.

Sunday, May 30, 2010

Kopi di dalam hidup ku..


Minuman kopi memang menjadi kegemaran aku sejak aku kecil lagi. Sementelah lagi aku dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut menggemari aroma kopi sewaktu menikmati sarapan pagi mahupun dikala waktu hujan lebat sewaktu dinihari. Amat enak tatkala dinikmati bersama biskut marie mahupun ubi rebus cicah sambal. Kopi juga boleh dinikmati bersama kueh mueh tradisi favorite masing-masing. Jika 'orang putih' ataupun dengan nama lain 'Mat saleh' gemar menikmati kopi bersama kek, biskut atau coklat yang manis,..bagi orang melayu seperti kita, mungkin terasa janggal nak menikmati hidangan yang manis bersama kopi kerana kopi melayu rasanya lebih manis berbanding kopi mat saleh. Kopi mat saleh lebih pahit, maka dengan sebab itu mereka padankan hidangan manis bersama, seperti kek, biskut yang manis ataupun coklat.

Apapun, alasan kenapa kopi itu dipadankan dengan mana-mana jenis hidangan lain, tahukah kita asal usul kopi ini? ha..jangan tau minum sahaja. Mesti tahu sejarah kopi dan bagaimana ianya mula menjadi hidangan barulah kita lebih menghargai serta menikmati rasa kopi itu sendiri.

Menurut sejarah, kopi yang pertama diminum adalah pada abad ke-9 di Etiopia kemudian dari Mesir, Yemen, kopi merebak ke negara-negara arab yang lain. Setelah itu ia mula merebak ke negara Itali, Amerika dan Eropah. Maknanya, kopi diperkenalkan oleh negara Islam.

hmm, tetapi, menurut satu sumber lain melalui pembacaanku di internet, kopi berasal dari afrika, apabila kopi ditemui oleh kambing. Ceritanya begini, sekawan kambing berjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala mendapati kambingnya termakan daun dan biji kopi dalam kuantiti yang banyak. Maka setelah melihat kambing-kambingnya boleh memakan biji kopi, manusia mula belajar meminum kopi sejak peristiwa itu. Menarik kan? hehe [tak pasti sahih ke tidak cerita ini].

Topik hangat mengenai kopi selalunya tertumpun pada kandungan kafein ataupun kesan pengambilan kopi itu sendiri keatas kesihatan manusia. Benar kopi itu, mempunyai anti oksida, yang baik untuk kesihatan. Kajian saintifik telah membuktikannya dan seluruh dunia pun tahu, kopi mempunyai agen anti oksida. Walalubagaimanapun jika diambil dalam dos yang tinggi dan tanpa dikawal, ia tetap boleh menjejaskan kesihatan.

Penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mendakwa kopi, antara minuman paling diminati di seluruh dunia, boleh menyebabkan serangan jantung. Ini berikutan kehadiran bahan kafein dalam kopi yang meningkatkan risiko serangan jantung di kalangan peminum kopi serta kaitan genetik berbanding mereka yang tidak mengambil minuman itu. Tapi aku rasa ini berlaku jika ambil kafein tanpa dikawal. Kafein bukan sahaja ada dalam kopi, minuman bergas dan rokok juga pun ada.

Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Kanimolli Arasu, berkata kesan pengambilan kafein bergantung kepada kekerapan dan jumlah pengambilan bahan itu. Lebih tinggi kesan kepada kanak-kanak kerana saiz tubuh mereka yang kecil. Kafein cepat diserap dan mudah didistribusi kepada seluruh badan dalam masa yang singkat pada kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Penggunaan kopi juga menunjukkan adanya kesan minimum atau tiada kesan, positif atau negatif, pada masalah kanser; bagaimanapun, penyelidik terlibat dalam 22 tahun kajian yang sedang dijalankan oleh Sekolah Kesihatan Awam Harvard menyatakan yang "bagi keseluruhan [penggunaan kopi] adalah lebih tertumpu pada bahagian faedah-faedah berbanding risiko." pelbagai Kajian lain pernah menunjukkan pengurangan-pengurangan ketara dalam risiko-risiko bagi penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, penyakit jantung, diabetes melitus jenis 2, sirosis hati, dan gout. [Sumber:Wikipedia]

hmm..walauapapun fakta tentang kopi yang aku baca, aku tetap akan minum kopi. Aku dan kopi memang tidak dipisahkan. Sebelum berpisah aku ingin utarakan satu penyataan.

