.

Saturday, June 30, 2012

Menu Sarapan Pagi: Style Aku

Dalam dua bulan kebelakangan ini aku gemar sarapan roti perancis Gardenia. ala yang ade bijiran kat roti dia tu... ha..yang cepat habis tarikh luput tu.. huhuhu



Roti ni lebih baik dari roti putih kerana tinggi kandungan serat. yelah aku kan dah tua.. makan pun mkanan orang tua gak la.. Roti putih sesuai untuk kanak-kanak atau remaja. untuk kucing pon okay gal. itupon kalau kucing korang berselera BESAR PUNYA..  ada kucing yang suka makan roti gak tau.. terutama kucing kampung. semua jenis makanan nak bedal



Disebabkan kekerapan aku membawa roti ini ke sekolah semua rakan-rakan guru turut serta mencuba penangan roti perancis ini. Kemudiannya aku melihat mereka juga turut membeli roti yang sama hahaha.. tapi membahasakan roti itu nama aku. huhu 

"hari ni nak makan roti maya la.."
"maya, rini kitorang makan roti engkau..."  sewel tol dorang ni.

jenama apa kegemaran aku? mestilah gardenia.. lagi mau tanya. Aku tau banyak brand lain di pasaran. tapi aku dah makan roti ni sejak aku kecik lagik. Arwah bapak aku yang ajar pastu dia pon memang suka roti Gardenia.. Aku macam tak boleh makan brand lain la..



sesuai dengan logo dorang, "you can even eat it on its own" memang aku suka makan macam tu je.. termasuk roti perancis tu. Nak sedap sikit aku selalu cicah air kopi ker, nescafe ker. 



buat pertama kalinya, pagi tadi aku sapu garlic butter kat roti aku.. sedap gak.. huhu


Kalau korang nak diet, roti memang sesuai sangatlah untuk korang..cepat kenyang dan tahan dalam jangka masa yang lama tau..cubelah rasa,, sedap...





Thursday, June 28, 2012

Yang Tertinggal

Dalam terang menyorok si gelap
Gelap yang kelam
Kelam yang sentiasa ada

Kelam itu menjelma
Coba menguasai
Terang tiada hirau
Kelam gigih mencari arah
Menghalau semua sisa mentari

Lalu bertebaran si malam menjelma tanpa terang
lanjut ke pagi,
kembali keesokan hari,
Dan saat malangnya
Kelam kembali
Membuang siang disisi

Sehingga akhir
Tidak kelihatan sedikitpun berbaki
Kerana mungkin ada Yang Tertinggal



Mungkin tuhan masih ingin uji. masih belum izin lagi.

Sunday, June 24, 2012

Tanya sama Pokok

Lama sungguh tidak menulis. Macam biasa alasan aku ialah sibuk.. dah memang aku sibuk, nak buat macam mana. Aku benci melihat kawasan rumah aku yang bersemak samun dan tiada bunga.

gambar 1: bukan srumah aku. huhu

Aku takut nak tanam nanti mati pokok tu.. Sebab ketidak pastian diriku yang akan menyiram setiap hari.
tapi aku teringin benar nak tegok pepohon hijau dan bebunga pelbagai color kat rumah aku ni. Tiap hujung minggu aku mesti tak duk rumah. pergi umah adik aku atau berjumpa kawan2. takpun kursus atau program sekolah. Hari2 biasa lak pagi jangan harap aku boleh siram. sebab aku mesti lambat.... huhuhu

Pendek kate aku memang bukanlah orang yang rajin nak jaga n siram pokok... lagipun aku sorang aje duduk umah ni. dulu abah ada, terjagalah jugak pokok2 kat rumah. sekarang semua semak and yang dlam pasu dah mati pon....

apa yang boleh memotivasikan aku supaya menanam dan menjaga pokok2 ngan baik? hmmm...... Tanya sama pokok...