Pesakit Limfoma : Perkembangan Terkini 2022

Alhamdulillah

Segala puji bagi Allah SWT.

Aku masih sihat walafiat

Semakin berisi. 

Gembira. MasyaAllah. 

Selepas pandemik berlaku, aku dan suami sibuk mengurus keluarga dan kerja.

Aku telah discharge Klinik Pakar Haematologi. Alhamdulillah..Doktor kata tiada tanda-tanda kanser di dalam badan. Doktor cuma maklum aku perlu segera ke hospital jika ada tanda.

Aku kini hanya ada suami. Suami hanya ada aku. Kami sama - sama ada antara satu sama lain. Dia telah kehilangan bapa sewaktu remaja. 2019 kehilangan ibu pula. Aku telah hilang ibu sejak dulu. Bapa pula pada 2012. 

Aku tak tahu Allah SWT beri jodoh aku sebegini rupa (alhamdulillah). 

kerana dulu...punyalah aku ni trauma nak cari pasangan. 

Kerana yang dulu suka ambil kesempatan.

Buat anda yang single. Jangan putus doa. Jangan rendahkan maruah dan harga diri semata-mata nak cepat kahwin  atau "takut dengan apa orang kata". Yang nak kahwin anda. Yang senang dan susah nanti anda juga. Bukan mereka. Oleh itu "Stay Calm and be happy".

P/s: Oh ya, sewaktu pandemik aku telah mendapat Vaksin Pfizer dan booster Pfizer juga. Tiada perubahan ketara setakat ini. (kesan Vaksin) Syukur.


 suamiku





Comments

Popular Posts