.

Tuesday, July 13, 2010

Bisnes Tambah Bajet!

Memang.., memang, walaupun ada gaji, tapi masih tak mengcukupi. Adakah aku yang terlebih berbelanja? mungkin juga. Aku memang banyak hutang nak dibayar. Mujur saja gaji cikgu tiap-tiap tahun naik. Tapi aku mesti buat sesuatu untuk tambah pendapatan aku ni cik senah oi..

Kawan baik aku yaya sudahpun start berbisnes. Menjual pakaian. Aku juga berminat dalam bidang pakaian ni. Almaklum sahajalah. Aku ulang balik ayat aku dari post-post terdahulu, "Aku ni kan memang suka berfesyen" hahaha. Maka, dengan itu hendaklah aku mencari ruang melakukan bisnes dengan bantuan adik perempuan aku yang juga gile fesyen. Biasalah, kakak borek, adik rintik.

Aku tau. Mesti korang bersuara" kakak dengan adik sama je".
Weh..tak sama tau.. lain..muka jer dah lain.hehehe

APa pun, aku memang nak menjual pakaian sebagai pendapatan sampingan. Harapan aku mendapat sambutan. Aku harap dapat tackel budak kolej dan pelajar antarabangsa sekitar Kolej Lagenda. Aku kena cari supplier baju yang murah, cantik dan terkini sekali di rantau ini.

ni contoh brochure aku..tunggu..
Support aku yer kawan-kawan...


2 comments:

cikgu siti hazreen said...

wah, dah nak berbisnes kawan aku ni...tahniah! aku sokong ko :)

MeL said...

thank you very much kakak! :)