Men with a lots of women friends

Persepsi aku terhadap lelaki demikian.

Kadangkala aku rasa perkara itu (lelaki yang mempunyai ramai kawan perempuan) adalah normal. Kadangkala membuatkan aku konfius. Kadangkala aku rasa perkara itu adalah satu penipuan. Banyak artikel-artikel digoogle mencadangkan supaya tidak mempercayai lelaki sedemikian, iaitu lelaki yang mempunyai ramai rakan wanita. Walaupun puas dicanang oleh mereka bahawa semua perempuan tersebut ialah hanya kawan sahaja dan tidak lebih dari itu. Maka lebih baik menjauhi saja lelaki seperti itu. 


Lelaki seperti ini *menurut google, kebanyakkannya tidak gemar berterus terang. Apa punca yang menyebabkan mereka tidak berterus terang? kemungkinan besar mereka menyimpan rahsia yang tidak mahu diketahui kita. Ada juga yang membela mereka dengan berkata mereka -lelaki sebenarnya jujur dan hanya bersikap melindungi. Mereka-lelaki, mungkin tidak mahu memberi harapan dan melukai hati perempuan. Betulke? Apa buktinya?

Ada juga yang maklumat memberitahu, bahawa lelaki yang mempunyai ramai kawan perempuan adalah untuk mengisi masa lapang kerana mereka tidak mempunyai teman wanita atau dengan kata lain masih single.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan aku, lelaki yang mempunyai ramai rakan wanita, akan membuatkan aku rasa kurang selesa, kerana aku cenderung berasa curiga. Perasaan curiga akan bertambah apabila mereka mencipta alasan untuk berjumpa rakan-rakan wanita tadi dan kurang berterus terang apabila bersama aku. Nanti, soalan yang selalu wujud dalam kepala aku ialah; apa beza aku dengan kawan-kawan perempuannya?

Comments

Popular Posts