Luahan hati seorang guru

owh.. aku tidak pernah cerita bagaimana aku boleh terjebak dengan kerjaya guru ini. 

Panjang ceritanya, tapi jangan risau. aku pendekkan. 
Begini, bulan ogos 2007 sewaktu aku baru 3 bulan bekerja (baru keluar u) aku dicadangkan oleh kawan2 baik agar memohon untuk menjadi guru  bagi ambilan KPLI (kursus perguruan lepasan Ijazah). Tetapi waktu itu , ambilan KPLI dah tutup, yang ada cuma DPLI (diploma Perguruan Lepasan Ijazah). Seperti yang umum sedia maklum, KPLI ialah untuk sekolah rendah dan DPLI sekolah menengah. 

Terus terang aku cakap, waktu itu aku memang tak berminat langsung untuk memulakan kerjaya seorang guru ni. AKu saja gatal cuba-cuba. Kemudian aku dapat panggilan menjalani peperiksan. Hmm aku lepas ujian tu, kemudian aku dapat panggilan temuduga pula, yang pilihan pertama aku ialah guru pendidikan seni. 

Aku minat seni lagi berbanding kaunseling. Akhirnya aku mendapat panggilan untuk menjadi guru kaunseling dan aku perlu berkursus selama hampir setahun di UIAM. Demi masa depan, aku terima lah kerjaya baru aku itu dan cuba untuk belajar suka dan cinta kerjaya ini. Masuk alam sekolah, aku ditempatkan di sekolah kategori luar bandar dan Sekolah Agama bantuan kerajaan. Kalau aku kata bantuan kerajaan tu, faham-faham lah kondisinya bagaimana. Kurang murid, kurang guru, kurang fasiliti, kurang dana dan segala-galanya kurang derr...

Pon begitu, aku positif saja. ALmaklumlah guru baru bersemangat waja. Asalnya memang aku mahu cuba saja menjadi guru, tetapi setelah aku tengok muka budak2 yang suci murni tu aku makin suka dan sayangkan kerjaya aku. 

Aku ditakdirkan jatuh sakit selepas 6 bulan posting. Semasa 6 bulan pertama mengajar geografi dan pendidikan sivik, anak-anak murid aku ni ada lah yang nakal. biasalah budak, adalah yang malas dan degil. Aku sabarrr je.  Bila aku masuk hospital kali pertama, semua anak murid aku tanya aku mana tak nampak2 kat sekolah. Cikgu lain bagitahu la aku di hospital. Masing-masing sibuk minta no.tel and nak minta alamat spital. Nak melawat kononnya. Cikgu-cikgu tak bagi, sebab mereka ni budak lagi, susah nak ke bandar. Jadi mereka pakat-pakat buat kad ucapan ramai2 minta tolong cikgu lain kirim kat aku. 


Bila aku ke sekolah semula, nampak je kelibat kereta aku, yang sedang belajar kat dalam memandang2 la aku kat luar ni, kalau cikgu tak ada, dorang ramai2 serbu aku tanya keadaan aku.. yang ada cikgu sedang mengajar pon, berhenti sebab anak murid takleh nak fokus tgk aku kat luar kelas. Maka cikgu tu pon berkata, 


"hah..pergilah jumpa cikgu kamu tu,,, salam dan cium tangan dia...."


Korang rasa lah.. kalau korang jadi aku.. apa agaknya perasaan korang? Aku jadi sayang kat budak2 ni. walaupun aku tak kahwin lagi dan takda anak sendiri, aku selalu bahasakan "anak2" kat anak murid aku tu.. Aku buat dorang macam anak sendiri.. bukan macam "kawan"... kalau macam "kawan" nanti dorang pijak kepala and tak hormat kita.. 




ini antara kad ucapan anak murid aku..ada lagi banyak..nanti aku tunjuk..huhuhu rajin and kreatif masing2..

Comments

Popular Posts