Kembali ke 1998



Waktu itu malaysia menganjurkan sukan komanwel.. Malaysia juga dilanda krisis ekonomi. Ekonomi famili aku pun tidaklah berapa baik waktu itu. Aku gagahkan diri menumpang di rumah datuk. 4 tahun kemudian aku mengambil keputusan untuk keluar. Keluar dari rumah yang kelihatan kukuh dan stabil itu, tetapi panas di dalamnya.

Kini 15 tahun berlalu. Tiada siapa pun tahu kenapa aku ambil keputusan drastik begitu kecuali adik-adikku. Orang sangka aku tidak akan selamat jika keluar. Orang kata aku pasti gagal. Duduk di rumah datuk sendiri adalah terbaik. Bersama dengan ayah sendiri dan punya ibu tiri pasti memeritkan. Mengundang luka dan cari pasal namanya. Mereka kata: tanggunglah sendiri. Aku tidak peduli. Aku yakin aku buat keputusan terbaik.

Aku bersyukur aku telah buat keputusan yang baik. Sekarang, aku selamat. Aku sihat. Aku cukup makan dan berdikari. Aku punya jalan selesai masalah aku sendiri. Aku tidak pernah susahkan sesiapa pun termasuk datukku. Aku tak takut hidup seorang. Janganlah kau bimbang.

Menjadi tanda tanya kenapa baru sekarang anda dan keluarga anda mahu aku kembali duduk bersama datukku. Alasannya?

1. aku yatim piatu
2. aku duduk sendirian

Kedua-dua alasan ini sama sekali memihak kepada aku. Bukan mereka. Baru sekarang terlintas dalam benak otak bahawa aku yatim piatu. Memanglah aku ada abah sebelum ni tapi tak pernah pun kau ambil kisah. Sebelum ini pun aku duduk bersendirian. Abah biasa meninggalkan aku untuk tugasan di luar. Aku kerja dan sekolah pun berjauhan dengan famili. Ada tak kau tanya? Kau kan suka aku keluar dari rumah Datuk. Tepuk tangan gembira. Sesungguhnya reaksi muka kau dengan perkataan yang kau ucapkan sangat kontra. Umpama ucapan gembira sambil makan ubi kentang, tapi sebenarnya makanan itu paling dibenci. Berkerut-kerut muka memaksa diri makan ubi kentang yang menjijikkan. Tahukah kau reaksi mukamu itu sangat ketara dilihat.

Kejamnya kau ini. Dulu masa aku tak seberapa kau biar. Sekarang aku baru nak rasa bahagia, kau kata  Datuk perlukan aku. Kau kata aku perlu balas jasa datuk. Jasa datuk pada kau macam mana?


Kekangan kau dibesar-besarkan. Kekangan aku kau tak kira. Selamanya kau tidak pernah adil. Alangkah bagusnya kalau dari dulu kau layan aku adik beradik baik. Mesti apa yang kau minta sekarang aku penuhi. Maaf. Aku bukan budak kecil umur 15 tahun yang boleh dipijak-pijak. Masalah kau, selesaikan sendiri. Kau lebih dewasa dan berkemampuan dari aku.

Aku riang, ceria dan gembira dengan kehidupan aku sekarang. Tolonglah jangan ambil kegembiraan aku yang satu ini. Aku baru nak rasa bahagia tahun ini.




Comments

Popular Posts