.

Sunday, June 27, 2010

Berfesyen? i say, go VINTAGE!


Apa itu fesyen vintage? hmm..cuba
tengok gambar ini...

Ini gambar Audrey Hepbum yang hidup pada awal 1930an. Kalau ditanya fesyen vintage tu macam mana, pasti terbayang muka Audrey yang kiut ni takpun terbayang muka Saloma.


kalau orang kata fesyen lama, ya, betullah itu vintage. Vintage: pakaian "preloved" ataupun yang sudah dipakai era 1920an hingga 1980an. Tapi, wujud lagi ke baju-baju zaman atuk nenek kita dahulu? Ha, tak semestinya korang kena godek almari nenek korang semata-mata nak go vintage punya pasal. Pakaian ala VINTAGE banyak djual sekrang dimana-mana butik pakaian mahupun shopping mall dengan harga berpatutan. Tak semstinya korang kena curik baju nenek korang ok..


Ada orang tidak kisah dengan baju apa yang mereka pakai untuk keluar malam ataupun bersiar-siar. Ada pula orang yang terlampau kisah dengan baju yang mereka pakai di luar mahupun di dalam rumah. Apapun, apa sahaja baju yang aku pakai dan aku suka nak pakai, kalau orang lain nak komplen, ada aku kisah? haha. Walaupun aku seorang cikgu, aku sangat suka berfesyen, dan ini sangat difahami oleh rakan-rakanku yang lain.

Jap, bukan baju vintage tu seksi ke? takla sangat..walaupun aku bertudung i still can go vintage what...Lihat saja fesyen vintage dibawah ini..korang boleh pakai inner and tudung yang plain untuk matching dengan outfit vintage yang dipilih... :)



Hehe.....harapan aku post aku tentang vintage fesyen menjadi inspirasi korang untuk berfesyen..jangan korang geledah almari nenek korang pasni sudah...





Dress kiut kat atas ini daripada designer: Jezmine Blossom...Salah seorang pereka fesyen vintage Malaysia yang berjaya menarik perhatian selebriti..Bubye..selamat berfesyen!

Saturday, June 26, 2010

Tolong Jangan Sihir Aku, Keluargaku dan Kawan-kawanku


Siapa sangka dalam dunia serba moden, masih ada manusia yang jahil lalu menggunakan jalan singkat yang ditawarkan oleh syaitan untuk ke neraka jahanam. Bukan mereka tidak tahu perbuatan menyihir itu salah dan dilaknat oleh Allah s.w.t, tapi hati yang penuh hasad dan dengki mengatasi segalanya. Kemahuan setan diturutkan.

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

Ilmu hitam yang dapat diamalkan masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  1. Melindung diri
    1. Kebal
    2. Perubatan
  2. Mendapatkan kelebihan
    1. kesaktian
    2. Pengasih - Sejenis ilmu hitam yang dapat membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap seseorang.
    3. Perapun
    4. Gagah
    5. Perangsang
    6. Penderas
    7. Pukau
  3. Mengawal/Memusnahkan musuh
    1. Penunduk: Digunakan untuk menundukkan orang lain seperti nasi tangas untuk menundukkan suami.
    2. Tuju - Jampi-jampi yang membuat orang sakit. Juga menggunakan alatan lain seperti telur layang (telur yang telah dijampi) untuk menyakiti orang dan boleh membawa maut.
    3. Pelalai
    4. Cuca - Jampi yang boleh menundukkan musuh atau yang dapat mengubati luka.
  4. Meramal masa hadapan
  5. Alimun


Sihir yang diamalkan boleh dikelaskan menurut beberapa kelompok seperti berikut:-

  1. Saka - Menggunakan jin/shaitan - kadam, toyol, datuk, suruhan, roh orang mati, hantu dll.
  2. Azimat
  3. Menggunakan mentera,jampi, serapah - ayat-ayat tertentu.

Mereka yang merawat sihir biasanya melalui beberapa kaedah atau cara:-

  1. Menggunakan ayat-ayat suci
  2. Menggunakan kuasa dalaman atau tenaga batin
  3. Menggunakan bantuan makhluk halus lain.

Pengamal perubatan Melayu yang merawat mangsa sihir boleh digolongkan kepada beberapa bahagin seperti:-

  1. Pawang -
  2. Dukun -
  3. Bomoh -
  4. Orang alim - melalui penggunaan ayat-ayat Al Quran

Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah/alam dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah.

Kedua-dua mazhab Sunni dan Shiah melarang penggunaan sihir. Di dalam aliran Sufi bagaimanapun terdapat konsep "barakah" yang merujuk kepada "rahmat" atau "kuasa Tuhan" yang diberikan kepada orang alim. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan jin bagi tujuan yang baik seperti dalam perubatan dengan bantuan dari ayat Quran dan doa. Mazhab Wahhabi bagaimanapun melihat segala penggunaan jin atau makhluk halus walaupun untuk tujuan baik sebagai syirik.

[Sumber: Wikipedia]

Terlalu banyak kisah yang kudengar mengenai sihir ini dikalangan ahli keluarga dan sahabat handai. Antaranya ada yang meninggal dunia dan menderita kerana sihir durjana oleh manusia yang tidak punya akal! Sama-samalah kita melindungi jiwa dan hati daripada terjebak dengan sihir. Ayuh amalkan doa ini.

Doa Menghindari Sihir Dan Ilmu Hitam


Maksudnya: "Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, adalah sihir. Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakan-Nya kepadaku). Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang melakukan kerosakan. Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa."
(Surah Yunus: 81-82)

Khasiat dan kaifiat beramal

Caranya ialah dengan membacakan ayat-ayat ini bersama ayat ke 118 hingga 121 surah al-A’raaf dan ayat ke 69 surah Taha kepada bekas yang mengandungi air.

Kemudian air itu disiram ke atas kepala orang yang terkena sihir itu. (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 81-82 surah Yunus

[Sumber:../doa-menghindari-sihir-dan-ilmu-hitam.html & rabiahnuursyifa.blogspot.com/.-addawiyah.blogspot.com/.../doa-menghindari-sihir.html]