righteous?'
'I believe in what is -that’s science!'
'Ahh! SCIENCE!' the students face splits into a grin.
'Sir, you rightly state that science is the study of observed phenomena. Science too is a premise which is flawed...'
'SCIENCE IS FLAWED..?' the professor splutters. The class is in uproar. The Muslim remains standing until the commotion has subsided.
'To continue the point you were making earlier to the other student, may I give you an example of what I mean?'
The professor wisely keeps silent. The Muslim looks around the room. 'Is there anyone in the class who has ever seen air, oxygen, molecules, atoms, the professor brain?'
The class breaks out in laughter. The Muslim points towards his elderly, crumbling tutor.
'Is there anyone here who has ever heard the professor's brain...felt the professor's brain, touched or smelt the professors brain?'
No one appears to have done so. The Muslim shakes his head sadly.
'It appears that no one here has had any sensory perception of the professors brain whatsoever. Well, according to the rules of empirical, stable, demonstrable protocol science, I DECLARE that the professor has no brain'
The professors face turned an alarming white and his legs seemed to give way as he slumped back in his seat...for he was beaten at his own game...the class is in awe at what just unfolded before their very eyes.

Saturday, August 27, 2011


Survey: Perkara yang selalu orang nak buat pada 1 syawal

Pada satu syawal banyak aktiviti yang telah difikirkan untuk dilakukan...  biasanya berkumpul bersama famili, bersalam salaman bermaafan atau pergi solat sunat aidilfitri beramai-ramai, atau pergi menziarahi kubur org tersayang..

Aku telah melakukan satu survey yang mana responden terdiri daripada kalangan remaja belasan tahun dan kaum ibu. huhuhu Dan survey ini adalah percuma, responden tidak dibayar satu sen pon..

HAsil survey mendapati:

Ramai orang melakukan aktiviti berikut pada 1 syawal.
Nombor paling besar mewakili PERKARA PALING SEDIKIT ORANG FIKIR NAK BUAT, manakala nombor paling kecil mewakili, PERKARA YANG SANGAT-SANGAT ORANG NAK BUAT PADA SATU SYAWAL...
saksikan..

10. Bayar hutang
9. Bersedekah-tak kirela apa pun
8. Mengunjungi rumah pemimpin
7. Memberi ibu bapa hadiah
6. Mendirikan masjid (kahwin la)
5.Mengunjungi sanak saudara yang lama tak jumpa
4. Menikmati juadah setahun sekali
3. Solat sunat aidilfitri
2.Mengunjungi kubur ibu bapa/saudara
1. Minta ampun pada orang tua


