.

Friday, July 23, 2010

Hari pertama bersekolah


AKU DAH MULA BEKERJA SEMULA. AGAK SELESA DAN TENANG SETELAH LAMA BEREHAT. NAMUN SETELAH KU LIHAT FAIL YANG BERTIMBUN DI ATAS MEJA, HATIKU MULA RUNGSING.

AKU MULA SEDAR BEGITU BANYAKNYA LIABILITI AKU PADA SEKOLAH. AKU SEMAK FAIL2 YANG TIDAK TENTU ARAH SUSUNANNYA ITU, AKU LAP DAN KEMAS MEJA AKU YANG DAH BERHABUK UMPAMA TIADA PENGHUNINYA ITU, KEMUDIAN AKU JUMPA GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK, (KONON NAK BERTANYA APA YANG AKU TERLEPAS PANDANG SEMENJAK KETIADAAN AKU DI SEKOLAH).

MEMANG. MEMANG BANYAK YANG MENANTI AKU UNTUK DILAKSANAKAN. AKU JUMPA SEMULA MURID2 KESAYANGAN UNTUK MEMBANTU MEREKA MENGHADAPI DUNIA INI. AKU RANCANG SEMULA AKTIVITI SEKOLAH DAN BERUSAHA MENAMBAH SEBERAPA BANYAK PROJEK YANG AKU MAMPU. YEAH AKU BOLEH. AKU HARAP AKU BOLEH HABISKAN KESEMUANYA SEBELUM CUTI PENGGAL AKHIR NANTI. :)

Thursday, July 15, 2010

i'm just haven't met him yet!

Kita semua mengidam pasangan yang sempurna lahiriah dan zahiriah.
Aku percaya semua orang mahu berkahwin dan mempunyai kehidupan berkeluarga yang baik. Aku juga begitu.
Mau cari pakwe memang senang.
Mau suami, itu yang payah. Perkataan suami itu sudah cukup berat di dengar.
Apatah lagi orang yang menggalasnya pula, bukan calang-calang.

Perkahwinan mengikut pandangan mata aku ialah indah dan suci. Barang Siapa yang tidak mahu berkahwin tanpa sebarang sebab munasabah tak layak jadi umat Nabi Muhammad S.A.W. Perkahwinan di zaman serba moden hari ini, banyak berlandaskan nafsu semata tanpa mengira latar belakang orang yang dikahwini, tujuan berkahwin dan syarat pernikahan dalam Islam.

Banyak pasangan berkahwin tanpa berfikir panjang dan bercerai tanpa berfikir panjang juga. [Pasangan sewel terbabit, wajar diberi bebelan tanpa henti sebanyak 24 jam sehari, selama 7 hari berturut-turut.]

Banyak juga perempuan yang berkahwin, memberikan sepenuh hidupnya kepada lelaki, menderita kerana terlalu percayakan suami. [lelaki tak boleh pakai, satu sen tak guna]

Banyak juga pasangan yang berkahwin tidak seperti sudah berkahwin. Ikut perangai sewaktu bujang [tak puas hidup bujang, masih muda katanya...][Muda acik lu, kalau dah kahwin buat cara dah kahwin, ..]

Banyak juga pasangan yang memilih berpoligami, tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan saksama. [Lelaki:"bini muda aku lagi best, bini tua apa ada, cakap banyak aku kahwin lagi"] [Perempuan:"bini tua laki aku tu bodoh, laki aku mesti sayang aku lebih punya"]

soalnya, kenapa aku tidak berkahwin lagi. Adakah aku:

A. Berhati-hati dengan lelaki
B. Takut diambil kesempatan
C.Menanti pasangan yang sekufu
D. Kesemua diatas

Aku memilih E.Kesemua diatas. hahahah

I was here but, where are you?



Aku nak orang yang macam mana ye?
yang besau ker? yang garang ker? yang simple jer ker?
Atau yang stylo? hahah


Aku teringin menaip surat cinta,
tapi hendak diberi kepada siapa ya? hehe..

Kalau aku masih belum jumpa pasangan yang sekufu dengan aku, macam mana aku nak berkahwin? Itu syarat penting dalam Islam. PASANGAN YANG SEKUFU.
Agamanya, Latar belakang keluarganya, Pendidikannya, Hartanya, Rupanya,..
Perlu setara dengan aku, jika tidak nanti mungkin ada masalah dalam perkahwinan. Masalah itu biasa. Tapi masalah yang luar biasa itu bagaimana?

Aku seboleh-bolehnya ingin elak pasangan yang muda dari aku, yang tidak punya kerja tetap, kurang berpendidikan dan tidak punya wawasan dalam hidup, pemalas, kehidupan keluarganya tunggang langgang, dan miskin hati.

