Perubatan Tradisional atau Moden?

Seringkali pesakit seperti aku ditanya.

1) Apakah suplemen yang aku ambil
2) Pernahkah aku melakukan prosedur kimoterapi
3) Adakah aku mengamalkan perubatan tradisional



Aku sebenarnya adalah kategori individu yang percaya dengan perubatan moden. Pun begitu tidaklah pula aku menolak perubatan tradisional contohnya pemakanan melalui tumbuh tumbuhan dan akar kayu. Cumanya jika perubatan tradisional itu aku khuatir ianya belum diuji keberkesanannya maka aku ragu ragu sikit nak makan. Aku agak skeptikal dengan semua jenis bahan yang akan dimasukkan dalam badan aku ini. Aku sangat berharap lebih banyak ujian dibuat dengan bahan-bahan alami ini yang sesuai untuk pengubatan penyakit kanser. Dan kemudian ianya diakui oleh badan perubatan dunia dan digunapakai di hospital-hospital. Tinggi harapan aku ini. Yang ada sekarang aku kurang yakin. Doktor pula tidak syorkan.

Diawal waktu aku mula sakit, aku ada usaha untuk berubat melalui ustaz. Cuma aku sedih ada antara mereka mendakwa aku "dibuat" orang. Pengalaman ini aku ada cerita disini. Ini disebabkan, aku bersangka baik dengan orang disekeliling aku. Aku berasa, siapalah yang dajal aku yang tidak punya apa-apa ini. Apalah yang mereka akan peroleh?. Jadi aku tidak rasa aku "dibuat" orang pun.

Aku lebih mahu ke hospital. Memang agak memakan masa untuk doktor melakukan ujian dan mengenal pasti jenis penyakit aku. Apatah lagi aku hanya ke hospital kerajaan. Pada waktu aku mula tidak selera makan. mata kuning dan jari-jari aku menunjukkan tanda penyakit, ada juga aku klinik swasta. Itupun doktor suruh aku ke hospital besar buat pemeriksaan lanjut. Tanda penyakit memang ada. Tanda aku "dibuat" orang yang tiada.

Rujuk sini jika ingin tahu anda diganggu atau tidak.
https://jalanakhirat.wordpress.com/2012/10/11/41-tanda-dalam-badan-anda-ada-jin/

Jadi, aku yakin dan pasti aku tidak diganggu atau dibuat orang. Aku memang sakit.

Ada orang mencadangkan agar aku berubat dengan ustaz sahaja.
Ada yang mencadangkan pergi ke Homeopati.
Ada yang mencadangkan terus ke hospital.
Ada yang mencadangkan buat sahaja semuanya. yang penting ikhtiar.
Akhirnya aku pilih hospital.
Aku, (aku bercerita tentang diri aku) percaya doktor boleh beri aku jawapan konkrit tentang penyakit aku dan aku bersedia untuk duduk lama di hospital.

Mungkin ada yang tidak sependapat dengan aku. Perubatan moden ialah salah satu ikhtiar.

Satu lagi, apabila aku sakit, ramailah orang yang mencadangkan segala macam jenis ubat atau makanan tambahan untuk memulihkan kanser. Harganya mak datuk, beratus-ratus mungkin cecah ribu jika diambil secara berterusan.

Aku bukan orang kaya. Walaupun aku sakit aku masih berasa yakin aku tidak perlu membeli ubat beratus-ratus itu. Aku hanya mengambil ubat hospital kerajaan sahaja. Aku tidak ada ambil suplemen lain langsung. Aku bimbang dengan bahan yang masuk dalam badan aku. Sehingga kini pun aku cuma ambil vitamin c dan habbatus sauda.

Aku pelik dan hairan dengan orang marketing yang syorkan aku beli produk diorang dan bercerita dengan penuh yakin pesakit kanser sudah ambil dan sembuh. Sedangkan mereka sendiri tidak ambil ubat itu??

Aku sebenarnya berharap bekas pesakit kanser sendiri datang beritahu aku yang mereka sudah ambil ubat tersebut dan membantu mereka.

