.

Monday, July 10, 2017

Ada tanda kanser tetapi takut jumpa doktor

* Kenapa Gunung Fuji? Kerana aku sering bermimpi pergi ke Jepun.-Gambar Ihsan Google 

Assalamualaikum wbt pembaca yang dirahmati Allah sekalian

Alhamdulillah saya masih sihat dan gembira disamping keluarga dan sahabat.
Semoga kita sentiasa dalam lindungan Nya

Post ini khas untuk pembaca Seni Draja.

Apa perlu saya buat jika saya ada tanda-tanda kanser?
Ya, anda ada pilihan. Tetapi saya harap anda buat pilihan yang bijak.

Pilihan 1

Mesti beritahu keluarga. Mohon sokongan keluarga dan sahabat. Berjumpa doktor dan bersedia untuk membuat pemeriksaan yang lama dan memakan masa. Jika ketumbuhan itu bukan sejenis kanser, Alhamdulillah syukur. Jika sejenis kanser, diharapkan anda tabah. Memiliki kanser bukan bermakna hidup anda terus musnah. Anda masih ada peluang untuk sembuh. Bergantung kepada tahap dan jenis kanser. Berdoalah kepada Nya.

Pilihan 2

Anda memilih untuk biarkan sahaja. Cuba berubat alternatif. Cuba perubatan lain. Jika tidak berhasil dan keadaan makin teruk barulah berjumpa doktor.

Jika anda menghidap kanser, lebih lama anda enggan berjumpa doktor membuat pemeriksaan dan rawatan, anda memberi peluang kanser merebak. Elok-elok anda hanya tahap satu atau dua, jadi tahap 3 atau 4 kerana lewat mendapatkan rawatan. KANSER CEPAT MEREBAK.


Apa perlu saya buat?
Jika anda tanya saya, anda memang perlu ke hospital sekarang juga. Jika anda sedang bekerja sila ambil cuti. Buat pemeriksaan lengkap di hospital. Jika anda ada insuran kesihatan, sila gunakan kelebihan itu. Jika tiada insuran kesihatan dan tiada duit tidak mengapa, pergi hospital kerajaan. Kerajaan punya ramai doktor yang hebat dan baik. Untuk pengetahuan saudari/saudara Seni Draja, saya menjalani kesemua prosedur sakit kanser di hospital kerajaan. Malah sebenarnya jika saya perlu bayar (sebab saya government servant, jadi free of charge), rawatan kanser di hospital kerajaan jauh lebih murah berbanding hospital swasta. Hanya doktor boleh beri jawapan konrit dan jelas mengenai tahap kesihatan anda diiringi dengan bukti (ct scan, pet scan, mammogram etc)

Masa depan
Masa depan anda, anda yang tentukan. Pilihan anda sekarang menentukan masa depan anda. Anda perlu berani. Berani untuk masa depan anda. Hidup dalam ketidakpastian serta diri sedia maklum kurang sihat tapi tiada apa-apa yang dilakukan, itu satu tindakan kurang bijak. Sentiasa sabar dan fikir cara untuk sihat dan gembira. Jangan fikir tentang orang lain. Fikirkan tentang diri anda. Jika tiada yang sanggup berada disisi anda ketika anda sakit, anda perlu bersyukur. Kerana diberi ilham tentang individu yang sebenarnya tidak layak terima perhatian dan kasih sayang anda.

Perkara pertama saya buat bila saya sakit, ialah maklum keluarga. Keluarga sanggup buat apa sahaja supaya saya sihat. Saya beritahu kawan-kawan baik saya. Mereka selalu beri sokongan dan kata-kata semangat buat saya, temankan saya.

Saya juga takut dulu, tetapi saya berkeras ke hospital kerana saya tahu saya tiada pilihan. Saya perlukan kepastian. Saya nak sihat. Jika ditakdirkan saya akan mati apa boleh buat. hargailah masa-masa yang ada ini untuk perkara-perkara yang mampu membahagiakan diri. Saya tidak punya banyak masa. Masa itu sangat berharga bagi saya. Usia makin meningkat. Saya mahu kenangan yang indah sebanyak mungkin kerana masa kecl dan remaja saya tidak begitu indah. Saya ingin sembuh segera. Saya masih punya banyak perkara ingin dilakukan. Ramai cancer survivor di luar sana. Percayalah anda boleh hadapi nya dengan baik dan lancar. Banyakkan berdoa kepadaNya supaya mudah dan lancar segala urusan.

Saya ada jika anda perlukan saya.

Email: jane4glay@yahoo.com

1 comment:

hanida adnan said...

Assalamualaikum
Sebulan yg lepas adik sy disahkan ada kanser limfoma ni. Dia yg sakit tp saya yg rasa mcm hidup saya yg musnah....maaf sy mmg dramatik skit. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Setiap hari 24 jam saya fikir pasal dia je. Sy tak sanggup nak search pasal kanser ni sbb takut nak terima kenyataan. Dia baru 1st cycle chemo next week akn sambung 2nd cycle tp baru2 ni dia warded sebab demam n ada buat xray. Tumor kat dada dia nmpk mcm kecik skit dan dia baru stage 3. Pas tau berita ni baru sy berani nak search pasal kanser limfoma ni. Bila baca pos2 awak ni sy rasa lega skit. Terima kasih. Keep on posting i hope you will be healthy. Btw tabahnya awak sakit2 pun pegi mengajar juga. Adik sy amik cuti sakit 2 tahun. Saya pun cikgu juga pernah gak imagine kalo sy kena sakit yg sama sanggup ke saya pegi mengajar.