bagaimana membimbing pelajar yang tidak mahu belajar?
Hari ini, aku dikejutkan dengan berita, bahawa anak murid aku telah membuat guru-guru lain marah dengan tidak melengkapkan kerja sekola yang diberi. Mereka juga kerap ke tandas untuk melepaskan gian merokok. Mereka juga kerap ponteng kelas dan sekolah.
Apalagi, aku jadi mangsa temapt mengadu. Aku sebenarnya frust juga, bila bebudak ni tak mahu belajar. aku cuba selidik apa masalah mereka, kemahuan mereka, berlemah lembut, beri bimbingan peribadi dan sebagainya. tetapi masih gagal memujuk mereka supaya minat untuk belajar.
Aku juga sudah cuba sedaya upaya, menerangkan kepada mereka betapa pentingnya ilmu untuk masa depan. Tapi hampa. Apa lagi aku boleh lakukan agaknya?
Mujur bebudak ni tidak kurang ajar dengan aku, dan mahu mendengar arahanku. Ya Allah, tolonglah hamba mu ini, buka pintu hati anak-anak muridku tu..terangkanlah hati mereka.
Comments