Mungkin ada pesakit kanser yang sembuh melalui ubat ubat sedemikian namun aku belum lagi jumpa depan mata. Lain orang lain pula cara mereka untuk mengubat diri mereka sendiri. Bila kita dah sakit, apa sahaja yang orang syorkan kita cenderung untuk ikut dan turut. Terutama apabila yang syorkan ialah ahli keluarga sendiri atau pun mungkin doktor.

Aku ada beberapa kenalan yang consume ubat A. Tapi kesemuanya meninggal dunia. Ubat A sangat terkenal dan mahal pula harganya. Yelah, dah ajal mereka. Macam aku cakap tadi, lain orang lain lah caranya dan pilihannya. Mereka memilih untuk makan ubat itu dan tuhan lebih sayangkan mereka.

Cuma bagi aku, aku tidak memilih ubat yang dijual oleh syarikat mlm. atau dijual melalui internet, yang mana aku tidak pasti telah diuji atau tidak. Malah kelulusannya pun diragui. Status ubat ini juga makanan tambahan bukannya ubat. Dengan harga beratus-ratus ringgit. Jika ada yang ingin mencuba sebagai tanda usaha, terpulang. Itu pilihan masing-masing.

Aku ingin melakukan semua prosedur mengubat kanser di hospital kerajaan. Apa sahaja nasihat doktor aku tidak terima bualt-bulat. Jika tidak tahu aku tanya. Aku baca. Aku cari maklumat. Aku cari kawan yang sama-sama sakit macam aku untuk kongsi pengalaman dan idea. Itu pilihan aku.

Tradisional atau moden, kedua duanya sesuai untuk pengubatan penyakit. Cuma kita kena berhati-hati agar tidak terkena penyakit lain pula bila mengambil ubat yang tidak diketahui keberkesannya. Sebagai hamba Allah s.w.t, kita wajib berusaha dengan akal. Melihat dari semua sudut dengan pengetahuan dan maklumat yang cukup untuk membuat satu-satu keputusan.

