.

Saturday, October 11, 2014

Bolehkah pesakit kanser sembuh?

Selamat Berhujung Minggu
 
Aku jarang post topik berkenaan kesihatan aku. Kerana aku malas nak fikir yang aku ada penyakit. Tetapi semakin lama aku sudah terima hakikat yang aku memang berpenyakit dan wajib bersyukur kerana masih sihat.
 
Ramai orang bertanya pada aku,
 
"sihat? Dah sembuh ya..?"
"..kanser tu dah takde kan? "
 
Aku kadang-kadang malas nak terangkan. Jadi aku terus cakap "sihat, sudah sembuh, Alhamdulillah"
 
Dalam istilah perubatan sebenarnya aku masih kategori Remission atau terma bahasa melayu nya ialah Remisi.
 
Remisi untuk Kanser bermaksud, pengurangan atau kehilangan tanda-tanda/gejala kanser. Dalam remisi separa (Partial Remission), sesetengah tanda, (tetapi tidak semua), gejala kanser tersebut telah hilang. Dalam remisi lengkap (Complete Remission), semua tanda-tanda/gejala kanser telah hilang, walaupun kanser mungkin masih berada di dalam badan.
 
Walaubagaimanapun, ketika seseorang berada dalam peringkat remisi, mungkin terdapat sejumlah sel kanser yang mikro yang mana tidak dapat dikenalpasti dengan petscan contohnya. Ini bermaksud, walaupun seseorang berada dalam remisi, kanser mereka mungkin berulang pada masa-masa akan datang.
 
Sebenarnya aku sendiri tidak pasti kondisi remisi yang tepat untuk badan aku. Yang pasti tumor telah berhenti membesar dan diameternya mengecut semenjak aku menjalani kimoterapi dan radioterapi. Aku diberitahu oleh doktor yang merawat aku setiap kali aku ke hospital pakar di ibu negeri, bahawa aku masih diperingkat remisi dan bukan sembuh (cure).
 
Doktor kadang-kadang akan merujuk kepada kadar sembuh 5 tahun, 10- atau lebih tahun. Apa yang doktor kata sebenarnya-kadar remisi 5- atau lebih tahun. Semakin lama masa remisi berjalan, semakin besar kemungkinan anda sembuh, tetapi terdapat juga kes-kes kanser berulang, bertahun-tahun selepas proses remisi. Jadi jika doktor kata terdapat 95 peratus 5 tahun kadar sembuh / remisi untuk kanser tertentu, ia bermaksud bahawa anda mempunyai kemungkinan yang sangat tinggi, tidak mengalami pengulangan gejala kanser sekurang-kurangnya untuk  lima tahun.
 
Oh ya, kadar remisi yang doktor beri untuk aku ialah 5 tahun. 5 tahun selepas rawatan terakhir. Rawatan terakhir aku pada julai 2010 iaitu radioterapi. so anda boleh kira kadar remisi aku bermula julai 2010 julai 2016. Selesai tempoh remisi dan aku disahkan sihat walafiat, maka doktor akan mula memberhentikan rawatan berkala aku di hsopital pakar. Tandanya aku telah sembuhlah. yeehaa
 
yehaaa

Jadi adakah remisi itu merujuk kepada sembuh yang benar-benar sembuh? Secara umum, jawapannya tidak. Sebenarnya, ia hanya merujuk kepada kebarangkalian pengulangan kanser  yang rendah dan kita hanya boleh kata orang itu pada asasnya telah sembuh. Dengan kata lain, bergantung kepada umur, doktor mungkin beritahu anda, kemungkinan mati disebabkan kanser adalah lebih rendah daripada kemungkinan mati disebabkan sesuatu yang lain.

Jika doktor mengatakan kadar remisi anda ialah 10 tahun. Tetapi pada umur dan status kesihatan anda, ada kemungkinan 90 peratus kematian adalah disebabkan penyakit kardiovaskular dalam tempoh masa 10 tahun. Anda boleh mengatakan kanser anda telah sembuh, tetapi anda sebenarnya belum boleh gembira lagi.. uwaaaa

Apabila bercakap dengan doktor anda tentang prognosis (siri rawatan dan keputusan penyakit anda), pastikan anda tahu apa yang doktor maksudkan. Jika doktor menggunakan isitilah SEMBUH, tanya kalau-kalau mereka sebenarnya maksudkan remisi. Jika doktor menggunakan istilah REMISI, tanya sama ada ia Complete Remission or Partial Remission. Dan jika doktor kata mengenai remission lagi, pastikan anda tanya tentang kadar pada 5, 10 atau 20 tahun. 
 
