DISEBALIK TABIR



Ini website pertama aku. Tiada niat untuk mengexpose diri, cuma meluahkan rasa isi hati. Harapanku melalui web ini, memberi inspirasi ke pada ramai individu di dunia ini. Peace (^^,)v


Sebenarnya, tanpa kita sedari banyak perkara yang telah berlaku sepanjang hidup ini. Jika kita seorang yang teliti dan tidak mahu ia berlalu begitu sahaja, kita mungkin akan mencatatkannya di dalam diari sebagai ingatan. Namun berapa ramai pula yang rajin menulis diari pada zaman teknologi ini?


Mungkin sebahagian orang gemar menggunakan kaedah klasik iaitu tulis saja di dalam buku. Sebahagian lagi, lebih gemarkan yang moden, iaitu blog, web, laman sosial mahupun email. Hmm terpulang pada individu, yang penting anda punya kenangan untuk dikongsi bersama orang lain.

Popular Posts