Alhamdulillah


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT
Masih diberi kesihatan yang baik. Bahagia bersama keluarga. 
Hidup penuh sederhana. Cukup makan minum pakai. 

Sebenarnya saya baru sahaja berumahtangga. Kehidupan agak sibuk. Biasalah saya kan seorang guru sekolah menengah. Guru bujang yang kini sudah berumah tangga. hihi

Buat pesakit kanser di luar sana. jangan sekali-kali berputus asa. Allah sentiasa ada.   
Cari perkara  yang boleh menggembirakan anda. 
BERHENTI fikirkan tentang orang lain. BERHENTI fikir apa orang lain kata tentang anda.
Fikirkan tentang diri anda. Anda perlu urus emosi, fizikal dan ekonomi anda dengan baik. Jika mereka tidak ingin bantu anda, berhentilah berharap dengan mereka. 

Saya boleh. Anda pasti boleh juga. ;)

"I AM A CANCER CURVIVOR. 9 YEARS AND STILL COUNTING"

Senarai bantuan untuk anda. 

1. Talian Bantuan Khas Untuk Pesakit Kanser

Menerusi talian 1800-08-1000, petugas NCSM sedia membantu pemanggil menangani kebimbangan atau kerunsingan mereka mengenai kanser.

Talian dibuka dari Isnin hingga Jumaat antara jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Selain itu, sebarang pertanyaan mengenai kanser juga boleh diajukan menerusi e-mel di help@cancer.org.my.

2. Pegawai Kerja Sosial Perubatan 

Di hospital kerajaan sebenanrnya ada perkhidmatan pegawai kerja sosial.
Bagaimana Anda Mendapat Perkhidmatan Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Sekiranya pesakit kanser inginkan perkhidmatan seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan, sila maklumkan kepada Pegawai Perubatan yang merawat. Pegawai Perubatan akan merujuk pesakit tersebut ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan mengaturkan pertemuan dengan pesakit kanser serta keluarganya untuk membincangkan perkhidmatan yang diperlukan. Pertemuan itu akan diadakan di Jabatan Kerja Sosial Perubatan atau ruang yang sesuai di wad bagi membolehkan pesakit berkongsi maklumat serta kebimbangannya secara sulit (confidential). Maklumat yang dikongsi bersama Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan digunakan untuk mengenalpasti dan mengutarakan perkhidmatan yang diperlukan oleh pesakit serta keluarganya. Pesakit akan dimakluman tentang agensi yang akan dihubungi dan bantuan atau perkhidmatan yang dipohon. Perkhidmatan Pegawai Kerja Sosial Perubatan disediakan pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat. Pastikan borang rujukan daripada Pegawai Perubatan dilengkapkan sebelum memohon perkhidmatan daripada Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

3. MAKNA  No.tel 603 . -2162 9178/  Website:  http://makna.org.my/

Bantuan yang disediakan:-
1. Bantuan bendahari
2. Mamogram Digital - pengesanan awal kanser payudara
3. Ceramah & pameran - kesadaran berkenaan kanser
4. Research - penyelidikan dalam mencari rawatan inovatif & ubat kanser
5. Talian bantuan MAKNA - penyediaan khidmat kaunseling oleh kakitangan klinikal onkologi
6. Biasiswa untuk pesakit kanser

Syarat Permohonan:-
1. Pesakit sedang / masih menerima rawatan
2. Mempunyai masalah kewangan
3. Kes ulangan berulang kali akan diberi bantuan sagu hati (one off) sahaja
4. Bukan konsep bantuan sara hidup
5. Tidak terhad kepada warganegara

6. Apa sahaja jenis bantuan peralatan perubatan yang diperlukan oleh pesakit kanser

4. Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) 

Website: http://www.msw.org.my/tkpm.html
No.tel: 03: 4131 2911

Memberi bantuan kebajikan segera (crisis situation) kepada rakyat Malaysia yang mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan tanpa mengira kaum, agama, keturunan.

5. Baitulmal Zakat 

Boleh dapatkan terus borang di pusat baitulmal negeri masing-masing.
Berikut ialah senarai baitulmal Malaysia.
http://www.msw.org.my/files/Senarai%20Alamat%20Baitulmal.pdf

Comments

Popular Posts