Aiskrim...tolong bawaku pergi sekali


Ya Rabbi,
Sesyahdu di bulan ramadhan ini...,
aku merasakan puasaku sangat sukar.
Macam budak kecil yang baru belajar dan diajar berpuasa.
Aku bersabar menahan lapar dan dahaga.
Aku bersabar melihat aiskrim itu dibawa pergi oleh si penjual aiskrim...
pin pin pin hon motornya berbunyi...
oh Aiskrim,..tolong bawaku pergi sekali..

Ku buka peti ais yang sengaja ku biar kosong,
Ku pegang perut ini yang mula berkeroncong,.
Tapi jam baru menunjukkan pukul 2 petang dong!
Kalau aku buka dulu pasti ada yang sokong..[setan tu..huhu]

Alhamdulillah..
Akhirnya aku yakin dan pasti..
Ya Rahman Ya Rahhim
Aku bersyukur kerana dapat menahan diri.
Jika batal puasaku maka sangatlah rugi..
Walau diri sangat kempunan melantak aiskem kepunyaan si penjual yang berlalu pergi...
Wahai si penjual aiskrim, usah ko datang lagi..

p/s: Aku punya nafsu makan memang bertambah sejak akhir-akhir ini..Efek ubat ke, susu yang aku perlu minum ke, aku pon tak pasti. jika bukan di bulan ramadhan, aku biasanya makan lebih 3 kali sehari.[minima 3 x] mungkin kerana aku baru tamat radioterapi dah kesihatan aku makin pulih kini...tengoklah rupa ku yang bertambah tembam ni..harap2 dapat kurang sikit bila dah berpuasa..

Comments

comellah gambar van aiskrim tu, ehmmm, aku baru terfikir nak buka puasa dengan aiskrim solero (yang dalam vanila, luar lime tu) ishhh...best giler hehe
ZUHANIF said…
emmm sedap tu rin hehehheh. eh mel bulan puasa mana ada setan, semua setan kene ikat heheheh nasib mu tak buka kn hehhehe selamat hari raya aku doakan mu sihat cepat k :P
Maya said…
terima kasih.. :)

Popular Posts