.

Monday, January 2, 2012

Life is hard

Tahun baru dah sampai.. jiwa dan hati aku masih kat tahun lama.


11 december 2011 abah pergi. 

Kadang-kadang teriang iang lagi dia membebel. Bila aku drive aku rasa dia ade kat sebelah bising suruh aku slow sikit bawak keta. Kadang-kadang aku tak sedar air mata aku dah mengalir time aku drive.

Bila aku kat rumah aku cuba tanak ingat yg aku sebenarnya sorang-sorang. aku sibuk2kan la diri, mengemas sampai tak tahu dah nak kemas apa..tengok movie online.. tgk tv non stop..  kadang-kadang aku mengaji... tapi tak berkesan jugak.. lebih-lebih bile mengaji..lagi aku nak nangis...


kadang-kadang aku gatal pegi bukak bilik abah.. pastu aku tutup balik. betul ke abah dah tak ade? Pagi aku bangun aku bukak balik pintu bilik dia.. memang comform dia dah takda.. menangis lagi aku..

aku menaip ni pun air mata aku dah mengalir..i need motivation....


aku tau aku masih bertuah jika dibandingkan dengan orang lain.. aku tau.. bersabar la wahai kenit yang tabah. ramai lagi yang lebih tidak bernasib baik jika dibandingkan dengan aku..

Aku harap thn 2012 aku lebih bahagia.


live your life to the fullest!

No comments: