.

Wednesday, June 15, 2011

i am sad


anak murid ku EP 2

hmm aku nak cerita satu kisah anak murid aku ni.. kenapa aku bila dengan budak perangai lain sikit.. aku sebenarnya garang. tapi dengan budak2 aku cair sikit lah.. hehehe..

biasalah dalam sekolah mesti ada yang palingggg nakal, palinggg pandai, palingggg lembapp.. dan palingggg macam2 lagi. sebagai guru aku tidak boleh beri gelaran macam ni kat murid.. tapi sebab aku nak cerita,, anggap jelah off record.. hhehe

anak murid aku sorang ni palinggg lembap. tapi, tapi, tapi... dia palinggg rajin.. memang budak ni pemalas. Pernah makan penampar gak ngan cikgu lain. Pasal geram sangat pemalas nak buat kerja sekolah.. Cuma, budak ni kalau cikgu minta tolong, dia orang pertama ke hadapan, dia pon selalu menggunakan ayat yang sopan bila berkomunikasi dengan guru. 

Selain itu, budak ni pon antara yang palinggg nakal kat sekolah. Ada buat kes jugaklah. Memang selalu ngadap aku, cikgu konseling. Famili? hmm famili okay,,cuma budak ni kurang kasih sayang sikit. Kadang-kadang bila dengan budak kita tak boleh nak guna kekerasan. Dorang suka nak memberontak dan balas balik hukuman dan denda yang diberi oleh guru. 

Tapi zaman sekarang ni susah nak jumpa budak yang nakal tapi rajin, nakal tapi sopan, nakal tapi alim. Banyak yang di skolah nakal, tapi di rumah baik nak mampos depan mak ayah... *tu yang sakiit jiwa tu nak settle. 

Budak ni selalu doakan aku cepat sihat. Macam mana aku tahu? aku tengok muka dia aku dah tahu dah.. dia pon ada hubungan baik dengan cikgu lain. Ramai cikgu mengadu kat aku budak ni rajin buat kerja lain selain kerja sekolah.. hahaha..  Walaupun dia lembap, dia diterima masuk ke sekolah teknik. Kan? doa cikgu. Sebab walaupun dia bodoh, tapi dia respek cikgu dan rajin tolong orang. 



Ini surat dia kat aku. Aku pernah terserempak dengan dia kat hospital. Terkejut dia tengok aku kurus keding. Masa tu dia jaga abangnya yang sakit sebab eksiden motor.  hari2 dia jaga abang dia walaupun abang dia selalu pukul dia kaw2..baik kan budak ni.


Luahan hati seorang guru

owh.. aku tidak pernah cerita bagaimana aku boleh terjebak dengan kerjaya guru ini. 

Panjang ceritanya, tapi jangan risau. aku pendekkan. 
Begini, bulan ogos 2007 sewaktu aku baru 3 bulan bekerja (baru keluar u) aku dicadangkan oleh kawan2 baik agar memohon untuk menjadi guru  bagi ambilan KPLI (kursus perguruan lepasan Ijazah). Tetapi waktu itu , ambilan KPLI dah tutup, yang ada cuma DPLI (diploma Perguruan Lepasan Ijazah). Seperti yang umum sedia maklum, KPLI ialah untuk sekolah rendah dan DPLI sekolah menengah. 

Terus terang aku cakap, waktu itu aku memang tak berminat langsung untuk memulakan kerjaya seorang guru ni. AKu saja gatal cuba-cuba. Kemudian aku dapat panggilan menjalani peperiksan. Hmm aku lepas ujian tu, kemudian aku dapat panggilan temuduga pula, yang pilihan pertama aku ialah guru pendidikan seni. 

Aku minat seni lagi berbanding kaunseling. Akhirnya aku mendapat panggilan untuk menjadi guru kaunseling dan aku perlu berkursus selama hampir setahun di UIAM. Demi masa depan, aku terima lah kerjaya baru aku itu dan cuba untuk belajar suka dan cinta kerjaya ini. Masuk alam sekolah, aku ditempatkan di sekolah kategori luar bandar dan Sekolah Agama bantuan kerajaan. Kalau aku kata bantuan kerajaan tu, faham-faham lah kondisinya bagaimana. Kurang murid, kurang guru, kurang fasiliti, kurang dana dan segala-galanya kurang derr...

Pon begitu, aku positif saja. ALmaklumlah guru baru bersemangat waja. Asalnya memang aku mahu cuba saja menjadi guru, tetapi setelah aku tengok muka budak2 yang suci murni tu aku makin suka dan sayangkan kerjaya aku. 