Kefahaman mengenai remission, boleh membantu anda memahami tentang tahap kesihatan anda dengan lebih baik dan merancang gayahidup yang lebih sihat demi masa depan anda.
 
 

aku suka bunga dan taman

Saturday, September 27, 2014

Penjimatan dan Kos Sara Hidup

Semua orang sedia maklum bahawa harga barang tidak akan pernah turun. Ia akan semakin meningkat tahun demi tahun. Namun begitu adakah peningkatan harga barang yang meningkat sama banyak atau setara dengan peningkatan gaji anda?
 
huhuhu banyak kemungkinan jawapan disitu.
 
Bagi aku, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada. Yang penting mesti bijak berbelanja. Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk berjimat.
 
Sebenarnya aku bukanlah kategori individu yang gemar berjimat. Selalunya aku akan habiskan gaji aku untuk apa sahaja yang aku mahu. Aku tidak pernah fikir akan keperluan akan datang. Kerana bagi aku, biarlah aku nak buat apa sahaja dengan gaji aku, bukan boleh bawak mati pun. Umpamanya begitu lah.
 
Tetapi sejak kebelakangan ini aku cuba berjimat. Aku tidak lagi menghantar baju ke dobi. Aku cukup menyampah nak basuh kain dan lipat kain. Secara tiba-tiba aku terfiir berapa banyak duit yang aku beri kepada akak kedai dobi, yang mana duit itu aku boleh simpan untuk kegunaan lain. Rajinlah sikit cik kiah oiii. jangan malas.
 
Tenaga elektrik pun begitu. Aku suka tidur sambil membuka lampu. Aku takut gelap. hehe Sejak akhir-akhir ini aku boleh tidur dengan lampu tetutup kerana aku berasa amann tenteram saja dengan tidur bergelap. Tambahan pula, tidur dengan lampu terbuka, tidak bagus uuntuk kesihatan. Melatonin yang dihasilkan sewaktu kita tidur dalam keadaan gelap membantu membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dari badan kita.
 
Pendek kata, aku agak berjimat sedikit sekarang ini. Barulah nak menyimpan. Tentang makanan pula aku cuba memilih makanan yang lebih berkhasiat. pagi ini sambil membaca berita harian online, aku hanya bersarapan dengan sebiji pisang, epal dan sekeping roti. Alhamdulillah kenyang.
 

 
oh ya, minuman kegemaran aku di waktu pagi ialah teh halia. (kuantiti halia mestilah banyak dan original) pasti angin mudah untuk keluar dan rasa segar sepanjang hari. kuikuikui

Friday, September 26, 2014

Tahap Kesihatan

Tahap Kesihatan Aku

Masih bernafas? ....check
Cukup deria? ....check
Anggota badan semua berfungsi? ...also check
Berselera untuk makan? check

Pasti ramai yang tertanya-tanya. (ramailah sangat    : P)
Bagaimanakah keadaan kesihatan aku sekarang.
ALhamdulillah, sihat wal afiat..

Masih regular checkup di Klinik Pakar Hospital Besar berdekatan.

Tahap kesihatan hati aku pula.

ceria ? .... hmmm check
Bahagia? ......hmmmmmmmmmmm

Definisi Bahagia bagi aku. Aku tak dapat jawab soalan itu. Overall aku okay. Cukup makan pakai.
Hati sahaja yang kurang gembira.

p/s: Tapi aku masih bermain gembira dengan kucing-kucingku.






 

Sunday, May 25, 2014

Be the best of you

Sudah lama aku tidak menulis. Nampaknya blog aku sudah bersawang. Walaubagaimanapun aku tidak sangka, blog aku yang sememeh ini semakin lama semakin ramai yang membacanya. Aku bersyukur kepada Allah jika apa yang aku tulis dapat membantu insan lain atau memberi rujukan kepda orang lain.