Comments

Insan Kerdil said…
Salam..sy nk tnya apa kelainan pd xray puan yg membawa pd penyakit ni..sbb sy nk tau sy tgk xray sy ada putih kt bwh dan pernafasan sy kdg2 sempit.. tp Dr yang cek xray sy masa sy kena denggi mggu lps..dia kta xde ape2..tp sy takut..sy bru 26 yahun belum kahwin..
Maya said…
wsalam, akk tk dpt jwb soalan adik tu. doktor kesan pykit akk melalui xray dn kesukaran bernafas juga.utk kebaikan adik sila pergi klinik utk pemeriksaan. Buat full medical checkup.doa yg baik baik. ok.
Insan Kerdil said…
Dr kta sy akn ada appointment lain utk wat citiscan bln 10 nanti.. sgt lama.. sy tkut klu betul mcm sakit akak ni yg sy baca dr pengalaman org lain dkt blog diorg.. ada yg buat kimo tp kemudian meninggal stahun kemudian..ada yg tak buat kimo sbb effect dia kn ubt kimo musnahkan semua sel x kira kanser ke sel lain..pstu mahal.. kna kuarantin 6 bln..katanya bleh bg tekanan tp dia buat rawatan altenatif lain.. tp akak plk buat kimo.. hampir pulih.. klu sy x pandai nk buat keputusan.. mintak dijauhkan tp sy kna bersedia jgk dgn apa2 kemungkinan..huhu
Maya said…
adik jgn risau. pi swasta utk cityscan. cepat sikit. rawatan apapun tak jad klu cpt putus asa dan tiada sokongan ahli keluarga. yang penting semangat. rawatn alternatif pon pakai duit jugak, hospital pon sama. masih ramai yang survive dik wlupun ada cancer. bincang dgn ahli keluarga dan baca maklumat yang sah. mungkin buku atau research. maklumat yang betul dan sahih dari journal medical ke contohnya..
Insan Kerdil said…
This comment has been removed by the author.
Insan Kerdil said…
This comment has been removed by the author.
Insan Kerdil said…
Dr suspek sy kanser paru2.. nk buat scan kt swasta mahal kena byr..x mampu.. Usaha mtk HKL bg tarikh lebih awal je..
Imah said…
Hi Insan Kerdil,
Jangan risau sangat. Mungkin doktor ada sebab yang kukuh untuk pust for CTscan sampai bulan Okt.
Saya dulu pun buat chemo, tak diasingkan, tak dikuarantinkan pun. ALhamdulillah sepanjang chemo saya sehat. Bertambah berat badan lagi. 6 bulan selepas chemo saya disahkan mengandung. Anak sihat dan sempurna, InsyaAllah. Point saya, reaksi setiap orang berbeza- beza, jangan takut dengan apa yang belum tentu.Pertimbangkan apa yang terbaik untuk diri sendiri. Yang lain Allah tentukan.
Insan Kerdil said…
Sy x fikir sgt dh pun psl ni..lps denggi tu rsa mcm kna cucuk jarum smpai blkg tp sakit tu kjap je..2,3 hari ilang la.. sbb sy dh search mcm2 kt tenet psl paru2 jumpa mcm2 penyakit jd sy pun dh mls nk pikir hehe.. sy x sakit pn..jadi sy tunggu scan bln 10 jela.. akak ni kanser ape?
Insan Kerdil said…
Sy x fikir sgt dh pun psl ni..lps denggi tu rsa mcm kna cucuk jarum smpai blkg tp sakit tu kjap je..2,3 hari ilang la.. sbb sy dh search mcm2 kt tenet psl paru2 jumpa mcm2 penyakit jd sy pun dh mls nk pikir hehe.. sy x sakit pn..jadi sy tunggu scan bln 10 jela.. akak ni kanser ape?
Unknown said…
Maya beli habatus sauda yg macam mana ye? Sbb banyak sangat habas kat pasaran yg kita jumpa.
Unknown said…
Maya beli habatus sauda yg macam mana ye? Sbb banyak sangat habas kat pasaran yg kita jumpa.
Maya said…
alinsyirah.. saya beli mcm mcm jenis. apa shj pon boleh. kapsul ada, yg original biji pun ade..ikut mood sy.. ;)

awak jaga suami baik baik.. stay strong.. if he is happy, he will be better. believe me. i know



Unknown said…
Sy pun baru dpt tahu sy ada lymphoma mggu lepas. Sy nk tny, masa sakit ni mmg demam panas berpanjangan ke? Sbb sy da penat mkn panadol.. Antibiotik masa warded pun da byk mkn. Tp, demam x kurang..demam tu yg buat sy rasa lemah.
Maya said…
Maaf lewat reply

ya siti norhayati, saya sering demam. tak baik-baik pulak tu. di situ baru doktor dapat trace penyakit saya. batuk dan demam berpanjangan kerana imun sistem dah lemah akibat sel kanser. Saudari siti stage berapa? saudari buat rawatan apa? saya doakan saudari segera sembuh. Amin. Sabar ya. Semuanya ada hikmah. Allah s.w.t sayang kan kita ;)
zuhairi noordin said…
Testimoni pesakit kanser yang menggunakan produk Jutawan Herbs yang berjaya sembuh dengan harga mampu milik

