adegan satu malaysia


Aku dah lama nak cerita,  perihal adegan yangku lihat ini sewaktu mengunjungi hospital untuk rawatan susulan. Pada 20hb yang lalu, seperti biasa aku akan parking kereta di bahagian bawah bukit berhampiran hospital. Kawasan itu sahaja yang ada parking dan mudah untuk aku yang amateur ni. Kemudian aku akan menaiki shuttle ke hospital. Bagus hospital berkenaan kerana menyediakan kemudahan shuttle, memandangkan tempat parking memang jauh dari bangunan hospital. Takdela mengah pakcik makcik menaiki bukit, dahla sakit, pengsan pulak kang,, termasuk lah aku yang muda dan malas nak berjalan ni. huhu

Setelah selesai jumpa doktor, memang aku akan menaiki shuttle semula untuk ke tempat parking. Kebetulan yang duduk di sebelah aku ialah makcik berbangsa cina (aku panggil dia auntie). Manakala kerusi barisan hadapan aku diduduki oleh akak misi (bangsa melayu) yang mengendong anaknya diikuti oleh makcik berbangsa india dan disebelahnya, wanita dewasa berbangsa cina. Shuttel itu memang penuh dan sedikit panas. Bayi kepunyaan akak misi ni mula menangis dan merengek mungkin kerana panas dan tidak selesa. akak misi mula resah, kerana anaknya menyebabkan gangguan bising di dalam shuttle yang dipenuhi "orang sakit berlainan bangsa".

Terus auntie sebelah aku cuba menenangkan baby itu dan bermain dengannya.. Baby itu senyap sekejap. Cubaan berjaya, tapi kemudian dia masih menangis lagi dengan kuat, makcik india sebelah akak misi tu pula yang cuba bercakap dengan baby tu supaya dia selesa dan senyap.. kemudian barulah aku yang bercakap ngan baby tu, sambil menayangkan kunci kereta aku kepadanya.. aku goyang-goyangkan kunci kereta aku tu bagi berbunyi agar baby tadi tertarik dan nak main ngan kunci kereta aku tu. Memang baby tu nak sambar kunci kereta aku tu, tapi aku tak bagilah, nanti dia makan lak, benda alah tu tajam, luka kang macam mana... menangis melalak lalak lah baby tu bila tak dapat.. kitorang punya gelabah..tiga3 bercakap dan cuba bermain ngan baby tu supaya dia berhenti menangis.. Akak misi tu pula pujuk-pujuk anaknya sambil berkata "dah nak sampai dah, dah nak sampai dah ni.. jap ye sayang.."

Apabila dah sampai ke tempat yang dituju semua turun dan senyum antara satu sama lain. Masing-masing memberi laluan kepada makcik yang uzur dulu diikuti akak misi tadi.. Bila aku fikirkan adegan tadi, aku mula sedar bahawa perpaduan yang dibina selama 54 tahun negara merdeka bukan sesuatu perkara yang mudah. Bangganya aku tadi melihat kemesraan mereka di dalam shuttle walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Perpaduan antara kaum di negara kita tidaklah seburuk yang disangka dan diwar-warkan pihak lain. Bila terjadi sesuatu, seperti tadi, kami sama-sama bekerjasama agar matlamat membuat baby tadi selesa dan tidak menangis tercapai..Jadi pentingnya menghargai perpaduan yang telah dibina dengan susah payah ini. Betapa susah mengurangkan syak wasangka antara kaum dan memelihara ikatan yang dah terjalin selepas merdeka sehingga kini. Semua kaum tahu sensitiviti masyarakat islam dan begitu juga sebaliknya. 


Comments

Popular Posts