.

Tuesday, August 9, 2016

PENGALAMAN HAMPIR MELAKUKAN PEMBEDAHAN BATIN

Aku dahulu sebelum ke hospital pernah dibawa oleh arwah ayah berjumpa seseorang di kampung. Orang itu katanya sering melakukan pembedahan batin dengan kos muka sebanyak RM 2000. Katanya InsyaAllah akan sembuh.

Maka arwah ayah gagahkan diriku berjumpa pengamal perubatan tersebut. Katanya hanya ingin buat review dahulu. Waktu itu aku sudah sakit-sakit badan, mata sudah kuning, kuku pun kuning dan kurang sihat.

Pengamal perubatan tersebut sedang merawat orang lain dirumah mereka. Aku dibawa ke rumah mereka pada waktu itu.

Apa yang dia buat pada aku ialah:

Mencubit bahagian ketiak yang hampir ke buah dada aku, kemudian bertanya sama ada bahagian aku itu sakit, sambil mulutnya terkumat kamit, dan aku tidak pasti dia baca ayat apa.

Kemudian, dia ada bertanya soalan lain mengenai penyakit aku. Waktu itu aku sering batuk dan sakit dada. Juga sukar tidur malam. Aku tidak ingat sangat apa dia kata kerana aku waktu itu rasa kurang selesa dan malu dia sentuh aku begitu di hadapan orang lain. Dia juga agak sombong. Kemudian dia beri aku ubat yang kononnya dapat melegakan sakit dada aku itu.

Setelah aku pulang, aku menangis di dalam kereta sepanjang perjalanan balik ke rumah. Arwah ayah aku kelihatan sedih melihat aku dan tidak jadi meneruskan perubatan batin yang didakwa oleh pengamal perubatan tersebut.

Aku berasa yang pengamal perubatan itu ialah orang yang tidak jujur dang ingin mengambil kesempatan. Ubat yang diberi pada aku waktu itu ialah ubat tahan sakit yang boleh di dapati dengan mudah di mana- mana farmasi.

Selepas itu aku tidak tunggu lama dan aku nekad ingin ke hospital juga. Sebenarnya arwah ayah berat meminta aku ke perubatan alternatif kerana tidak percaya perubatan moden.

Akhirnya di hsopital, doktor menunjukkan bukti bahawa ada ketulan sedang membesar berdekatan jantung dan paru-paru yang membuat aku sering sesak nafas dan sakit dada. Doktor juga dapat membuktikan, aku ada penyakit yang perlu rawatan susulan dari hospital. Gejala dan simptom yang terjadi pada aku ialah kerana aku menghidap HODGKINS LYMPHOMA. Bukan buatan orang. Bukan aku menolak amalan perubatan islam. Secara logiknya jika mereka pengamal perubatan yang benar benar muslim sejati tidak akan:

1. Meminta wang yang banyak dari pesakit
2. Memalukan pesakit
3. Menyentuh pesakit tanpa kebenaran
4. Muka bercahaya bersih kerana mengamalkan ajaran islam yang sebenar macam Dato' Harun Din yang aku pernah jumpa depan mata di Darusshifa.

Wallahu' alam.

PENDAPAT ULAMA' BERKENAAN PEMBEDAHAN BATIN
-----------http://muis.org.my/2010/03/pembedahan-batin/



Rawatan Alternatif

Kepada yang pembaca yang menghidap kanser atau mempunyai ahli keluarga yang sakit, janganlah pernah berputus asa. Rajinlah membaca dan bertanya dengan doktor. Buat kajian sebelum buat apa-apa keputusan.

Akhir-akhir ini ramai yang individu diluar sana yang mendakwa mampu menyembuhkan kanser, atau apa-apa penyakit dengan cara yang nampak munasabah tetapi sebanarnya SCAM.

Janganlah pembaca tertipu dengan SCAM sebegini. Aku merayu kepada pesakit, atau keluarga pesakit siasatlah dahulu sumber rawatan alternatif itu sehabis baik.

Siapa pelopornya,
Apa latarbelakang akademiknya,
Apakah benar, apa yang didakwa? (tanya ramai orang ya, terutama golongan professional)
Ada bukti?

http://drafiqrahim.com/scam-kesihatan-siri-12-benarkah-daun-rerama-boleh-menyembuhkan-kanser/
http://drafiqrahim.com/beli-ubat-saya-dijamin-penyakit-kanser-anda-akan-sembuh/


Bukti testimoni aku tidak percaya ya.. OUT.. Pangkah siang-siang.
Jika ada BEKAS PESAKIT KANSER yang betul-betul mengguna pakai rawatan alternatif yang dicanang, perawat kena tunjuk depan aku siapa pesakit itu. Bukan cakap-cakap orang, atau tunjuk gambar semata.. tah gambar sapa-sapa diambilnya.

".....si polan bin polan, yang sakit kanser itu hari sembuh dah ha..."

Yang tukang SCAM pun tak takut pada Allah s.w.t. Berdondang sayang janji macam-macam dengan pesakit. Jika pesakit meninggal, pandai pula kata "AJAL DAN MAUT DI TANGAN TUHAN".

Rawatan Islam. Memang baik. Kita sendiri perlu memastikan diri kita solat, berdoa tanpa jemu denganNYA. Itu lebih baik pada aku. Jika memilih perubatan islam kementerian ada memberi gari panduan kepada kita. Macam yang aku sebut selalu, rajin-rajinlah membaca dan bertanya pada yang berhak dan berilmu.

GARIS PANDUAN RAWATAN PERUBATAN ISLAM
http://tcm.moh.gov.my/v4/pdf/guideline/GPPengubatanIslamSept2011.pdf




Tahun yang sibuk, Tahun 2016

Assalamualaikum w.b.t

Mohon maaf kerana aku sudah agak lama tidak menulis.

Alhamdulillah aku semestinya sihat-sihat sahaja.
Cuma agak sibuk sedikit dengan kerja, kerja dan kerja.

Aku masih pergi temujanji dengan doktor pakar selang 4 bulan sekarang.
Meskipun ada aku bertanya bila mereka ingin melepaskan aku, akhirnya mereka tetap tidak mahu melepaskan kerana potensi "recurrence" iaitu kanser berulang masih tetap ada.

Aku juga masih menjalani rawatan hypothyroid. Apa itu penyakit tiroid?
Agak keletihan kerana perlu drive sejauh 1 jam ke tempat kerja dan 1 jam lagi untuk pulang ke rumah.

Rumah yang aku beli masih belum boleh diduduki. Rasa ingin mohon pindah tempat kerja kerana letih. Tapi sayang nak tinggalkan sekolah lama.

Terima kasih kepada yang sudi membaca blog ini. Cumanya jangan lah diharapkan aku dapat sentiasa update blog ini ya.

Wassalam. Semoga kita sentiasa dirahmati. Amin