Kopi di dalam hidup ku..


Minuman kopi memang menjadi kegemaran aku sejak aku kecil lagi. Sementelah lagi aku dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut menggemari aroma kopi sewaktu menikmati sarapan pagi mahupun dikala waktu hujan lebat sewaktu dinihari. Amat enak tatkala dinikmati bersama biskut marie mahupun ubi rebus cicah sambal. Kopi juga boleh dinikmati bersama kueh mueh tradisi favorite masing-masing. Jika 'orang putih' ataupun dengan nama lain 'Mat saleh' gemar menikmati kopi bersama kek, biskut atau coklat yang manis,..bagi orang melayu seperti kita, mungkin terasa janggal nak menikmati hidangan yang manis bersama kopi kerana kopi melayu rasanya lebih manis berbanding kopi mat saleh. Kopi mat saleh lebih pahit, maka dengan sebab itu mereka padankan hidangan manis bersama, seperti kek, biskut yang manis ataupun coklat.

Apapun, alasan kenapa kopi itu dipadankan dengan mana-mana jenis hidangan lain, tahukah kita asal usul kopi ini? ha..jangan tau minum sahaja. Mesti tahu sejarah kopi dan bagaimana ianya mula menjadi hidangan barulah kita lebih menghargai serta menikmati rasa kopi itu sendiri.

Menurut sejarah, kopi yang pertama diminum adalah pada abad ke-9 di Etiopia kemudian dari Mesir, Yemen, kopi merebak ke negara-negara arab yang lain. Setelah itu ia mula merebak ke negara Itali, Amerika dan Eropah. Maknanya, kopi diperkenalkan oleh negara Islam.

hmm, tetapi, menurut satu sumber lain melalui pembacaanku di internet, kopi berasal dari afrika, apabila kopi ditemui oleh kambing. Ceritanya begini, sekawan kambing berjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala mendapati kambingnya termakan daun dan biji kopi dalam kuantiti yang banyak. Maka setelah melihat kambing-kambingnya boleh memakan biji kopi, manusia mula belajar meminum kopi sejak peristiwa itu. Menarik kan? hehe [tak pasti sahih ke tidak cerita ini].

Topik hangat mengenai kopi selalunya tertumpun pada kandungan kafein ataupun kesan pengambilan kopi itu sendiri keatas kesihatan manusia. Benar kopi itu, mempunyai anti oksida, yang baik untuk kesihatan. Kajian saintifik telah membuktikannya dan seluruh dunia pun tahu, kopi mempunyai agen anti oksida. Walalubagaimanapun jika diambil dalam dos yang tinggi dan tanpa dikawal, ia tetap boleh menjejaskan kesihatan.

Penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mendakwa kopi, antara minuman paling diminati di seluruh dunia, boleh menyebabkan serangan jantung. Ini berikutan kehadiran bahan kafein dalam kopi yang meningkatkan risiko serangan jantung di kalangan peminum kopi serta kaitan genetik berbanding mereka yang tidak mengambil minuman itu. Tapi aku rasa ini berlaku jika ambil kafein tanpa dikawal. Kafein bukan sahaja ada dalam kopi, minuman bergas dan rokok juga pun ada.

Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Kanimolli Arasu, berkata kesan pengambilan kafein bergantung kepada kekerapan dan jumlah pengambilan bahan itu. Lebih tinggi kesan kepada kanak-kanak kerana saiz tubuh mereka yang kecil. Kafein cepat diserap dan mudah didistribusi kepada seluruh badan dalam masa yang singkat pada kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Penggunaan kopi juga menunjukkan adanya kesan minimum atau tiada kesan, positif atau negatif, pada masalah kanser; bagaimanapun, penyelidik terlibat dalam 22 tahun kajian yang sedang dijalankan oleh Sekolah Kesihatan Awam Harvard menyatakan yang "bagi keseluruhan [penggunaan kopi] adalah lebih tertumpu pada bahagian faedah-faedah berbanding risiko." pelbagai Kajian lain pernah menunjukkan pengurangan-pengurangan ketara dalam risiko-risiko bagi penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, penyakit jantung, diabetes melitus jenis 2, sirosis hati, dan gout. [Sumber:Wikipedia]

hmm..walauapapun fakta tentang kopi yang aku baca, aku tetap akan minum kopi. Aku dan kopi memang tidak dipisahkan. Sebelum berpisah aku ingin utarakan satu penyataan.

"harga secawan kopi melebihi harga satu liter petrol." Hmm Betul kan? hehe

Tak kisah lah..yang penting aku suka minum kopi itu..nak buat macam mana kan..

Comments

aisehhh, ko punya entri nih buat aku telan air liur jer...kopi o panas dgn ubi rebus cicah sambal perghhhh, best giler masa makan waktu hujan....:)
Maya said…
hehe...jom minum kopi diwaktu ujan..huhu besttt tuh

Popular Posts