.

Thursday, January 13, 2011

Tahun Baru, Azam lama? huhu


Salam sejahtera, lamanya tak menulis. Bukan apa, sangat sibuk. Kalau ada masa, aku gunakan masa tu untuk berehat dan tidur sepuas-puasnya. Aku sangat letih 2 minggu kebelakangan ni. Mungkin terlalu bekerja keras? Aku ni kalau bab kerja, "peel" lain macam sikit.

Aku cukup tak suka orang komplen kerja aku. Aku tak suka orang komplen aku datang lambat balik cepat. Oleh yang demikian, pukul 7.00 pagi aku dah terpacak kat sekolah. Pukul 4.00 petang baru aku balik. kadang-kadang pukul 6.00 baru aku selamat sampai rumah. Penat beb. Dahlah antibodi aku ni kurang. Memang cepat letih. Apalagi, sampai rumah aku memang WAJIB PENGSAN. Kerap juga aku tertidur sampai pukul 10.00 malam, barulah aku terjaga.. kronik tu. Bapak aku dah faham. Kalau aku tak bangun2 tu maknanya tidur mati.




Aku berusaha yang terbaik apabila aku di sekolah. Walaupun tiada siapa paksa aku kerja sungguh-sungguh dan tunjuk rajin, tapi memang aku rajin bila bekerja. Aku pernah dikata gila kerja oleh kawan aku masa di U. Sekarang pun sama. "Gila kerja" kata mereka. Sakit-sakit pun datang sekolah-itulah yang mereka kata. Tapi aku sengih je. :D Daripada mereka kata aku sengaja tanak datang sekolah, pura-pura sakit? haaa...ada juga cikgu yang cenggitu. Aku harap, aku sentiasa bersemangat sampai bila-bila InsyaAllah.

Sebenarnya aku nak story pasal azam. Aku tak da pun azam baru tahun ini. Sebab azam tahun lepas pun tak tercapai lagi.. Ada kat wishlist aku kat atas tuh..hehe.. Harap-harap dapat tunaikan 2-3 wish tahun ini... Amin.

2 comments:

cikgu siti hazreen said...

kau memang gila kerja...take time to rest ok ^_^

MeL said...

ye kakak..mel ati2 n buat yang mel mampu je..:)