"harga secawan kopi melebihi harga satu liter petrol." Hmm Betul kan? hehe

Tak kisah lah..yang penting aku suka minum kopi itu..nak buat macam mana kan..

Monday, May 17, 2010

Bajet yang terlebih


Kerapkali aku berada dalam keadaan bajet yang terlebih.haha

"bajet yang terlebih" bermaksud perbelanjaan yang tidak diperlukan menyebabkan anda kekurangan wang disaat-saat anda memerlukan wang itu.

walaubagaimanapun manusia tidak dapat lari dari kesilapan dan mereka belajar melalui kesilapan itu. iaitu: berbelanja berlebihan. Aku juga begitu. Aku mula buat sesuatu untuk menebusa kesilapan aku ketika mengeluarkan duit untuk berbelanja. Ya, kawan-kawan, kita hendaklah berfikir semasak-masaknya sebelum berbelanja atau ketika membuat hutang. Kita memang tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita pada masa akan datang. Oleh itu berbelanja lah anda dengan bijak. "use your money wisely".

Apa yang aku belajar?

MESTI RANCANG PERBELANJAAN ANDA!
Ok, macam mana nak rancang perbelanjaan anda itu.

Perkara pertama yang perlu anda fikirkan ialah apakah matlamat utama kewangan anda. Atau dengan kata lain, apa yang anda mahu buat dengan anda punya duit lah aney..Tak kisahlah kalau anda ada banyak benda nak buat dengan duit anda itu, yang penting macam mana, bila dan bagaimana anda nak buat supaya tujuan anda tercapai melalui bajet yang anda ada? Pendek kata belanja ikut kemampuan jangka masa pendek, sederhana atau panjang. Senarai pendek barangan,hutang dan bil-bil yang anda perlu langsaika tiap2 bulan ok.

Perkara kedua ialah APABILA BERBELANJA, SIMPANLAH BIL DAN SEMAK SEMULA APA YANG ANDA BELI. Kalau agak-agak ingat apa yang dah dibeli tu, tak perlulah kot simpan bil. MEsti "jejak kasih" semua duit-duit yang anda keluarkan ketika belanja.

Anda belanja untuk apa? penting ke benda yang anda beli tu? kalau anda tak beli ada efek ker?
Paling penting terjejas tak benda-benda penting yang sepatutnya anda belanja, tapi tak dapat sebab beli benda lain? ha.... cek balik.

1) kemana wang anda pergi
2) hutang anda ada berapa beb tiap2 bulan
3) baki duit anda tiap2 bulan berapa?

Perkara ketiga: Kalau agak-agak bajet untuk itu ini, keta umah dan sebagaimana menyebabkan anda tidak ada duit lebih langsung untuk disimpan, silalah semak balik rutin bulanan anda mengeluarkan wang kita berbelanja. Potonglah mana-mana bajet yang tidak diperlukan itu. Mesti ada disiplin dan kesabaran dalam bab ini. Kalau tidak anda akan susah dikemudian hari kerana tidak punya wang simpanan untuk digunakan disaat-saat kecemasan [PENTING!!!]

Perkara keempat: buat pelan perbelanjaan anda sendiri. Rancang simpanan anda. Mula-mula kira jumlah pendapatan bulanan anda. Kemudian kira semua hutang dan perbelanjaan bulanan anda [yang perlu sahaja, termasuk duit makan, minyak dan bil utiliti]. Lastly, simpan sejumlah wang, yang diperlukan untuk menyambut raya, besday ke, nak gi haji ke, gi jepun ke, nak bayar insurans kereta, road tax ker, sukahati lah janji perkara itu penting. Disiplin penting, barulah anda boleh bersuka ria dikemudian hari.. hehe

Barulah anda boleh lega sikit ok..
jangan tambah hutang baru jika rasa anda tidak mampu. :)
selamat mencuba.