apa macam? betul ke survey aku ni? hehe

Thursday, August 11, 2011

Waktu paling sesuai "meminta" kepada Allah s.w.t


Selaras dengan tanggungjawab insan berharap sesuatu kepada Allah.Allah SWT telah meletakkan beberapa waktu yang dianggap waktu-waktu yang paling diberkati dan dimakbulkan permintaannya oleh Allah. Pada waktu-waktu itu insan digalakkan untuk memohon,berharap kepada Allah dengan perkara-perkara yang baik serta meminta belas kasihan dan keampunan dariNya.InsyaAllah, Allah akan memakbulkannya.Walaubagaimanapun perlu dingatkan bahawa terdapat syarat lain yang perlu dipatuhi agar doa kita itu diterima Allah dengan seadanya iaitu jangan kita menyekutukan Allah(menyamakan Allah dengan apa-apa pun seperti mencari Tuhan lain selain Allah) serta wajib bagi kita membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT.
Berikut adalah senarai waktu-waktu yang diberkati akan doanya oleh Allah SWT:
  • Ketika waktu hujan
  • Ketika mahu membuat kebaikan
  • Ketika berda dalam kesusahan
  • Ketika diri dianiaya
  • Ketika mendapat kesenangan
  • Ketika berdoa di Multazam(kawasan yang terletak diantara Hajar ul-Aswad & Pintu Emas Kaabah di Masjid al-Haramain ,Mekah)
  • Ketika Hijr Ismail(kawasan lengkung yang terdapat di sisi Kaabah dikatakan tempat istirehat kepada Nabi Ismail@Ishmael ketika membina Kaabah bersama ayahdanya Nabi Ibrahim@Abraham)
  • Di sekitar maqam Ibrahim(tempat tingkalan tapak kaki Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah bersama Nabi Ismail)
  • Ketika waktu rehat yang terletak diantara dua khutbah(Solat Jumaat,Solat Eidul-fitri{Solat Hari Raya Puasa),Solat Eidul-Adha{Solat Hari Raya Korban})
  • Ketika berdoa kedua ibu-bapa
  • Ketika waktu Subuh(Waktu Fajar)
  • Ketika Waktu Maghrib(Waktu matahari sedang terbenam)
  • Ketika waktu sepertiga malam(sekitar pukul 3 pagi sehingga pukul 6 pagi diwaktu ambang subuh setiap hari)
  • Ketika dalam keadaan bersabar menanggung penderitaan dan kesusahan
  • Ketika waktu malam lailatul Qadar(Malam Qadar) malam yang lebih baik dari seribu bulan menurut Al-Quran,pada malam ini Allah akan memberkati hambanya yang sanggup berjaga malam dan berdoa kepadaNya semata-mata untuk mendapat kan keberkatan dari Allah SWT.Malam Lailatul Qadar masih tidak dapat dipastikan waktunya dengan tepat,namun Nabi Muhammad bersabda carilah malam Qadar pada sepertiga malam terakhir pada 27 Ramadhan ataupun pada 10 malam terakhir Ramadhan)
  • Selepas laungan Azan berkumandang
  • Selepas Iqamat dibacakan
  • Waktu ternampak meteor dilangit(perkara ini masih di menjadi buah mulut dikalangan Ulama Islam)
  • Sewaktu berada ditempat yang suci dan bersih
  • Sewaktu berada di dalam Masjid(khususnya masjid Haram di Makkah,Masjid Nabawi di Madinah,Masjid Al-Aqsa di BaitulMaqdis(Jerusalem))
  • Sewaktu berzikir,berselawat,tahlil,tahmid,tasbih,takbir kepada Allah dan Rasullullah
  • Ketika besendirian dengan mengingati Allah SWT
  • Ketika dalam ketakutan
  • Ketika waktu hendak/selepas makan
  • Ketika hendak memulakan pengajian/mengakhirinya
  • Ketika hendak/bangun dari tidur
  • Ketika masuk/keluar tandas
  • Ketika mendapat kejayaan dan kemenangan
  • Ketika hendak berniat puasa
  • Ketka hendak mengambil air sembahyang (wuduk)
  • Ketika waktu memulakan/mengakhiri bacaan Al-Quran
  • Sewaktu membaca Hadis
  • Sewaktu menaiki/turun dari kenderaan
  • Sewaktu memulakan/berada/mengakhiri pelayaran
  • Sewaktu memakai pakaian dan wangian yang baik-baik kerana Allah SWT
  • Sewaktu sujud dan rukuk kepada Allah SWT dalam solat
  • Ketika berharapkan sesuatu kejayaan/kemahuan dan meminta keampunan daripada Allah SWT
  • Sewaktu melakukan pekerjaan yang baik-baik.
  • Sewaktu masuk/dalam/keluar rumah
  • Sewaktu melawat orang sakit dan mendoakan kebaikan dan kesihatannya
  • Doa anak-anak yang soleh
  • Sewaktu melawati jiran tetanggga
  • Sewaktu gerhana bulan
  • Sewaktu gerhana matahari
  • Sewaktu meminta hujan
  • Ketika waktu penganut Islam menunaikan Haji yakni ketika mereka berada di Jabal Rahmah di Padang Arafah,Arab Saudi.
Walaubagimana pun Islam menyarankan agar penganutnya berdoa kepada Allah pada bila-bila waktu dan tempat, selagi mereka masih beriman dan mengharapkan kebaikan dan keampunan dari Allah.


Ya Allah ya tuhanku, murahkan lah rezki kami..


