.

SENARAI IMPIAN

Memandangkan aku tidak pasti jangka hayat hidupku ini dapat bertahan sampai bila..maka aku telah menyenaraikan perkara-perkara yang aku akan buat dan teringin nak pergi sebelum aku hilang dari dunia ini. Ada antaranya mungkin sedikit sukar untuk dilakukan tapi aku akan berusaha supaya aku dapat lakukan kesemuanya.

Pertama: Aku teringin pergi ke Jepun. Aku sudah memasang impian ini sejak aku di sekolah menengah lagi. Aku terpengaruh dengan bunga sakura, kimono, anime dan Glay. Aku juga suka menikmati pemandangan Taman-taman Jepun serta budaya bekerja yang diamalkan mereka. Aku tidaklah suka benar hendak ke Tokyo. Tetapi jika disanalah aku boleh ke Muzium Glay, memang aku nak pergilah. Aku juga sangat sukakan kimono dan aku nak beli fabrik kimono tu buat baju kurung,..ok tak? haha



Pemandangan di Jepun sungguh mengasyikkan. Aku sebenarnya lebih terdorong nak mengambil gambar-gambar menarik di sana nanti. Kalau pergi sendiri tak seronok kan. Aku harap dapat pergi bersama dengan keluarga ataupun kawan-kawan baik aku

Alangkah bahagianya dapat berkelah dibawah pokok sakura ketika musim bunga...mesti cantek kalau ambil gambar..Tetapi, yen sangat lah mahal. Tah tercapai ke tidak hajat aku nak melancong ke Jepun. Aku sikit pun tak tertarik nak ke UK atau US. Kalau Rom, Italy aku nak jugak lah. Sebab aku nak tengok kawasan tinggalan sejarah disana. Di Italy, aku teringin nak pergi venice beb. Bandar venice yang dalam air. Menarik tu.

Kedua: Aku teringin beli rumah idaman. Aku masih duduk menyewa. Aku tak nak lah menyewa seumur hidup. Aku nak juga rasa ada rumah sendiri. Lepas tu suka hati aku lah nak decorate macam mana pon. Dari luar rumah sampai lah ke dalam rumah, hatta hiasan tandas sekalipon aku ambik kira. hahaha. Masalahnya, aku belum dukup duit lagi. Rumah macam mana pula yang aku nak? kalau boleh biarlah selesa. Ada ruang taman, dan cukup untuk semua ahli keluarga aku tinggal. Hmm.Besar sikit kot.

Rumah aku mestilah dekat dengan pantai. Rumah aku luas dan warnanya sejuk mata memandang. Ada hiasan bunga mati dan hidup. Banyak pokok kat luar rumah. ADa gaya klasik moden. Banyak kusyen dan bantal kecik. Ada tv yang besar serta dilengkapi audio system yang canggih. Kat dapur mesti ada speaker 2 biji. Ada juga satu ruang khas kedap bunyi untuk jamming. Kat luar rumah ada ruang parking  yang luas cukup untuk 3 biji kereta. hehehe. Banyaklah aku punya 3 biji kereta yer..


Ketiga: Aku teringin nak pakai kereta volkswagen beetle yang klasik tu. Aku tak pernah mimpi nak pakai kereta ferrari ataupun BMW. Yang aku nak sangat hanyalah Beetle, Beetle, Beetle.. Dapat satu yang kaler merah, alangkah bahagianya. AKu akan dapatkan jugak satu hari nanti. Ada ke yang auto ek? haha

Keempat: Aku nak ada gitar eletrik sendiri siap dengan amp sekali. Sekarang ni bukan aku tak boleh beli, tapi kalau nak beli, beli yang bagus terus. Yang bagus mestilah mahal sikit. Duit aku nak pakai buat kesihatan dulu. Jadi tak dapatlah nak beli. hehe. Nantilah..tungguuu...