.

Monday, March 22, 2010

Lari...Lari dari Hospital



Penat sangat.., di sekolah terlalu banyak tugasan perlu diselesaikan..tapi aku suka. Berbanding dengan bayangan di wad. Aku terbayang-bayang misi memanggil-manggil lembut namaku sambil memberi ubat yang entah apa kenamanya..tertekan rasanya. Itupun kalau mereka [Misi] memanggil namaku dengan lembut, jika sebaliknya? lagi tertekan aku dibuatnya. Rasa mahu saja ku lari dari wad buat kali ke-2 (InsyaAllah akan kubuat lagi)




Alkisah pada 21hb januari 2010


Aku selesai proses kimoterapi yang terakhir. Namun aku mengalami demam panas yang tersangat lah panas sehingga doktor bimbang aku akan terkena jangkitan kuman. Proses kimoterapi telah melemahkan sistem imunisasi dalam badan lalu mendedahkanku kepada jangkitan penyakit yang ada disekelilingku.




Ya, aku mengerti. Aku akur pada doktor yang meminta aku tunggu di hospital sehingga benar-benar sembuh. Aku yakin aku sudah sihat dan ingin pulang. Berkeras meminta doktor melepaskan aku pergi. Tolong, aku nak balik rumah, "Rehat di rumah lebih selesa lah doktor." Rayuku. Malang nasibku doktor pura-pura tidak mendengarnya. Sebagai ganti beliau memujukku supaya tinggal di wad kelas satu. Aku akan dapat wad sendiri yang ada televisyen serta dilengkapi bilik air. Tidak lupa juga bilik yang berair-cond dan air panas.




Mulanya aku ikut sahaja. Tidak sampai sehari pun aku tahan tinggal di wad yang kononnya "kelas" itu. Bosan. Nasib aja adik aku ada disisi. Hari demi hari berlalu, aku sentiasa menanti doktor masuk wad melihat keadaanku supaya aku boleh pujuk doktor untuk discharge. Doktor masih tidak mahu lepaskan aku balik. Aku ugut doktor. Aku janji akan lari jika beliau masih tidak mahu lepaskan aku. Doktor pun kata "go ahead, i will make sure the door is open". hahaha..Doktor memang sporting habis. Sebab beliau ada menyatakan bahawa, memang mahu lepaskan aku tapi superior dia pula yang enggan.




Akhirnya, berkat kecuaian misi pada tanggal 24hb januari 2010, aku berjaya meloloskan diri dengan bantuan adik perempuanku. Waktu itu tengahari, dan masa untuk makan. Makanan aku kebas, tapi lepas itu aku bebas...yeahh...




Aku gembira kerana selamat sampai di rumah.


Bestnya lari dari hospital...hehehe




Pada waktu malam hari..sedang aku beristirehat di rumah, dua orang lelaki tidak dikenali telah mengetuk pintu. Mujur ayahku ada, lalu aku minta dia saja yang buka pintu. Dua orang lelaki tersebut memperkenalkan diri sebagai polis cawangan di kawasan rumahku. Mereka mendakwa menerima aduan dari Hospital Besar Berdekatan, bahawa terdapat seorang pesakit melarikan diri dari hospital pada jam 1.30 tengahari.




Jeng..jeng..jeng....


1 comment:

~Y@Y@~ said...

owh tidak... nakal giler.. berani ko lari dr hospital... no way.. nk kena puk nih...