Contoh jika aku berkahwin dengan pasangan yang muda

Aku=matang, bekerja, fikir masa depan, berjimat,
Dia=manja tak bertempat, boros, malas, nak enjoy lebih, tiada disiplin
Akibat: gaduh sepanjang masa...

Contoh jika aku berkahwin dengan pasangan yang kurang berpendidikan tinggi, gaji lagi rendah daripada aku.

Aku=tiada masalah nak bayar bil
Dia="yang, tolong bayarkan bil abang, bulan ni short sikitla"
Aku="Gaji abang?"
Dia="abang beli rim baru bulan lepas, hutang dengan saiful tu..bulan ni bayar kat saiful tulah.."
Aku="kereta saya bayar, rumah saya juga, barang dapur pun saya..abang? duit rokok abang je lepas."
Akibat=gaduh sepanjang masa. Masalah duit akan timbul. mula-mula mestilah kata tak kisah. cuba dah bertahun-tahun, laki naik lemak semua bini tanggung, bini pun asyik pertikai jek, laki tak tahan, bini pun dah tak tahan, akhirnya cerai...apa kes?

Lelaki zaman sekarang banyak yang suka ambil kesempatan. Cari perempuan yang berduit. Lihatlah disekeliling anda. Mesti ada diantara rakan-rakan anda yang seperti ini. Dipergunakan lelaki. Sayang punya pasal, apa pun dah tak nampak. Contohnya macam aku ini, cikgu. Memang ramai yang nak kenal, tapi nak kenal sebab aku cikgu. Sebab status aku, bukan diorang kenal aku sangat pun. Cikgu punya pasal, sanggup nak berkenalan walaupun rupa aku tak menarik.

Aku ni suka dengar lagu bising. Lagu rock pulak tu. dia boleh tahan ke. Aku suka tengok cerita cina. Kat rumah tu cong ceng cong ceng je bunyi TV ku. Boleh tahan ke?Nak suruh aku masak, boleh, tak da hal. Nak suruh aku menggoreng gitar pun boleh. Cuba kalau aku mintak dia ajar aku mengaji? boleh tak ajar? ha...kantoi da situ. Pasal aku ini bolehlah mengaji Al-Quran, boleh baca tulisan jawi dengan lancar. Taranum ngan Tajwid tu jer tak lepas. Kalau dapat suami yang pandai mengaji tak ker best di situ. Takkan aku yang nak mengajar dia pulak. Terbalik ler. Lagi satu, aku kan ke sakit. Masih dalam tempoh rawatan. Rawatan yang tiada penghujungnya. Bersedia ke Dia pikul tanggungjawab? Tahan ker nanti? Ulang alik hospital je dah satu hal. Hmm

Akhir kata, aku sentiasa memohon kepada Allah s.w.t supaya diberikan jodoh yang baik untuk aku dan terima aku seadanya. Paling penting sekufu. Aku juga mohon Dia jauhkan aku dari jodoh yang akan menyusahkan aku. Aku rela tidak berkahwin jika Dia jodohkan aku dengan pasangan yang tidak baik. Amin.

Tuesday, July 13, 2010

Bisnes Tambah Bajet!

Memang.., memang, walaupun ada gaji, tapi masih tak mengcukupi. Adakah aku yang terlebih berbelanja? mungkin juga. Aku memang banyak hutang nak dibayar. Mujur saja gaji cikgu tiap-tiap tahun naik. Tapi aku mesti buat sesuatu untuk tambah pendapatan aku ni cik senah oi..

Kawan baik aku yaya sudahpun start berbisnes. Menjual pakaian. Aku juga berminat dalam bidang pakaian ni. Almaklum sahajalah. Aku ulang balik ayat aku dari post-post terdahulu, "Aku ni kan memang suka berfesyen" hahaha. Maka, dengan itu hendaklah aku mencari ruang melakukan bisnes dengan bantuan adik perempuan aku yang juga gile fesyen. Biasalah, kakak borek, adik rintik.

Aku tau. Mesti korang bersuara" kakak dengan adik sama je".
Weh..tak sama tau.. lain..muka jer dah lain.hehehe

APa pun, aku memang nak menjual pakaian sebagai pendapatan sampingan. Harapan aku mendapat sambutan. Aku harap dapat tackel budak kolej dan pelajar antarabangsa sekitar Kolej Lagenda. Aku kena cari supplier baju yang murah, cantik dan terkini sekali di rantau ini.

ni contoh brochure aku..tunggu..
Support aku yer kawan-kawan...