.

Sunday, March 25, 2012

Men with a lots of women friends

Persepsi aku terhadap lelaki demikian.

Kadangkala aku rasa perkara itu (lelaki yang mempunyai ramai kawan perempuan) adalah normal. Kadangkala membuatkan aku konfius. Kadangkala aku rasa perkara itu adalah satu penipuan. Banyak artikel-artikel digoogle mencadangkan supaya tidak mempercayai lelaki sedemikian, iaitu lelaki yang mempunyai ramai rakan wanita. Walaupun puas dicanang oleh mereka bahawa semua perempuan tersebut ialah hanya kawan sahaja dan tidak lebih dari itu. Maka lebih baik menjauhi saja lelaki seperti itu. 


Lelaki seperti ini *menurut google, kebanyakkannya tidak gemar berterus terang. Apa punca yang menyebabkan mereka tidak berterus terang? kemungkinan besar mereka menyimpan rahsia yang tidak mahu diketahui kita. Ada juga yang membela mereka dengan berkata mereka -lelaki sebenarnya jujur dan hanya bersikap melindungi. Mereka-lelaki, mungkin tidak mahu memberi harapan dan melukai hati perempuan. Betulke? Apa buktinya?

Ada juga yang maklumat memberitahu, bahawa lelaki yang mempunyai ramai kawan perempuan adalah untuk mengisi masa lapang kerana mereka tidak mempunyai teman wanita atau dengan kata lain masih single.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan aku, lelaki yang mempunyai ramai rakan wanita, akan membuatkan aku rasa kurang selesa, kerana aku cenderung berasa curiga. Perasaan curiga akan bertambah apabila mereka mencipta alasan untuk berjumpa rakan-rakan wanita tadi dan kurang berterus terang apabila bersama aku. Nanti, soalan yang selalu wujud dalam kepala aku ialah; apa beza aku dengan kawan-kawan perempuannya?

Masa Tambahan

Tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan masa tambahan pertandingan bola sepak Piala Malaysia mahupun UEFA.


Aku sangat berharap adanya masa tambahan selain masa 24 jam yang tersurat di dunia ini. Sebab aku rasa begitu tidak lain dan tidak bukan kerana masa sentiasa mencemburui aku ini. Mesti tak cukup saja. Kerja makin banyak. Rehat makin kurang.


Tak apalah.. anggap je amal jariah. Aku masih sempat berlari dari sekolah ke jusco nak sebab nak jumpa kawan-kawan baik aku..huhu quality time bersama kawan-kawan memang tidak ternilai..


Sunday, March 18, 2012

MAC spirit!

Yer..aku tau dah lama jugak tak update blog. Ini disebabkan kesibukkan aku dengan aktiviti sekolah dan kekangan masa. Semua orang tahu aku kuat tidur. Aku cepat letih. Fuh.. Nasib baik kawasan sekolah aku ni kecil. Tempoh aku nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat tidaklah mengambil masa yang lama.

*gambar: bukan koridor sekolah aku.

Apapun kerja sekolah aku sekarang makin bertambah. Semua orang sedang memerhatikan hasil kerja aku dan menunggu masa untuk memberi komen.


*ps: apa pandang-pandang?? huhu

Aku tidak gentar sedikit pun kerana aku bersedia. Aku sihat sekarang dan harap bertambah sihat supaya aku boleh sambung belajar.


Cari ilmu lebih untuk meluaskan pemandangan dan menambah cara bagaimana hendak menguruskan SESUATU dengan lebih baik. Sesuatu itu apa? huhu rahsia.