Nama:adik Muhd Haziq
Kanser Hodgkin Lymphoma tahap 4

Nama: Anak Pn Rashidah
Kanser Leukimia

Nama:Haji Ahmad Hasnal
Umur:49tahun
bengkak Prostat

Nama:Pn Syarifah
Kanser Paru-paru tahap 3

Nama:En Sukrizal bin Idris
Batu Hempedu

Nama:Che Amat
Kanser Usus tahap 2

Nama:Muhd Aidil Izzat
Kanser Burkit Lymphoma,B cell Phenotype tahap 4

Nama:En.Iskandar Bin Abu Serah
Ulser Lidah

Puan Baiti Jannati
Kanser payudara


Puan Faridah (anak sakit)
Kanser paru-paru tahap 3

Nama:Pn Kalsom
Jenis kanser:Gout

Nama:Pn Mazli (cucu sakit)
Jenis kanser:Leukimia Acute ALL B CeLL

Nama:Mohd Hamdan
Jenis kanser:Virus kencing tikus

Nama:Pn Nor Sabariah
Jenis kanser:Payudara dan Asma

Nama: Amirah(Puan Zuraini-ibu)
Jenis Asma

Nama:Pn Hani(anak sakit)
Jenis Asma kronik

Nama:En Mohd Asri Bin Ahmad
kanser usus tahap 2

Nama:Pn Arbaayah
Sirosis hati tahap 3

Nama:Muhd Luqman Bin Kamaruzaman
Jenis kanser: Kanser Gastrointestinal stromal tumor,spindle type,high grade tahap 4 dah sembuh


Nama Nor Hayati Abdul Hamid
Kanser payudara tahap 4 akhir dah sembuh

Nama Mohd Syafwan Syafiy Bin Mohd Hishamuddin
Kanser Leukimia Acute Lymphoblastic ALL tahap 3 dah sembuh

Nama:Pn Noraini Yusof
Jenis kanser: Kanser payudara tahap 3 dah sembuh

Nama:Pn Zalina Ismail
Jenis kanser: Kanser payudara agresif dah sembuh

Nama:Muhd Afif Aksha Bin Maruan
Jenis kanser:Kanser Lymphoma tahap 2 dah sembuh

Nama:Muhd Ilham Md Mazri
Jenis kanser:Kanser Leukimia B cell acute lymphoblastic dah sembuh

Nama:Mohd Syafwan Syafi
Jenis kanser: Kanser Leukimia chronic lymphocytic tahap 3 dah sembuh

Nama:Pn Zainani Azra
Jenis kanser:Kanser payudara positif hormon tahap 3 dah sembuh

Nama:En Ab Kadir Bin Ismadi
Jenis kanser: kanser paru-paru tersumbat kronik copd

Nama:En Sharizal Bin Taib
Jenis kanser: kanser Lymphoma B cell tahap 4 dah sembuh


Nama :Suzana Binti Ahmad
Jenis Kanser :kanser Rahim tahap 4 dan kanser lidah tahap 4 dah sembuh

Nama: Siti Fauzilah bt Hj Abdullah
Jenis Kanser: Kanser hidung tahap 4

Nama:Norizah bt Mohd Nor
Jenis Kanser:Kanser Payudara jenis hormon tahap 2

Nama:Anazilah bt Said
Jenis Kanser: kanser payudara tahap 2 dah sembuh

Nama:Hafifah bt Arshad
Jenis kanser: Kanser payudara tahap 2 dah sembuh

Nama :ABDULLAH
Jenis kanser: kanser Nasopharyngeal Carcinoma tahap 4 dah sembuh

Nama: En gmail udup
kanser Nasopharyngeal Carcinoma (NPC). tahap 4 dah sembuh

Nama: MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHAMAD ALIFF HAIQAL anak kepada puan Noasliza binti Ismail
kanser Nasopharyngeal Carcinoma tahap 4 merebak ke otak dah sembuh

Nama: Muhammad akmal rizal bin cik omar
kanser Nasopharyngeal Carcinoma tahap 2 dah sembuh

Nama NOR AZIAN BINTI MOHD SARIF
Kanser payudara triple negative tahap 2 dah sembuh.


Sekiranya anda berminat nak tahu lebih banyak testimoni daripada pesakit yang sudah sembuh selepas mengambil jus ini, anda boleh menonton video-video di Youtube channel Jutawan Herbs , di blog jus infiniti Jutawan Herbs dan kami pun ada group whatsApp pesakit kanser, untuk berkongsi pengalaman dan rawatan.😊
Hubungi atau whatsApp sy dengan segera,
Mohd Zuhairi pengasas Jutawan Herbs
017 468 7570

Insya Allah kita rawat sampai sembuh

Popular Posts