Tuesday, May 11, 2010

Dear Friend, Will u come with me to Japan?


Seperti yang kawan-kawanku sedia maklum, aku selalu berangan melancong ke Jepun. Aku harap aku dapat pergi ke Jepun sebelum aku mati. Aku nak sangat pergi Taman-taman Jepun yang dipenuhi bunga Sakura. Ambil gambar puas-puas sambil menghirup udara segar di negara orang. Kalau orang lain pasti mereka lebih suka ke Eifel Tower, US ataupun England. Ataupun Indonesia, China dan Singapura. Kalau aku ada banyak duit, aku nak melancong ke seluruh dunia. Aku Nak tengok semua jenis budaya yang ada di dunia ini. Lepas tu aku nak catat dalam diari "Siri Penjelajahan MEl" hehehe. Banyaklah aku punya angan-angan.

Berbalik kepada cerita melancong ke Jepun, Aku memang menanti kawan-kawanku "say yes" untuk turut serta bersamaku ke Jepun. Ramai antara kawan-kawan memang kaki jalan dan suka melancong sambil mengambil gambar-gambar menarik. Bukan nak shopping pun, hanya nak berada di tempat orang sambil menikmati pemandangan dan pemandangan itu berjaya direkod.

Seorang kawanku bernama Yaya, telah mengajak ku melancong ke Indonesia pada tahun lepas. Disebabkan bajet tidak mengcukupi, aktiviti itu ditangguhkan kepada satu tarikh lain yang akan diberitahu kelak. haha. Seorang lagi kawanku bernama kak reen, bersetuju mengikuti program pelancongan bersama aku dan yaya. Kali ini kami merancang untuk pergi ke China. Pun terpaksa ditangguhkan kerana bajet. bajet bajet tak ada. Yela, masing-masing belum sah jawatan dan gaji pun cukup-cukup je. Masing-masing ada perkara lain yang lebih penting harus diutamakan.

Kali aku merancang untuk pergi ke China pada tahun hadapan jika tiada aral melintang. AKu sudah, mula menabung untuk ke sana. Kawanku yang bersetuju untuk bersamaku ialah yaya. Kami merancang untuk pergi ke China pada bulan jun sewaktu cuti sekolah. Aku harap perancangan kali ini berjaya dilaksanakan. AMin. Mudah-mudahan. Kawan-kawaku yang lain bagaimana? mau ikut tak?

Sunday, May 9, 2010

JAUHI KANSER




Penyakit kanser sudah menjadi perkara biasa hari ini sehingga kita terfikir mungkin kita juga akan menghidap penyakit ini. Dengan penemuan baru yang kanser buah dada, usus besar dan kilang telur berpunca daripada baka, tentu anda akan berfikir tiada apa yang boleh dilakukan, hanya berserah kepada takdir.

Kenyataan ini tidak benar. Para pengkaji di Universiti Harvard, Amerika mendapati hampir tujuh daripada setiap sepuluh jenis kanser tidak ditentukan oleh gene langsung, tetapi ditentukan melalui cara hidup kita. Tiga puluh peratus berpunca daripada merokok, 30 peratus berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat dan kira-kira 10 peratus disebabkan tabiat buruk seperti tidak bersenam.

Oleh yang demikian, jika gaya hidup anda boleh menyebabkan kanser, maka cara anda mengendalikan hidup juga boleh menjauhi penyakit ini. Ikutilah nasihat ini untuk mengurangkan risiko mendapat kanser.

Berhenti Merokok.

Nasihat ini memang mudah disebut tetapi sukar diamalkan. Merokok adalah penyebab terhadap 90 peratus daripada jenis kanser paru-paru dan juga punca kanser mulut, esofagus, pundi kencing, buah pinggang dan pankreas.

Kurangkan Berat Badan.

kajian menunjukkan ada kaitan antara kegemukan dengan kanser. Kaitan paling rapat ialah dengan kanser uterin, kemungkinan kerana lemak yang berlebihan menambahkan jumlah oestrogen dalam darah.

