Perubatan Tradisional atau Moden?
Seringkali pesakit seperti aku ditanya.
1) Apakah suplemen yang aku ambil
2) Pernahkah aku melakukan prosedur kimoterapi
3) Adakah aku mengamalkan perubatan tradisional
Aku sebenarnya adalah kategori individu yang percaya dengan perubatan moden. Pun begitu tidaklah pula aku menolak perubatan tradisional contohnya pemakanan melalui tumbuh tumbuhan dan akar kayu. Cumanya jika perubatan tradisional itu aku khuatir ianya belum diuji keberkesanannya maka aku ragu ragu sikit nak makan. Aku agak skeptikal dengan semua jenis bahan yang akan dimasukkan dalam badan aku ini. Aku sangat berharap lebih banyak ujian dibuat dengan bahan-bahan alami ini yang sesuai untuk pengubatan penyakit kanser. Dan kemudian ianya diakui oleh badan perubatan dunia dan digunapakai di hospital-hospital. Tinggi harapan aku ini. Yang ada sekarang aku kurang yakin. Doktor pula tidak syorkan.
Diawal waktu aku mula sakit, aku ada usaha untuk berubat melalui ustaz. Cuma aku sedih ada antara mereka mendakwa aku "dibuat" orang. Pengalaman ini aku ada cerita disini. Ini disebabkan, aku bersangka baik dengan orang disekeliling aku. Aku berasa, siapalah yang dajal aku yang tidak punya apa-apa ini. Apalah yang mereka akan peroleh?. Jadi aku tidak rasa aku "dibuat" orang pun.
Aku lebih mahu ke hospital. Memang agak memakan masa untuk doktor melakukan ujian dan mengenal pasti jenis penyakit aku. Apatah lagi aku hanya ke hospital kerajaan. Pada waktu aku mula tidak selera makan. mata kuning dan jari-jari aku menunjukkan tanda penyakit, ada juga aku klinik swasta. Itupun doktor suruh aku ke hospital besar buat pemeriksaan lanjut. Tanda penyakit memang ada. Tanda aku "dibuat" orang yang tiada.
Rujuk sini jika ingin tahu anda diganggu atau tidak.
https://jalanakhirat.wordpress.com/2012/10/11/41-tanda-dalam-badan-anda-ada-jin/
Jadi, aku yakin dan pasti aku tidak diganggu atau dibuat orang. Aku memang sakit.
Ada orang mencadangkan agar aku berubat dengan ustaz sahaja.
Ada yang mencadangkan pergi ke Homeopati.
Ada yang mencadangkan terus ke hospital.
Ada yang mencadangkan buat sahaja semuanya. yang penting ikhtiar.
Akhirnya aku pilih hospital.
Aku, (aku bercerita tentang diri aku) percaya doktor boleh beri aku jawapan konkrit tentang penyakit aku dan aku bersedia untuk duduk lama di hospital.
Mungkin ada yang tidak sependapat dengan aku. Perubatan moden ialah salah satu ikhtiar.
Satu lagi, apabila aku sakit, ramailah orang yang mencadangkan segala macam jenis ubat atau makanan tambahan untuk memulihkan kanser. Harganya mak datuk, beratus-ratus mungkin cecah ribu jika diambil secara berterusan.
Aku bukan orang kaya. Walaupun aku sakit aku masih berasa yakin aku tidak perlu membeli ubat beratus-ratus itu. Aku hanya mengambil ubat hospital kerajaan sahaja. Aku tidak ada ambil suplemen lain langsung. Aku bimbang dengan bahan yang masuk dalam badan aku. Sehingga kini pun aku cuma ambil vitamin c dan habbatus sauda.
Aku pelik dan hairan dengan orang marketing yang syorkan aku beli produk diorang dan bercerita dengan penuh yakin pesakit kanser sudah ambil dan sembuh. Sedangkan mereka sendiri tidak ambil ubat itu??
Aku sebenarnya berharap bekas pesakit kanser sendiri datang beritahu aku yang mereka sudah ambil ubat tersebut dan membantu mereka.
Mungkin ada pesakit kanser yang sembuh melalui ubat ubat sedemikian namun aku belum lagi jumpa depan mata. Lain orang lain pula cara mereka untuk mengubat diri mereka sendiri. Bila kita dah sakit, apa sahaja yang orang syorkan kita cenderung untuk ikut dan turut. Terutama apabila yang syorkan ialah ahli keluarga sendiri atau pun mungkin doktor.
Aku ada beberapa kenalan yang consume ubat A. Tapi kesemuanya meninggal dunia. Ubat A sangat terkenal dan mahal pula harganya. Yelah, dah ajal mereka. Macam aku cakap tadi, lain orang lain lah caranya dan pilihannya. Mereka memilih untuk makan ubat itu dan tuhan lebih sayangkan mereka.
Cuma bagi aku, aku tidak memilih ubat yang dijual oleh syarikat mlm. atau dijual melalui internet, yang mana aku tidak pasti telah diuji atau tidak. Malah kelulusannya pun diragui. Status ubat ini juga makanan tambahan bukannya ubat. Dengan harga beratus-ratus ringgit. Jika ada yang ingin mencuba sebagai tanda usaha, terpulang. Itu pilihan masing-masing.
Aku ingin melakukan semua prosedur mengubat kanser di hospital kerajaan. Apa sahaja nasihat doktor aku tidak terima bualt-bulat. Jika tidak tahu aku tanya. Aku baca. Aku cari maklumat. Aku cari kawan yang sama-sama sakit macam aku untuk kongsi pengalaman dan idea. Itu pilihan aku.
Tradisional atau moden, kedua duanya sesuai untuk pengubatan penyakit. Cuma kita kena berhati-hati agar tidak terkena penyakit lain pula bila mengambil ubat yang tidak diketahui keberkesannya. Sebagai hamba Allah s.w.t, kita wajib berusaha dengan akal. Melihat dari semua sudut dengan pengetahuan dan maklumat yang cukup untuk membuat satu-satu keputusan.

Comments
Jangan risau sangat. Mungkin doktor ada sebab yang kukuh untuk pust for CTscan sampai bulan Okt.
Saya dulu pun buat chemo, tak diasingkan, tak dikuarantinkan pun. ALhamdulillah sepanjang chemo saya sehat. Bertambah berat badan lagi. 6 bulan selepas chemo saya disahkan mengandung. Anak sihat dan sempurna, InsyaAllah. Point saya, reaksi setiap orang berbeza- beza, jangan takut dengan apa yang belum tentu.Pertimbangkan apa yang terbaik untuk diri sendiri. Yang lain Allah tentukan.
awak jaga suami baik baik.. stay strong.. if he is happy, he will be better. believe me. i know
ya siti norhayati, saya sering demam. tak baik-baik pulak tu. di situ baru doktor dapat trace penyakit saya. batuk dan demam berpanjangan kerana imun sistem dah lemah akibat sel kanser. Saudari siti stage berapa? saudari buat rawatan apa? saya doakan saudari segera sembuh. Amin. Sabar ya. Semuanya ada hikmah. Allah s.w.t sayang kan kita ;)