Pengalaman melalui prosedur Bone Marrow Aspiration

Pengalaman aku sewaktu mula-mula sakit, aku enggan melalui prosedur bonemarrowaspiration (BMA). ini disebabkan kebebalan aku yang suka mendengar cakap-cakap orang daripada membuat research sendiri.

Sedikit air tulang belakang perlu disedut untuk memastikan kanser aku berada di tahap mana. Jika doktor telah melakukan BMA dan dan ujian menunjukkan aku berada ditahap 4, maka prosedur rawatan yang akan diberi kelak lebih agresif. Mujur aku bersetuju melalui proses BMA dan aku telah dikenalpasti menghidap Hogdkin Lympoma Stage 2. Dan alhamdulillah belum merebak ke sum sum tulang. Jika melalui BMA, kanser didapati sudah merebak ke sumsum tulang maknanya aku berada di tahap 4.

Jenuh juga doktor nak memujuk aku agar bersetuju melakukan BMA. Meskipun diberi ubat pelali tetapi tetap sakit weh.. Aku menangis-nangis macam kena dera. Aku tak pasti doktor guna peralatan apa, tapi perasaan aku ini sewaktu prosedur itu dilakukan macam bahagian belakang pinggul aku di tengah-tengah, rasa seperti dikorek menggunakan besi. Sakitnya tuhan je yang tahu. Ya, memang sewaktu prosedur BMA dilakukan aku sedang sedar.. bius sedar la..  Akak misi kat sebelah memujuk aku agar bertahan.

Yang bestnya, sebelum itu , doktor yang akan melakukan prosedur tersebut berkata, ia tidaklah sesakit mana pun, macam kena gigit semut je,,

hampehhh Doktor tu tipu aku.

Apapun, jangan  takut nak melalui prosedur ini. Pastikan anda bertanya dengan doktor pakar yang merawat anda keperluan melakukan BMA dan kesan-kesannya. Pastikan juga doktor yang melakukannya adalah doktor terlatih dan kesilapan jarang berlaku. :P

Pernah silap ke? of course doktor pernah silap, mereka juga manusia biasa. Pun begitu aku bernasib baik ketika BMA dilakukan semuanya berjalan dengan baik, doktor sangat pakar dan banyak kali melakukan BMA, dan aku bangga melakukan semua prosedur penyakit kanser di hospital kerajaan. Berdoalah semuanya dipermudahkan.

Untuk pesakit-pesakit diluar sana seperti aku,

TOLONG JANGAN DENGAR CAKAP ORANG.
ANDA YANG SAKIT.
ANDA YANG RASA.
BUAT PILIHAN SENDIRI.
BANYAKKAN MEMBACA CARI MAKLUMAT.
TANYA BANYAK SOALAN DENGAN DOKTOR ANDA.
JIKA KEADAAN /PROSEDUR RAWATAN TIDAK BERLAKU SEPERTI YANG ANDA HARAPKAN JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN.
USAHA DAN TAWAKAL.
MUHASABAH DIRI.

Comments

Popular Posts