Menurut laporan Harvard 1996 Mengenai Pencegahan Kanser, wanita yang telah berumur 35 peratus melebihi berat yang normal, mempunyai 55 peratus risiko kanser rahim, buah dada, serviks, endometrium, kilang telur dan hempedu; lelaki yang mempunyai berat badan yang sama mempunyai 40 peratus risiko kanser usus besar dan prostat.

Lakukan Senaman.

Senaman dapat membantu mencegah penyakit jantung dan tulang malah ia juga dapat mencegah kanser? Melakukan senaman yang ringan dengan kerap kemungkinan kerana ia membantu membuang bahan kumuh dengan cepat daripada sistem pembuangan dan karsinogen (punca kanser) yang mungkin terdapat dalam makanan.

Senaman juga boleh mengurangkan risiko barah buah dada dan prostat, kemungkinan kerana lemak telah berkurangan. Wanita yang terlibat dengan tugas yang memerlukan pergerakan seperti berjalan dan mengangkat barang kurang mengalami masalah ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah aktiviti sederhana sejam setiap hari seperti berkebun, menaiki tangga adalah aktiviti yang baik.

Makan Sayur-sayuran dan Buah-buahan.

Kompoun yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai psitokemia mempunyai keupayaan mencegah kanser secara semula jadi. Malangnya kajian tidak dapat memastikan jenis makanan yang mengandungi bahan ini. Oleh sebab itu, dicadangkan supaya kita mengambil pelbagai sayuran banyak setiap hari.

Makanan ini dapat mencegah barah kemungkinan dengan mengganggu proses menukar hasil makanan itu menjadi karsinogen.

Serat dalam makanan bijiran dan buah-buahan dan sayuran bersatu dengan estrogen yang dapat membantu membuang horman dari saluran darah sekali gus mengurangkan risiko kanser.

Pengambilan Teh.

Kuasa pencegahan kanser dalam teh datangnya dari flavonoids, iaitu kompaun antipengoksidaan yang terdapat dalam teh hijau dan hitam. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Minnesota terdapat lebih 35,000 wanita yang putus haid mendapati mereka yang minum dua atau tiga cawan sehari, 68 peratus kurang mendapat kanser saluran kencing dan 32 peratus kurang mendapat kanser saluran penghadaman daripada wanita yang tidak minum langsung.

Kurang Makan Daging.

Pakar mendapati ada sesetengah komponen daging yang boleh menyebabkan anggota kita lebih terdedah kepada karsinogen. Itulah sebabnya orang yang kuat makan daging dua kali ganda risikonya menghadapi kanser usus besar dan prostat. Oleh itu, kurangkan makan daging.

Begitu juga dengan cara memasak. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan karsinogen pada daging. Daging itu lebih elok dipanggang dalam ketuhar buat beberapa minit untuk membuang airnya. Kemudian pangganglah seperti biasa.

Jangan Minum Alkohol.

Orang yang minum alkohol terlalu banyak mempunyai risiko yang tinggi menghidap penyakit kanser hati, esofagus (terutama apabila dia turut merokok), usus besar (apabila mereka mempunyai paras asid folik yang rendah) dan kanser dubur.

Sunday, May 2, 2010

Antara hidup dan mati

Aku pernah rasa, bahawa mati itu lebih baik daripada hidup di dunia. Sewaktu aku di tingkatan 3, terlintas di hati kecil ini untuk menamatkan sahaja riwayat hidupku. Habis cerita. Aku tidak lagi perlu bimbang apa yang akan terjadi di masa akan datang.

Kenapa aku tergamak berfikir sedemikian?


