.

Friday, June 2, 2017

Suplemen Kanser

Cantik dan Indah tetapi Merbahaya. Produk suplemen memang mengujakan tapi boleh membunuh!

Assalamualaikum wbt

Salam Ramadhan. Selamat berpuasa kepada semua pembaca muslim.
Lamanya tidak pos sebarang tulisan di blog ini.
Semestinya alasan aku ialah sibuk. huhu. Sungguh.
Aku masih sihat gembira makin berisi (uwaaaa) yang mana kalau orang tengok ketara berisinya aku sekarang. ---sindrom takut gemuk.
Sihat walafiat Alhamdulillah.
Gembira kerana punya seseorang yang mengasihi dan menyayangi aku seadaanya.

Pasti ada yang tertanya. Adakah aku masih hidup? haha..
Ya, pembaca sekalian. Orang putih kata "alive and well".
Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah ..

Demi tuhan yang maha pengasih dan penyayang, tiada apa yang lebih membahagiakan buat aku apabila dikelilingi orang yang sangat sayang, kasih dan jujur padaku.

Aku mohon kejujuran dari penjual suplemen kanser. Sungguh ramai penjual suplemen beriya menegaskan produk mereka berkesan untuk mencegah dan mengubati kanser. Aku tidak ingin menyebut mengenai hal pesakit lain tetapi aku ingin ketengahkan hal aku sendiri.

Mohon pesakit kanser menjadikan aku sebagai rujukan.
Terutamanya mereka yang menghidap penyakit kanser setahap dan sejenis aku.

Aku ialah pesakit kanser tahap IIB Hodgkin's Lymphoma. 
Aku dikesan menghidap kanser ini pada bulan julai 2009. 
Aku telah menjalani kimoterapi sebanyak 12 x pada bulan ogos 2009 hingga januari 2010.
Aku menjalani radioterapi pada mei 2010 hingga julai 2010. 
Dari bulan julai 2010 hingga sekarang jun 2017, 
alhamdulillah aku disahkan doktor "tiada tanda-tanda sel kanser ada di dalam badan".
Aku tidak ambil sebarang suplemen.
Aku makan vitamin c  dan habbatus sauda kadang-kadang sahaja.

Pesakit kanser biasanya mengharapkan "miracle suplement". Tolonglah percaya there are no such things! Jumpalah doktor. Be strong. Read a lot.

Saya quote ayat seorang doktor didalam blog ini
https://www.faktasains.com/single-post/2016/12/01/HERBA-JUS-DAN-PRODUK-SUPLEMEN-ANTI-KANSER-FAKTA-ATAU-AUTA untuk rujukan anda. Pergilah singgah!

Beliau berkata
"Kepada penjual-penjual produk kesihatan alternatif dan komplementari, tolong bantu pesakit-pesakit kanser ini dengan menasihati mereka supaya mendapatkan rawatan kanser daripada pakar kanser yang bertauliah. Hentikanlah penggunaan testimoni-testimoni untuk menarik kepercayaan orang ramai kerana kebanyakan testimoni-testimoni ini sebenarnya hanyalah setaraf dengan khabar angin. Kasihanilah mereka dan ikhlas lah di dalam mempromosi produk anda. Anda tidak pernah merasakan bagaimana perasaan mereka yang sedang tertekan akibat penyakit kanser dan apakah penderitaan fizikal yang mereka lalui. Jika anda membuat dakwaan palsu dan berjaya mempengaruhi mereka sehingga mereka lambat atau tidak mahu mendapatkan rawatan daripada pakar, anda sudah menjadi sebahagian daripada sebab musabab kemudaratan ataupun kematian ke atas mereka. Bayangkan lah jika pesakit2 ini sanak saudara anda sendiri dan orang yang anda sayangi. APALAH NILAI WANG RINGGIT YANG DIPEROLEHI ITU JIKA IANYA DIPEROLEHI MELALUI CARA YANG TIDAK BERETIKA DARIPADA ORANG YANG TERANIAYA."





2 comments:

hnshanie said...

Hai maya!I just found your blog and red thru it. You ada kekuatan yang sangat concrete to face this and you are so inspiring. Stay strong ya!

BTW, can I get your email address? :)

Seni d'raja said...

Hai Maya..sy menangis baca part ni..hhuhu..gembira rasa sbb awak msih hidup..awak ada IG atau FB utk sy follow??benar2 terinspirasi dgn kisah awak..walau saya belum di kenalpasti punca sakit saya skrg ni..cuma saya rasa byk tanda2 kearah limfoma ni..semoga awak terus sihat..terus gemuk..sbb saya pun sedih bila badan sy semakain lama semakin kurus..sy faham perasaan org yg nak sgt gemuk..gemuk sihat..hehe..terus sihat yea Maya