Ya allah ya tuhanku, berilah kami kekuatan dan ketabahan menghadapi semua dugaanmu


Ya Allah ya Rahman, Ya Rahim,..kasihanilah kami..ampunilah dosa-dosa kami...
heheh..kiutkan haiwan2 ini..
mereka pun tahu kepada siapa nak meminta dan berdoa.
Sumber : Wikipedia 

Thursday, August 4, 2011

Medical leave

Medical Leave.. or lebih dikenali sebagai MC. 
Aku antara orang yg kerap MC. HAri ini aku mc lagi.. aku kena jumpa doktor fisioterapi.
Hmm aku menghidap penyakit fibrosis la plak.. chest fisioterapi ni supaya aku bernafas ngan betul dan udara keluar masuk dengan lancar.. dorang ajar aku buat sendiri then aku kenala wat sendiri dimana-mana pun aku berada hourly.. aiyoo..klu aku ngah keje camne kak misi? 

Mucus kat lung aku ni banyak and membeku lalu aku pun mengeluarkan cecair yang dinamakan kahak yang agak banyak jugakla lebih2 lagi time demam.. demam aku plak on and off jerrr.. pening la kepala aku..kene sabar la banyak2.. kadang-kadang aku muntah.. short breath gak .. tu pasal doktor bagi aku chest phisioteraphy..paru-paru aku ada scarring yang kemungkinan besar disebabkan oleh radioterapi tahun lepas..tapi aku tak puas hati ngan explanation doc. 15hb ni another appointment..aku nak tanya dia sok. jangan tak  jawab soalan aku. 

P/s:mentang-mentang cikgu, banyak jek nak tanya,,huhu

Atas ni kaedah chest phisioteraphy untuk mengeluarkan mucus yang tak diperlukan oleh badan. 

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan,..
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dan lebih berkat dari tahun sebelumnya.
Semoga Allah s.w.t mengabulkan doaku. 
Semoga aku dan keluarga lebih sihat dan bahagia.
Semoga dipermudahkan urusanku didunia dan diakhirat. 
Semoga bertemu jodoh yang baik dan beriman. 
Semoga aku terus tabah dan ceria. 
Amin ya Rabbal Alamin


Sunday, July 3, 2011

Curently Listening to Priscilla Ahn

hmm aku tau aku lambat sikit,
aku klu lagu2 slow ni mmg lambat..
Tapi lagu2 Priscilla buat aku lena tidur and kadang2 menyentuh hatiku ini..
eceh,,,tetibe lak sensitip..(memang aku sensitip pon, tanak ngaku lah tu)


song Background blog aku ni lagu dier la tu..
tryla dengar.. :)


orangnya cun..


Ni album terbaru beliau!

Wednesday, June 15, 2011

i am sad


anak murid ku EP 2

hmm aku nak cerita satu kisah anak murid aku ni.. kenapa aku bila dengan budak perangai lain sikit.. aku sebenarnya garang. tapi dengan budak2 aku cair sikit lah.. hehehe..

biasalah dalam sekolah mesti ada yang palingggg nakal, palinggg pandai, palingggg lembapp.. dan palingggg macam2 lagi. sebagai guru aku tidak boleh beri gelaran macam ni kat murid.. tapi sebab aku nak cerita,, anggap jelah off record.. hhehe

anak murid aku sorang ni palinggg lembap. tapi, tapi, tapi... dia palinggg rajin.. memang budak ni pemalas. Pernah makan penampar gak ngan cikgu lain. Pasal geram sangat pemalas nak buat kerja sekolah.. Cuma, budak ni kalau cikgu minta tolong, dia orang pertama ke hadapan, dia pon selalu menggunakan ayat yang sopan bila berkomunikasi dengan guru. 

Selain itu, budak ni pon antara yang palinggg nakal kat sekolah. Ada buat kes jugaklah. Memang selalu ngadap aku, cikgu konseling. Famili? hmm famili okay,,cuma budak ni kurang kasih sayang sikit. Kadang-kadang bila dengan budak kita tak boleh nak guna kekerasan. Dorang suka nak memberontak dan balas balik hukuman dan denda yang diberi oleh guru. 

Tapi zaman sekarang ni susah nak jumpa budak yang nakal tapi rajin, nakal tapi sopan, nakal tapi alim. Banyak yang di skolah nakal, tapi di rumah baik nak mampos depan mak ayah... *tu yang sakiit jiwa tu nak settle. 