Apa yang aku tulis di ruangan profil diriku ini bahawa "semua orang harus berusaha demi kebahagiaan dirinya sendiri" adalah pandangan aku mengenai "bagaimana seseorang itu perlu bertindak didalam hidupnya".

"Kau tidak akan dihormati jika selalu mengharapkan orang lain membantu engkau, memahami engkau."

"kalau ingin berjaya, engkau dulu perlu mulakannya"

Memang kita memerlukan orang lain untuk membantu kita, tetapi itu bukan alasan engkau tidak perlu berusaha. Maknanya disini ratio usaha engkau berbanding bantuan/pertolongan/sokongan orang lain itu seperti nisbah 70:30. ataupun paling tidak pun 50:50.

Dalam sesetengah keadaan agak sukar untuk melakukannya, sebab kita memang perlu orang bantu kita. "give and take" itu penting.

Bagi aku, selagi aku boleh buat sendiri aku akan buat sendiri.

Engkau akan lebih dihormati begini, percayalah..

Selagi hayat dikandung badan, usahalah sehingga ke titisan peluh yang terakhir...

Bergaul lah dengan orang-orang yang bersikap positif.

Aku tahu harga diri aku. Aku diperlukan orang lain. Jadi aku sentiasa berusaha untuk hidup penuh bermakna, jaga kesihatan aku sendiri malah menjaga penampilan. Sakit bukan alasan engkau selekeh dan malas menjaga kebersihan.

Be thankful of what you have,
dont blame others (especially god) cos of what you dont have..
Dont compare yourself with others...
you are what you are..
You are special, you are different,
you're one in the million...
Be great and be the best of you...

Friday, January 31, 2014

Ikhlas


Kekasih.
Ada banyak jenis dalam dunia.
Yang baik ramai. Yang jahat lagi ramai.

Kekasih yang baik;

Tidak kisah latarbelakang engkau.
Tidak peduli jika kau berduit atau tidak.
Tidak minta kau kuruskan badan sebab dia tidak suka kau gemuk.
Tidak pandang rendah pada engkau.
Tidak minta engkau tolong dia atas alasan entah apa-apa.
Tidak ambil kesempatan dengan kekurangan engkau.
Tidak sekali-kali buat engkau rasa bodoh kerana dia rasa dia lagi pandai dari engkau.
Tidak akan sekali-kali buat engkau rasa diri engkau hodoh dan tak layak berpasangan dengan dia.

Kekasih yang seperti ini, Kekasih yang tidak ikhlas langsung.
Dia tidak peduli kalau-kalau engkau mahu akhirat.
Dia tidak peduli.

Jahat;
kerana dia tahu tapi sengaja buat tidak faham.
Seribu alasan akan diberi oleh Kekasih seperti ini.
Lebih jahat lagi apabila dia bilang konon tidak mahu engkau terus terluka.

P/s: Gambar dibawah tiada kaitan dengan cerita di atas.


Pesanan penaja: jangan biar miau anda berkeliaran diluar rumah musim sejuk ini. 


Aku memang tak tahan sejuk akhir-akhir ini,
ditambah dengan cuaca yang sedia sejuk, sembelit, perut tak selesa, mual. 
Mujur doktor explain itu simptom biasa hypotiroid. Menggigil gigil bila nak mandi. 


Lepas mandi terus selubung ngan selimut and guling-guling. Bestnya.


Saturday, January 25, 2014

Tahun 2014

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu..

Agak lama tidak menjengah blok ini dan menulis sesuatu. Banyak perkara perlu diuruskan dan Alhamdulillah, Allah s.w.t permudahkan segalanya.

Tahun baru tanpa sebarang azam baru.
Azam lama masih megnhantui diriku.
Tidak mengapa, pasti aku akan cuba juga tunaikannya.

14.12.13 Adik perempuanku selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya berwalikan adik lelakiku.

 

Sebelum itu aku sangat sibuk menguruskan hal-hal sekolah dan persiapan perkahwinan adikku.




 




Awal tahun 2014 pula kembali sibuk menguruskan hal-hal persiapan awal tahun untuk sekolahku. Takwim, program dan mesyuarat menanti.

Yang penting aku gembira dengan kehidupan aku dan sihat sejahtera. Rakan baik tidak putus putus mengajak diri ini melancong ke luar negara. Aku bilang padanya perlu melihat status kewangan dahulu. huhuhu