Aku ditakdirkan jatuh sakit selepas 6 bulan posting. Semasa 6 bulan pertama mengajar geografi dan pendidikan sivik, anak-anak murid aku ni ada lah yang nakal. biasalah budak, adalah yang malas dan degil. Aku sabarrr je.  Bila aku masuk hospital kali pertama, semua anak murid aku tanya aku mana tak nampak2 kat sekolah. Cikgu lain bagitahu la aku di hospital. Masing-masing sibuk minta no.tel and nak minta alamat spital. Nak melawat kononnya. Cikgu-cikgu tak bagi, sebab mereka ni budak lagi, susah nak ke bandar. Jadi mereka pakat-pakat buat kad ucapan ramai2 minta tolong cikgu lain kirim kat aku. 


Bila aku ke sekolah semula, nampak je kelibat kereta aku, yang sedang belajar kat dalam memandang2 la aku kat luar ni, kalau cikgu tak ada, dorang ramai2 serbu aku tanya keadaan aku.. yang ada cikgu sedang mengajar pon, berhenti sebab anak murid takleh nak fokus tgk aku kat luar kelas. Maka cikgu tu pon berkata, 


"hah..pergilah jumpa cikgu kamu tu,,, salam dan cium tangan dia...."


Korang rasa lah.. kalau korang jadi aku.. apa agaknya perasaan korang? Aku jadi sayang kat budak2 ni. walaupun aku tak kahwin lagi dan takda anak sendiri, aku selalu bahasakan "anak2" kat anak murid aku tu.. Aku buat dorang macam anak sendiri.. bukan macam "kawan"... kalau macam "kawan" nanti dorang pijak kepala and tak hormat kita.. 




ini antara kad ucapan anak murid aku..ada lagi banyak..nanti aku tunjuk..huhuhu rajin and kreatif masing2..

Tuesday, June 14, 2011

anak murid ku EP 1

Terlalu banyak cerita nak dikongsikan. Memang pelbagai kerenah remaja zaman sekarang dan ada antaranya buat aku rasa sayu dan pilu melihat mereka begitu tabah mengharungi zaman persekolahan seperti zaman aku muda2 dulu. 

Bukan semua perkara di sekolah membuat hatiku gembira tetapi aku dah sebut sebelum ini. Dan aku rasa aku dah ulang banyak kali, aku suka dan cinta kerjaya aku ni. Sukar, tapi aku berusaha tanpa jemu walauapapun pandangan orang terhadapku,

Setiap kali aku rasa sedih dan tension, aku aku mencari kelibat salah seorang anak murid aku yang sorang ni. sekarang dia tingkatan 3. Bakal menjalani peperiksaan PMR. Pelajar ini sangatlah sopan santun dan baik pekertinya. Jauh beza dengan pelajar lain. Dia bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan berpendidikan. Dia sangat menjaga tutur kata dan penampilannya sentiasa kemas dan bersih. Dia juga tidak mengikut mana-mana trend atau fashion remaja terkini. Bak kata orang, "skema" ler. Tapi aku sangat suka pelajar ini. Setiap kali aku memandang kelibatnya, hati ini rasa sejuk. Emosi yang pada asalnya ingin berasa marah dan melepaskan geram tetiba sahaja hilang sedikit demi sedikit. Yelah anak murid bukan semua nya perangai macam angel. Aku bersyukur ada anak murid macam dia.

Setiap kali berjumpa aku mesti dia akan sapa aku dan bertanya aku sihat atau tidak. Jika dia melihat aku batuk dia akan kata
"cikgu, cikgu rhatlah cikgu..cikgu dah makan ubat belom?"
"Cikgu sabar ye, saya selalu doakan cikgu sihat dan murah rezeki.."

Kalau aku dah lama tak de bayang kat sekolah (cuti sakit), pelajar ini akan segera mencari aku untuk bertanyakan keadaan aku. 

Pelajar ini juga selalu mengimamkan pelajar sewaktu solat dan berkebolehan membaca doa untuk majlis-majlis serta cemerlang akademik dan kokurikulum. Manalah cikgu-cikgu tak sejuk hati. Walaupun seluruh ahli keluarganya sangat kontra tingkahlaku dan budi pekerti dengan pelajar ini, hingga aku hampir tak percaya dengan realiti sebenar yang dilalui oleh pelejar ini bersama keluarganya.