Budak ni selalu doakan aku cepat sihat. Macam mana aku tahu? aku tengok muka dia aku dah tahu dah.. dia pon ada hubungan baik dengan cikgu lain. Ramai cikgu mengadu kat aku budak ni rajin buat kerja lain selain kerja sekolah.. hahaha..  Walaupun dia lembap, dia diterima masuk ke sekolah teknik. Kan? doa cikgu. Sebab walaupun dia bodoh, tapi dia respek cikgu dan rajin tolong orang. 



Ini surat dia kat aku. Aku pernah terserempak dengan dia kat hospital. Terkejut dia tengok aku kurus keding. Masa tu dia jaga abangnya yang sakit sebab eksiden motor.  hari2 dia jaga abang dia walaupun abang dia selalu pukul dia kaw2..baik kan budak ni.


Luahan hati seorang guru

owh.. aku tidak pernah cerita bagaimana aku boleh terjebak dengan kerjaya guru ini. 

Panjang ceritanya, tapi jangan risau. aku pendekkan. 
Begini, bulan ogos 2007 sewaktu aku baru 3 bulan bekerja (baru keluar u) aku dicadangkan oleh kawan2 baik agar memohon untuk menjadi guru  bagi ambilan KPLI (kursus perguruan lepasan Ijazah). Tetapi waktu itu , ambilan KPLI dah tutup, yang ada cuma DPLI (diploma Perguruan Lepasan Ijazah). Seperti yang umum sedia maklum, KPLI ialah untuk sekolah rendah dan DPLI sekolah menengah. 

Terus terang aku cakap, waktu itu aku memang tak berminat langsung untuk memulakan kerjaya seorang guru ni. AKu saja gatal cuba-cuba. Kemudian aku dapat panggilan menjalani peperiksan. Hmm aku lepas ujian tu, kemudian aku dapat panggilan temuduga pula, yang pilihan pertama aku ialah guru pendidikan seni. 

Aku minat seni lagi berbanding kaunseling. Akhirnya aku mendapat panggilan untuk menjadi guru kaunseling dan aku perlu berkursus selama hampir setahun di UIAM. Demi masa depan, aku terima lah kerjaya baru aku itu dan cuba untuk belajar suka dan cinta kerjaya ini. Masuk alam sekolah, aku ditempatkan di sekolah kategori luar bandar dan Sekolah Agama bantuan kerajaan. Kalau aku kata bantuan kerajaan tu, faham-faham lah kondisinya bagaimana. Kurang murid, kurang guru, kurang fasiliti, kurang dana dan segala-galanya kurang derr...

Pon begitu, aku positif saja. ALmaklumlah guru baru bersemangat waja. Asalnya memang aku mahu cuba saja menjadi guru, tetapi setelah aku tengok muka budak2 yang suci murni tu aku makin suka dan sayangkan kerjaya aku. 

Aku ditakdirkan jatuh sakit selepas 6 bulan posting. Semasa 6 bulan pertama mengajar geografi dan pendidikan sivik, anak-anak murid aku ni ada lah yang nakal. biasalah budak, adalah yang malas dan degil. Aku sabarrr je.  Bila aku masuk hospital kali pertama, semua anak murid aku tanya aku mana tak nampak2 kat sekolah. Cikgu lain bagitahu la aku di hospital. Masing-masing sibuk minta no.tel and nak minta alamat spital. Nak melawat kononnya. Cikgu-cikgu tak bagi, sebab mereka ni budak lagi, susah nak ke bandar. Jadi mereka pakat-pakat buat kad ucapan ramai2 minta tolong cikgu lain kirim kat aku. 


Bila aku ke sekolah semula, nampak je kelibat kereta aku, yang sedang belajar kat dalam memandang2 la aku kat luar ni, kalau cikgu tak ada, dorang ramai2 serbu aku tanya keadaan aku.. yang ada cikgu sedang mengajar pon, berhenti sebab anak murid takleh nak fokus tgk aku kat luar kelas. Maka cikgu tu pon berkata, 


"hah..pergilah jumpa cikgu kamu tu,,, salam dan cium tangan dia...."


