bagaimana membimbing pelajar yang tidak mahu belajar?


Hari ini, aku dikejutkan dengan berita, bahawa anak murid aku telah membuat guru-guru lain marah dengan tidak melengkapkan kerja sekola yang diberi. Mereka juga kerap ke tandas untuk melepaskan gian merokok. Mereka juga kerap ponteng kelas dan sekolah.


Apalagi, aku jadi mangsa temapt mengadu. Aku sebenarnya frust juga, bila bebudak ni tak mahu belajar. aku cuba selidik apa masalah mereka, kemahuan mereka, berlemah lembut, beri bimbingan peribadi dan sebagainya. tetapi masih gagal memujuk mereka supaya minat untuk belajar.


Aku juga sudah cuba sedaya upaya, menerangkan kepada mereka betapa pentingnya ilmu untuk masa depan. Tapi hampa. Apa lagi aku boleh lakukan agaknya?


Mujur bebudak ni tidak kurang ajar dengan aku, dan mahu mendengar arahanku. Ya Allah, tolonglah hamba mu ini, buka pintu hati anak-anak muridku tu..terangkanlah hati mereka.


Comments

Rieka Akio said…
hurm susah jugak kn... aku fhm perasaan ko, bile xda perubahan kite x mencapai kepuasan.. tu aku lah.. apa2 pun ko jgn putus asa... hope murid tu akn berubah bile melihat keikhlasan ko menolong mrk.. amin.
mmg susah nak wat kan...dorg kena sedar "aware" baru boleh berubah..kena tau betapa pentingnya belajar..masa aku kat kelas mmg berbeza bdk yg ade misi dgn visi dgn bdk yg xde misi n visi :) inilah cabaran kita sbg kaunselor :)
Maya said…
thank you my prenn

Popular Posts