.

Saturday, February 4, 2012

Awan Nano

Aku tahu. Itu Tajuk lagu Hafiz yang baru sahaja memenangi Anugerah Juara Lagu Muzik-muzik pada 29 januari yang lalu. Lagu itu dicipta oleh M.Nasir. Lagu itu kedengaran biasa pada awal kemunculannya. Ramai yang tidak tahu maksud nano. Nano ialah pelindung. Nano juga boleh jadi maksud lain iaitu, berselerak. Jadi makna AWAN NANO: Awan Pelindung, Awan yang berselerak? Agaknyalah (correct me if i am wrong). Tetapi berkat lawak Johan yang mendapat naib johan dalam Maharaja Lawak, yang menggunakan Lagu Awan Nano sebagai medium lawaknya ketika itu, LAGU AWAN NANO  secara tiba-tiba menjadi terkenal.  Semua orang mula mencari apakah itu awan nano? lagu siapakah itu? Termasuklah aku. Sementelah lagi muka si Hafiz tu saling tak tumpah muka si Johan. Kan kan.


Maharaja Lawak Jozan


Si Hafiz


"Kembar Hafiz"

Apapun lagu Awan Nano itu sangat terkesan di hati aku. Aku pada asalnya memang tidak ambil pusing dengan lagu Awan Nano ini. Akhir-akhir ini saja hati aku terusik bila mendengar lagu awan nano berkumandang. Awan Nano mengingatkan aku kepada Arwah Ayahku yang baru meninggal dunia pada disember yang lalu. Semasa hafiz menyanyikan lagu ini untuk pertandingan Anugerah Juara Lagu itu, aku menangis. Tanpa henti. Sehingga part persembahan pelajar AF yang menyanyikan semula lagu-lagu dendangan Allahyarham Sudirman, "Salam Terakhir", bertambah-tambah aku punya sedih ini. Lirik lagu ini sangat menyentuh hatiku. Sehinggakan aku terpaksa mengelakkan diri dari mendengar lagu ini supaya orang tidak lihat aku sedang bersedih.

AWAN NANO:HAFIZ
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu