.

Thursday, August 11, 2011

Waktu paling sesuai "meminta" kepada Allah s.w.t


Selaras dengan tanggungjawab insan berharap sesuatu kepada Allah.Allah SWT telah meletakkan beberapa waktu yang dianggap waktu-waktu yang paling diberkati dan dimakbulkan permintaannya oleh Allah. Pada waktu-waktu itu insan digalakkan untuk memohon,berharap kepada Allah dengan perkara-perkara yang baik serta meminta belas kasihan dan keampunan dariNya.InsyaAllah, Allah akan memakbulkannya.Walaubagaimanapun perlu dingatkan bahawa terdapat syarat lain yang perlu dipatuhi agar doa kita itu diterima Allah dengan seadanya iaitu jangan kita menyekutukan Allah(menyamakan Allah dengan apa-apa pun seperti mencari Tuhan lain selain Allah) serta wajib bagi kita membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT.
Berikut adalah senarai waktu-waktu yang diberkati akan doanya oleh Allah SWT:
  • Ketika waktu hujan
  • Ketika mahu membuat kebaikan
  • Ketika berda dalam kesusahan
  • Ketika diri dianiaya
  • Ketika mendapat kesenangan
  • Ketika berdoa di Multazam(kawasan yang terletak diantara Hajar ul-Aswad & Pintu Emas Kaabah di Masjid al-Haramain ,Mekah)
  • Ketika Hijr Ismail(kawasan lengkung yang terdapat di sisi Kaabah dikatakan tempat istirehat kepada Nabi Ismail@Ishmael ketika membina Kaabah bersama ayahdanya Nabi Ibrahim@Abraham)
  • Di sekitar maqam Ibrahim(tempat tingkalan tapak kaki Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah bersama Nabi Ismail)
  • Ketika waktu rehat yang terletak diantara dua khutbah(Solat Jumaat,Solat Eidul-fitri{Solat Hari Raya Puasa),Solat Eidul-Adha{Solat Hari Raya Korban})
  • Ketika berdoa kedua ibu-bapa
  • Ketika waktu Subuh(Waktu Fajar)
  • Ketika Waktu Maghrib(Waktu matahari sedang terbenam)
  • Ketika waktu sepertiga malam(sekitar pukul 3 pagi sehingga pukul 6 pagi diwaktu ambang subuh setiap hari)
  • Ketika dalam keadaan bersabar menanggung penderitaan dan kesusahan
  • Ketika waktu malam lailatul Qadar(Malam Qadar) malam yang lebih baik dari seribu bulan menurut Al-Quran,pada malam ini Allah akan memberkati hambanya yang sanggup berjaga malam dan berdoa kepadaNya semata-mata untuk mendapat kan keberkatan dari Allah SWT.Malam Lailatul Qadar masih tidak dapat dipastikan waktunya dengan tepat,namun Nabi Muhammad bersabda carilah malam Qadar pada sepertiga malam terakhir pada 27 Ramadhan ataupun pada 10 malam terakhir Ramadhan)
  • Selepas laungan Azan berkumandang
  • Selepas Iqamat dibacakan
  • Waktu ternampak meteor dilangit(perkara ini masih di menjadi buah mulut dikalangan Ulama Islam)
  • Sewaktu berada ditempat yang suci dan bersih
  • Sewaktu berada di dalam Masjid(khususnya masjid Haram di Makkah,Masjid Nabawi di Madinah,Masjid Al-Aqsa di BaitulMaqdis(Jerusalem))
  • Sewaktu berzikir,berselawat,tahlil,tahmid,tasbih,takbir kepada Allah dan Rasullullah
  • Ketika besendirian dengan mengingati Allah SWT
  • Ketika dalam ketakutan
  • Ketika waktu hendak/selepas makan
  • Ketika hendak memulakan pengajian/mengakhirinya
  • Ketika hendak/bangun dari tidur
  • Ketika masuk/keluar tandas
  • Ketika mendapat kejayaan dan kemenangan
  • Ketika hendak berniat puasa
  • Ketka hendak mengambil air sembahyang (wuduk)
  • Ketika waktu memulakan/mengakhiri bacaan Al-Quran
  • Sewaktu membaca Hadis
  • Sewaktu menaiki/turun dari kenderaan
  • Sewaktu memulakan/berada/mengakhiri pelayaran
  • Sewaktu memakai pakaian dan wangian yang baik-baik kerana Allah SWT
  • Sewaktu sujud dan rukuk kepada Allah SWT dalam solat
  • Ketika berharapkan sesuatu kejayaan/kemahuan dan meminta keampunan daripada Allah SWT
  • Sewaktu melakukan pekerjaan yang baik-baik.
  • Sewaktu masuk/dalam/keluar rumah
  • Sewaktu melawat orang sakit dan mendoakan kebaikan dan kesihatannya
  • Doa anak-anak yang soleh
  • Sewaktu melawati jiran tetanggga
  • Sewaktu gerhana bulan
  • Sewaktu gerhana matahari
  • Sewaktu meminta hujan
  • Ketika waktu penganut Islam menunaikan Haji yakni ketika mereka berada di Jabal Rahmah di Padang Arafah,Arab Saudi.
Walaubagimana pun Islam menyarankan agar penganutnya berdoa kepada Allah pada bila-bila waktu dan tempat, selagi mereka masih beriman dan mengharapkan kebaikan dan keampunan dari Allah.


Ya Allah ya tuhanku, murahkan lah rezki kami..


Ya allah ya tuhanku, berilah kami kekuatan dan ketabahan menghadapi semua dugaanmu


Ya Allah ya Rahman, Ya Rahim,..kasihanilah kami..ampunilah dosa-dosa kami...
heheh..kiutkan haiwan2 ini..
mereka pun tahu kepada siapa nak meminta dan berdoa.
Sumber : Wikipedia 

No comments: