.

Saturday, October 11, 2014

Bolehkah pesakit kanser sembuh?

Selamat Berhujung Minggu
 
Aku jarang post topik berkenaan kesihatan aku. Kerana aku malas nak fikir yang aku ada penyakit. Tetapi semakin lama aku sudah terima hakikat yang aku memang berpenyakit dan wajib bersyukur kerana masih sihat.
 
Ramai orang bertanya pada aku,
 
"sihat? Dah sembuh ya..?"
"..kanser tu dah takde kan? "
 
Aku kadang-kadang malas nak terangkan. Jadi aku terus cakap "sihat, sudah sembuh, Alhamdulillah"
 
Dalam istilah perubatan sebenarnya aku masih kategori Remission atau terma bahasa melayu nya ialah Remisi.
 
Remisi untuk Kanser bermaksud, pengurangan atau kehilangan tanda-tanda/gejala kanser. Dalam remisi separa (Partial Remission), sesetengah tanda, (tetapi tidak semua), gejala kanser tersebut telah hilang. Dalam remisi lengkap (Complete Remission), semua tanda-tanda/gejala kanser telah hilang, walaupun kanser mungkin masih berada di dalam badan.
 
Walaubagaimanapun, ketika seseorang berada dalam peringkat remisi, mungkin terdapat sejumlah sel kanser yang mikro yang mana tidak dapat dikenalpasti dengan petscan contohnya. Ini bermaksud, walaupun seseorang berada dalam remisi, kanser mereka mungkin berulang pada masa-masa akan datang.
 
Sebenarnya aku sendiri tidak pasti kondisi remisi yang tepat untuk badan aku. Yang pasti tumor telah berhenti membesar dan diameternya mengecut semenjak aku menjalani kimoterapi dan radioterapi. Aku diberitahu oleh doktor yang merawat aku setiap kali aku ke hospital pakar di ibu negeri, bahawa aku masih diperingkat remisi dan bukan sembuh (cure).
 
Doktor kadang-kadang akan merujuk kepada kadar sembuh 5 tahun, 10- atau lebih tahun. Apa yang doktor kata sebenarnya-kadar remisi 5- atau lebih tahun. Semakin lama masa remisi berjalan, semakin besar kemungkinan anda sembuh, tetapi terdapat juga kes-kes kanser berulang, bertahun-tahun selepas proses remisi. Jadi jika doktor kata terdapat 95 peratus 5 tahun kadar sembuh / remisi untuk kanser tertentu, ia bermaksud bahawa anda mempunyai kemungkinan yang sangat tinggi, tidak mengalami pengulangan gejala kanser sekurang-kurangnya untuk  lima tahun.
 
Oh ya, kadar remisi yang doktor beri untuk aku ialah 5 tahun. 5 tahun selepas rawatan terakhir. Rawatan terakhir aku pada julai 2010 iaitu radioterapi. so anda boleh kira kadar remisi aku bermula julai 2010 julai 2016. Selesai tempoh remisi dan aku disahkan sihat walafiat, maka doktor akan mula memberhentikan rawatan berkala aku di hsopital pakar. Tandanya aku telah sembuhlah. yeehaa
 
yehaaa

Jadi adakah remisi itu merujuk kepada sembuh yang benar-benar sembuh? Secara umum, jawapannya tidak. Sebenarnya, ia hanya merujuk kepada kebarangkalian pengulangan kanser  yang rendah dan kita hanya boleh kata orang itu pada asasnya telah sembuh. Dengan kata lain, bergantung kepada umur, doktor mungkin beritahu anda, kemungkinan mati disebabkan kanser adalah lebih rendah daripada kemungkinan mati disebabkan sesuatu yang lain.

Jika doktor mengatakan kadar remisi anda ialah 10 tahun. Tetapi pada umur dan status kesihatan anda, ada kemungkinan 90 peratus kematian adalah disebabkan penyakit kardiovaskular dalam tempoh masa 10 tahun. Anda boleh mengatakan kanser anda telah sembuh, tetapi anda sebenarnya belum boleh gembira lagi.. uwaaaa

Apabila bercakap dengan doktor anda tentang prognosis (siri rawatan dan keputusan penyakit anda), pastikan anda tahu apa yang doktor maksudkan. Jika doktor menggunakan isitilah SEMBUH, tanya kalau-kalau mereka sebenarnya maksudkan remisi. Jika doktor menggunakan istilah REMISI, tanya sama ada ia Complete Remission or Partial Remission. Dan jika doktor kata mengenai remission lagi, pastikan anda tanya tentang kadar pada 5, 10 atau 20 tahun. 
 
Kefahaman mengenai remission, boleh membantu anda memahami tentang tahap kesihatan anda dengan lebih baik dan merancang gayahidup yang lebih sihat demi masa depan anda.
 
 

aku suka bunga dan taman