.

Sunday, January 30, 2011

DIA



Aku lihat dia kat hospital
Dia lihat aku kat hospital
kami sama-sama nak berkenalan
Biasalah, sama-sama berpenyakit
Terfikir perihal sakit masing-masing

Dia biasa sahaja
Tak terlampau tinggi, tak rendah juga
Macam agak keding pun ada
Tapi aku lihat menarik sahaja

Sms dan telefon pengganti diri
Hospital tempat janji temu pertama
Sukar berjumpa, masa cuti kami berbeza

Peminat kereta
Autoshow, drag racing dan seumpama dengannya
Modified kereta adalah kegemarannya
Aku sebenarnya kurang selesa
Seakan membazir lagaknya
Bila aku kata "saya suka shopping"
Dia kata "membazir juga"

Jadi aku pun kata
"Buat lah apa yang awak suka"
Jangan kacau aku sudah ler
Dia sengih sahaja

Pon begitu dia dan aku ada persamaan
Sama-sama kaki jalan bersama kengkawan
Meluangkan masa dengan kawan-kawan tercinta satu kemestian

Apa yang pasti, kami
Sama-sama berusaha
mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan bahagia

Saturday, January 22, 2011

my bad dream


Last night there was no light
Very dark and dreary night
I stay,
silent,
hoping it ends soon

Tonight I see a beautiful sky
Because the moon shine
And the stars are so bright
Like a Diamond
Nobody could have it

Just like my dream
Beautiful and vibrant
which I think is real
But in fact
It is not happily ever after
Like one of those movie

My Crush


He was sick as I am,
I have kind of illness he was.

He has no father,
I have no mother.

He liked football,
I like to watch people play football.

He likes to watch movies,
I was the same.

I'm not sure if he likes me or not,
but for sure I really liked him.

Sunday, January 16, 2011

Surat kepada PTPTN

Kepada PTPTN,

Aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sanggup meminjamkan wang supaya aku dapat menamatkan pengajian. Aku tahu aku perlu membayar semula wang tersebut kemudiannya. Aku tau memang salahku kerana gagal membayar semula wang pinjaman. Jadi, kau mengeluarkan surat saman dan aku juga telah gagal mendapatkan ujrah 1%.

Walaubagaimanapun aku telah berusaha untuk membayar wang pinjaman tersebut secara ansuran. Aku sanggup bayar secara tetap melalui potongan gaji. Janganlah kau blacklist namaku daripada senarai penumpang yang ingin melancong ke Jepun. Oleh yang demikian jika kau tanak aku panggil kau "Ah long". Silalah pertimbangkan permohonanku ini.

Sekian Terima Kasih


Thursday, January 13, 2011

Tahun Baru, Azam lama? huhu


Salam sejahtera, lamanya tak menulis. Bukan apa, sangat sibuk. Kalau ada masa, aku gunakan masa tu untuk berehat dan tidur sepuas-puasnya. Aku sangat letih 2 minggu kebelakangan ni. Mungkin terlalu bekerja keras? Aku ni kalau bab kerja, "peel" lain macam sikit.

Aku cukup tak suka orang komplen kerja aku. Aku tak suka orang komplen aku datang lambat balik cepat. Oleh yang demikian, pukul 7.00 pagi aku dah terpacak kat sekolah. Pukul 4.00 petang baru aku balik. kadang-kadang pukul 6.00 baru aku selamat sampai rumah. Penat beb. Dahlah antibodi aku ni kurang. Memang cepat letih. Apalagi, sampai rumah aku memang WAJIB PENGSAN. Kerap juga aku tertidur sampai pukul 10.00 malam, barulah aku terjaga.. kronik tu. Bapak aku dah faham. Kalau aku tak bangun2 tu maknanya tidur mati.




Aku berusaha yang terbaik apabila aku di sekolah. Walaupun tiada siapa paksa aku kerja sungguh-sungguh dan tunjuk rajin, tapi memang aku rajin bila bekerja. Aku pernah dikata gila kerja oleh kawan aku masa di U. Sekarang pun sama. "Gila kerja" kata mereka. Sakit-sakit pun datang sekolah-itulah yang mereka kata. Tapi aku sengih je. :D Daripada mereka kata aku sengaja tanak datang sekolah, pura-pura sakit? haaa...ada juga cikgu yang cenggitu. Aku harap, aku sentiasa bersemangat sampai bila-bila InsyaAllah.

Sebenarnya aku nak story pasal azam. Aku tak da pun azam baru tahun ini. Sebab azam tahun lepas pun tak tercapai lagi.. Ada kat wishlist aku kat atas tuh..hehe.. Harap-harap dapat tunaikan 2-3 wish tahun ini... Amin.