Sunyi, simpati atau sayang?


Pernah tak rasa sangsi dengan kekasih korang? Rasa macam sayang, kadang-kadang rasa macam tak pun. Pernah tak rasa macam tu? Korang kena faham, ada beza antara rasa  sunyi, simpati atau sayang. Kena tahu si dia tu ambil berat sebab sayang, sunyi atau simpati je dengan korang. Kadang-kadang,  nampak macam sayang, tapi sebenarnya sebab tak ada pilihan lain. All effort nak ke arah masa depan tu tak ada, tapi masih nak ambil berat dan caring. Macam mana tu? 


  • SUNYI - Kalau sebab sunyi, sementara takde pilihan yang lebih menarik di hati, akan ada waktu tertentu saja dia ingin berhubung atau bersama. Dan ada waktu dia cam bosan dengan korang. Situasi ini menunjukkan dia hanya bersama korang kerana dia sunyi dan sementara dia mendapat yang dia benar-benar suka, dia melayan korang seperti orang yang dikasihinya.
  • SIMPATI - Klu sbb simpati, cara layanannya mungkin buat kite salah anggap! Kadang-kadang rasa spt dia amat mengambil berat dan macam sangat syg ngan korang. Korang rasa macam tu sbb korang syg dia. Namun dia tidak. Sebab, dalam masa yang sama, dia juga meminati pada yang lain. Bila korang susah, sakit, kecewa dia sgt caring macam takut kehilangan! – NAMUN, tak semestinya sayang yer, mungkin hanya rase simpati cam kawan je.
  • SAYANG - Klu betul2 sayang dia MESTI SELALU ingin bersama, berhubung dan sentiasa mesraaaa! Tidak ada masa untuk yang lain sebaliknya, SUKA setiap masa terluang untuk menemui atau menghubungi korang, malah dia akan cari masa untuk korang! – sblum korang tnye ttg hub korang, awal2 dia dah ngaku mmg cinta habis.
You see, cinta itu mudah saja…
Setiap yang punya rasa cinta, ingin meluahkannya, ingin menikmati bersama dengan orang yang dicintainya. Jika tidak, itu bukan cinta!
Tidak perlu confused atau pelik jika cinta yang diidamkan itu, tidak seperti yang diharapkan, KERANA, obviously kalau tak berbalas itu, it shows hanya korang saja yang merasa cinta itu.
SEKIRANYA korang bertanya tentang keadaan atau situasi korang berdua,
  • “Bagaimakah kita sekarang ni, adakah masih ada cinta, adakah couple, adakah ada masa depan untuk bersama?”
…Jika dia punya perasaan seperti korang juga, dengan yakin dia akan menjawab,
  • “YES, We are couple, YES we are going to be together forever! and YES kita akan kahwin nanti!” Itulah cinta dan sayang.
Tak mungkin dia jawab tak tahu atau tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu. Jika begitulah jawabnya, jelas sangat…DIA TIDAK CINTAKAN KORANG! So, boys and especially girls…kenali dan fahami betul-betul samada dia SAYANG, SUNYI atau hanya sekadar SIMPATI, supaya tidak kecewa di masa hadapan. It hurts but it is true!

Comments

Popular Posts