Korang rasa lah.. kalau korang jadi aku.. apa agaknya perasaan korang? Aku jadi sayang kat budak2 ni. walaupun aku tak kahwin lagi dan takda anak sendiri, aku selalu bahasakan "anak2" kat anak murid aku tu.. Aku buat dorang macam anak sendiri.. bukan macam "kawan"... kalau macam "kawan" nanti dorang pijak kepala and tak hormat kita.. 




ini antara kad ucapan anak murid aku..ada lagi banyak..nanti aku tunjuk..huhuhu rajin and kreatif masing2..

Tuesday, June 14, 2011

anak murid ku EP 1

Terlalu banyak cerita nak dikongsikan. Memang pelbagai kerenah remaja zaman sekarang dan ada antaranya buat aku rasa sayu dan pilu melihat mereka begitu tabah mengharungi zaman persekolahan seperti zaman aku muda2 dulu. 

Bukan semua perkara di sekolah membuat hatiku gembira tetapi aku dah sebut sebelum ini. Dan aku rasa aku dah ulang banyak kali, aku suka dan cinta kerjaya aku ni. Sukar, tapi aku berusaha tanpa jemu walauapapun pandangan orang terhadapku,

Setiap kali aku rasa sedih dan tension, aku aku mencari kelibat salah seorang anak murid aku yang sorang ni. sekarang dia tingkatan 3. Bakal menjalani peperiksaan PMR. Pelajar ini sangatlah sopan santun dan baik pekertinya. Jauh beza dengan pelajar lain. Dia bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan berpendidikan. Dia sangat menjaga tutur kata dan penampilannya sentiasa kemas dan bersih. Dia juga tidak mengikut mana-mana trend atau fashion remaja terkini. Bak kata orang, "skema" ler. Tapi aku sangat suka pelajar ini. Setiap kali aku memandang kelibatnya, hati ini rasa sejuk. Emosi yang pada asalnya ingin berasa marah dan melepaskan geram tetiba sahaja hilang sedikit demi sedikit. Yelah anak murid bukan semua nya perangai macam angel. Aku bersyukur ada anak murid macam dia.

Setiap kali berjumpa aku mesti dia akan sapa aku dan bertanya aku sihat atau tidak. Jika dia melihat aku batuk dia akan kata
"cikgu, cikgu rhatlah cikgu..cikgu dah makan ubat belom?"
"Cikgu sabar ye, saya selalu doakan cikgu sihat dan murah rezeki.."

Kalau aku dah lama tak de bayang kat sekolah (cuti sakit), pelajar ini akan segera mencari aku untuk bertanyakan keadaan aku. 

Pelajar ini juga selalu mengimamkan pelajar sewaktu solat dan berkebolehan membaca doa untuk majlis-majlis serta cemerlang akademik dan kokurikulum. Manalah cikgu-cikgu tak sejuk hati. Walaupun seluruh ahli keluarganya sangat kontra tingkahlaku dan budi pekerti dengan pelajar ini, hingga aku hampir tak percaya dengan realiti sebenar yang dilalui oleh pelejar ini bersama keluarganya. 



Saturday, May 14, 2011

Aku lain engkau lain

aku lain engkau lain
aku suka putih
kau suka hitam
aku menari cacaca
kau gelek ikut suka
aku bunga 
kau buaya tembaga


aku lain engkau lain
aku tak suka cili
kau belasah bapak segala bapak cili
kalau makan kueh teow, aku asingkan taugeh
kau? kau main bedal jek semua
lalat pun kau tak nampak


aku lain engkau lain
aku ke kiri kau ke kanan
aku tak suka
kau suka
kau buatlah apa kau suka
aku buat apa aku suka
kalau kau tak suka
aku peduli apa?



p/s: dont mess with me!




online shopping

alo..hmm ni aku nk citer skit, aku kan suka shopping. sebab, shopping buat aku gembira.
 [maknenye klu aku bershopping mood aku tak keruan lah tuh] 
aku tak suka org tgk aku macam org sakit. sbb aku nak sihat dan ceria2 selalu. huhu.
kalau aku malas keluar aku online shopping jer. aku dah usha item2 yang aku mau. antaranya ialah...



and dress tu kan seksi sikit, aku leh pakai ngan jaket,,macam ini..

 heheh ..cun tk? watch me..!