DIA
Aku lihat dia kat hospital
Dia lihat aku kat hospital
kami sama-sama nak berkenalan
Biasalah, sama-sama berpenyakit
Terfikir perihal sakit masing-masing
Dia biasa sahaja
Tak terlampau tinggi, tak rendah juga
Macam agak keding pun ada
Tapi aku lihat menarik sahaja
Sms dan telefon pengganti diri
Hospital tempat janji temu pertama
Sukar berjumpa, masa cuti kami berbeza
Peminat kereta
Autoshow, drag racing dan seumpama dengannya
Modified kereta adalah kegemarannya
Aku sebenarnya kurang selesa
Seakan membazir lagaknya
Bila aku kata "saya suka shopping"
Dia kata "membazir juga"
Jadi aku pun kata
"Buat lah apa yang awak suka"
Jangan kacau aku sudah ler
Dia sengih sahaja
Pon begitu dia dan aku ada persamaan
Sama-sama kaki jalan bersama kengkawan
Meluangkan masa dengan kawan-kawan tercinta satu kemestian
Apa yang pasti, kami
Sama-sama berusaha
mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan bahagia
Comments