.

Saturday, January 19, 2013

ADAKAH MALAYSIA NEGARA ISLAM KINI DAN SELAMANYA?

Kenapakah, bila setiap kali pemimpin-pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang melukai dan menghiris perasaan umat Islam, pemimpin-pemimpin PAS seolah-olah terkedu lidah dari memberi respon yang membahagiakan sanubari masyarakat Islam di Malaysia?

Adakah demi menjaga keharmonian Tahaluf Siyasi dan mengekalkan momentum untuk menjejakkan kaki ke Putrajaya , maka suara-suara yang mempertikaikan kebijaksanaan mengutamakan pihak yang bukan Islam dari bangsa seakidah sendiri perlu dibendung dan ditentang?

Adakah juga, berstatuskan parti politik dan jamaah Islam tertua di Malaysia, PAS dapat menjamin kedaulatan Islam dapat dibela dan dipertahankan sambil diapit oleh tekanan dan bantahan rakan se tahaluf di sebelah kiri, tuntutan-tuntutan Kristianisasi dan Liberalisma di sebelah kanan manakala masa depan jatidiri Melayu Muslim bagai telur di hujung tanduk di tanahair sendiri?

1 comment:

Anonymous said...

Sbnrnye ulama pas ade menyimpan perasaan marah. Tp hal begini x boleh d selesaikn dgn bergaduh. Harus ade perbincangan. Malangnya media malaysia hanya menunjukkn sebahagian kisah sebenar. Mengapa x tayang skali masa perbincangan dap n pas isu islam tersebut? Adakah pas x benarkn? Ataupun media yg x sudi? Jgn kita menilai sesuatu dgn khabar berita yg baru sampai d telinga. Kaji dahulu setiap kesulitan yg berlaku. Lagipun sy yakin ulama pas tahu apa yg mereka lakukn.