Aku punya masalah keluarga yang kronik. Malah aku pegang tanggungjawab sebagai kakak sulung. Aku tiada tempat bergantung. Aku juga malu dengan semua orang. Aku rasa tersangat kerdil dan rendah diri. Aku Pasif di sekolah dan di rumah. Aku kerap murung berpanjangan. Aku selalu tertekan dengan kerenah mak tiri aku. Macam-macam lagi masalah tak habis. Kawan-kawan aku pun ada yang faham. Tapi mereka tak tahu keseluruhan. Aku tak boleh nak cerita semua, kerana ada antaranya membuatkan aku berasa malu dengan mereka. Aku sentiasa rasa, akulah orang paling malang dalam dunia ni. Orang disekeliling pula, aku rasakan kurang menyokong. Lebih suka menyindir dan merendah-rendahkan aku dan keluarga. Aku nak saja cakap, yang aku tak mintak dilahirkan ke dunia. Aku berasa keluarga aku ni pincang dan tak normal macam keluarga orang lain. Aku tak dapat apa yang aku nak. Aku kena jadi tabah selalu dan tunjuk pada orang lain yang aku kuat dan mesti jaga adik-adik aku dengan baik. Kesalahan adik-adik aku, kesalahan aku juga. Seawal sekolah rendah lagi aku kena pandai-pandai jaga diri, dan keluarga. Aku kena kemas rumah dan masak. Aku kena pastikan adik-adik aku cukup makan dan dapat kasih sayang aku. Aku penat.

Aku rasa aku sangat penat. nak je aku lari jauh2. pergi kemana-mana saja tempat yang tak ada sorang tahu, dan tiada siapa yang akan kenal aku. Ya, aku nak mati. Mati lagi baik. Pemikiran aku cetek masa tu, takda pedoman, hilang tempat nak mengadu. Aku keseorangan menghadapi hidup yang penuh dugaan. Tak da sapa yang hulurkan tangan nak membantu. Masing-masing dengan hal masing-masing.

Aku belajar bahawa manusia ni pentingkan diri sendiri. "kau nak hidup, kaulah yang bangun, tak ada sape boleh bantu". "Kau jatuh, orang pandang je, kau jangan harap orang nak hulurkan tangan" "Pandai-pandailah nak hidup"

Mudahnya fikir untuk mati. Tak semudah itu. AMAL DAH CUKUP KE? SAPE NAK DOAKAN AKU ESOK? aku tak ada anak lagi. mujur je aku ni cikgu, anak murid ramai. anak murid yang ramai tu yang akan tolong aku nanti. Sekurang-kurangnya jika ditakdirkan Allah s.w.t. tarik nyawa aku sekarang aku masih punya ilmu yang aku beri pada anak murid aku. Buat bekal kat kubur esok. [macam cukup je]

Allah sudah cukup adil dengan aku. Dia tunaikan banyak permintaan aku. permintaan untuk ke universiti. Adik-adik aku juga boleh berdikari. Aku mampu sediakan banyak benda untuk keluarga aku. Aku dapat pekerjaan yang baik. Aku buat ayah aku bangga. Apa lagi aku nak?

Tapi Dia tarik kesihatan aku. Dia bagi aku yang lain, tapi Dia tarik yang lain juga.

Sekarang aku mengerti dan tahu menghargai nyawa. Senangnya fikir untuk mati. [ish ish ish]

janganlah aku mengalah sebelum mencuba..

Aku mesti tenang dan bersabar. Ada sebabnya Dia bagi aku dugaan yang berat. Aku akan berusaha supaya aku dapat hidup lebih lama. Aku akan berusaha agar aku dapat hidup bahagia dan gembira selagi aku masih bernafas.





"kau lain, kau cikgu bolehlah..."

satu lagi ayat yang membengangkan aku apabila mendengarnya,,
"KAU LAIN, KAU CIKGU BOLEHLAH..." ataupun
"KAU TAKPE,..KAU PANDAI.."
"KAU TAKPE,. KAU MASUK UNIVERSITI"

Ingat senang ke nak masuk u?
Ingat senang ke aku nak jadi cikgu?
Ingat senang ke aku dapat apa yang aku ada hari ini?
Apa, aku meniru ke masa peperiksaan?
Aku pakai orang dalam ke untuk jadi cikgu?

Aku memang hangin tahap cipan
nak je aku kata-
"sapa suruh tak belaja rajin2 dulu?"
"habis aku jadi cikgu salah aku lah...?"

Cakap banyak pon tak guna...
Bukan orang faham..
Kalau nak cerita macam mana aku susah payah semasa belajar, dari aku kecil hingga dewasa,..sampai esok, lusa pun tak habis...